Support My Blog

Tuesday, March 26, 2013

KEMATANGAN BUAH TROPIKA

BUAH TROPIKA (Tropical fruits) mempunyai fisiologi kematangan buah yang berbeza-beza. Kematangan buah tropika adalah sama dengan buah-buahan temperate dan buah-buahan sub-tropika dari segi sifat fisiologinya. Kaedah teknologi lepas tuai (post harvest technology) penting difahami oleh petani yang menanam buah-buahan tropika secara komersil. Buah yang dituai selepas masak banyak menentukan kualiti buah yang akan dijual atau dipasarkan. Buah tropika lazimnya mempunyai jangka kematangan buah (ripening period) lebih pendek berbanding dengan buah temperate secara semiulajadi. Ini menyebabkan potensi untuk buah-buahan tropika disimpan lama bagi tujuan pemasaran lebih bermasaalah dengan buah temperate yang lebih sesuai didalam suhu sejukbeku. Proses 'respiration' akan terus berlaku selepas buah dipetik untuk menukarkan gula (seperti glukos) kepada Karban dioksida, air, tenaga dan haba. Penghasilan tenaga dalam bentuk ATP dan NADH berlaku untuk mempastikan sel-sel dalam buah akan terus hidup. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" selama beberapa jam untuk membincangkan mengenai kematangan buah-buahan (buah tropika) dan teknologi lepas tuai bagi bacaan dan rujukkan anda semua. Saya membaca sebuah buku berjudul 'Tropical Fruits - Vaolume 2' terbitan CABI karangan Robert E.Paull dan Odilo Duarte (2011).


Pisang - Buah klimaterik
Buah-buahan tropika boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu buah jenis Klimaterik (Climatric fruits) dan Buah Bukan Klimaterik (Non-climateric fruits).  Buah klimaterik seperti pisang dan betik akan cepat berlakunya proses respirasinya selepas ia dipetik dengan mengeluarkan bahan seperti etilin (ethylene) serta bahan lain. Buah jenis ini boleh dicepatkan proses kematangan buah lebih cepat dengan membuat rawatan menggunakan bahan etilin dan ianya akan masak serantak dan baik untuk strategi pemasaran. Buah Bukan Klimaterik adalah jenis buah yang telah masak semasa dipetik seperti nenas dan limau dimana ia menunjukkan proses respirasi yang lambat selepas dipetik. Buah jenis ini mesti dipetik pada tahap betul-betul masak untuk mempastikan kualitinya dan tidak boleh dipercepatkan menggunakan bahan pengalak kematangan. Kefahaman petani dan pegawai pengembangan serta pihak pemasaran terhadap kedua-dua fisiologi buah-buahan tropika ini amat penting difahami. Buah-buahan bukan klimaterik lazimnya mempunyai jangkahayat lebih lama disimpan sebelum dipasarkan berbanding dengan buah klimaterik. Kesemuanya bergantung kepada sistem dan kemudahan pemasaran yang digunakan.


Saya rasa lebih baik kita kenal akan jenis Buah Klimaterik dan jenis buah bukan klimaterik untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita. Buah Jenis klimaterik adalah Avocado (Persea americana), Pisang (Musa spp), Sukun (Artocarpus atilis), Buah Nona / Atemoya (Annona cherimoya), Durian (Durio zibethinus), Jambu Batu (Psidium guajava), Mangga (Mangifera indica), Betik (Carica papaya), Buah Markisa (Passiflora endulis), Sapote (Casimiroa endulis) , Durian belanda (Annona muricata) dan Ciku (Achras sapota). Kebanyakan buah-buahan jenis klimaterik ini memang banyak ditanam di Malaysia sebagai tanamann komersil monokrop atau tanaman dusun bercampur.  Satu tandan pisang yang telah matang dipetik dan disimpan selama beberapa hari, pisang tersebut akan masak secara berperingkat daripada bahagian pangkal tandan kebahagian hujong tandan dengan sendiri. Buah ciku juga jenis buah klimaterik yang akan masak serta lembut apabila diperam beberapa hari tidak semasa buah ciku dipetik dipokok yang buahnya keras.


Buah Bukan Klimaterik pula terdiri daripada Belimbing (Averrhoa carambola), Laichi (Litchi chinensis), Manggis (Garcinia mangostana), Jambu Bol (Syngium malacanse) Nenas (Ananas cosmosus), Rambutan (Naphelium lappaceum), Jambu Air (Syngium jambos) dan juga buah Star Apple (Chrysophyllum camito) dan buah Surinam Cherry / Cermai Belanda (Eugenia uniflora). Buah jenis ini lazimnya dipetik apabila cukup masak kerana jika dipetik muda maka proses matang (ripening process) sangat lambat dan tidak signifikan. Belimbing yang hendak diekspot ke eropah contohnya dipetik pada indek kematangan 3-4 sahaja kerana mereka gunakan belimbing Malaysia sebagai 'salad food' sahaja. Buah tersebut akan kekal pada indeks 3-4 semasa dijual di Eropah kerana ia jenis buah bukan klimaterik. Begitu juga buah manggis dan jambu bol serta jambu air jika dipetik peringkat belum matang akan terus mentah apabila dijual atau untuk dimakan. Sila baca sambungan artikel ini pada posting berikutnya. Wasallam!
BERSAMBUNG!


Star apple - buah bukan klimaterik.

BUAH KLIMATERIK... APAKAH JENISNYA...
BUKAN KLIMATERIK...BELIMBING CONTOHNYA...
BUAH DURIAN .... KUMPULAN YANG MANA...
BACA ARTIKEL ... PASTI TAHU SEMUANYA....

By,
M Anem
Jalan Istana,
Persimpangan Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(Ditulis pada 14 Januari 2013M)
Posted on 26 March 2013 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...