KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, March 12, 2013

BENTUK DAUN (PART 1)

BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan  dan fungsi yang berbeza-beza. Kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi kebanyakannya untuk menjalankan proses fotosintesis. Kebanyakan dun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dan akhirnya ia akan gugur. Dari segi taksonomi tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dengan menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang membincangkan mengenai bentuk daun. Saya merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti lamanweb http://theseedsite.co.uk dan lamanweb http://cite. nwmissouri. edu. Secara amnya, bentuk daun pada asasnya ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga yang membahagikan kepada 18 - 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun untuk menambah pengetahuan kita didalam beberapa bahagaian.


Bahagian daun terdiri daripada Petiol (Tangkai Daun), Bahagian Tengah Daun (Midrib), Lai Daun (Blade), Urat Daun (Vein) dan Ruas (Node). Tangkai daun adalah merupakan bahagian yang melekat pada ranting atau dahan dengan saiz berbeza-beza antara jenis daun. Terdapat tangkai daun yang panjang, sederhana dan pendek. Bahagian tengah daun adalah bahagian tengah daun yang lazimnya ada urat tengah daun (Lihat foto sebelah). Lai Daun atau permukaan daun daripada pangkal sehingga hujong daun. Urat daun pula merupakan struktur yang berfungsi sebagai tulang daun dan organ menyalur bendalir. Susunan urat-urat daun membentuk corak yang menarik dan menentukan keunikkan pada daun. Lazimnya kedudukan daun adalah berada atau terletak berhampiran dengan ruas pada ranting pokok (stems). Semasa peroses tumbesaran pokok, tunas dicelah ruas atau ketiak akan menghasilkan tunas daun atau putik bunga. 


Bentuk Daun dibahagikan kepada 9 pada asasnya. Bentuk tersebut adalah LINEAR, OVAL, OBLONG, OVATE, OBOVATE, DELTOID, CORDATE, ELLIPTICAL dan juga bentuk LANCEOLATE. Bentuk asas ini merupakan cara pencirian asas kepada kebanyakan jenis daun untuk mudah kita faham. Saya mula minat akan tajuk ini setelah hadir dalam satu perbincangan mengenai marfologi tumbuh-tumbuhan dalam menentukan pencirian didalam aktiviti atau pun untuk pemeriksaan DUS (Distinctness, Uniformity and Stability) untuk mengenal suatu varieti tumbuhan. Ciri dan bentuk daun walau pun pada tumbuhan yang sama ada perbezaan dan persamaan diantara varieti yang berlainan. Sebagai contoh, bentuk daun durian Varieti D197 (Durian Kunyit atau Musang King) ada sedikit perbezaan dengan daun durian varieti D24 (Bukit Merah). Kriteria seperti ini akan di jadikan satu daripada ciri untuk membezakan diantara kedua-dua varieti tersebut. 


Selepas ini kita akan faham yang daun lalang bentuknya adalah Linear , Daun Getah bentuknya adalah Lanceolate dan Daun Sireh sebagai bentuk Cordate. Walau pun bentuk daun hampir sama, beberapa ciri lain penting juga di fahami didalam membuat pencirian untuk daun tumbuhan. Warna daun kebanyakannya adalah Hijau tetapi banyak warna-warna lain seperti kuning, merah, ungu (Terutmanya untuk tanamann ornamental) dan sebagainya. Saiz daun juga amat berbeza walau pun mempunyai bentuk yang sama daripada daun bersaiz sangat kecil, kecil, sederhana, besar dan sangat besar mengikut jenis tumbuhan. Daun Telinga Gajah contohnya yang saya jumpa di Hutan Simpan Endau, Mersing amat besar saiznya (Lihat foto dibawah) mempunyai persamaan dengan beberapa jenis daun lain.  Daun ini sering digunakan untuk membuat atap dan dinding rumah orang asli. Kalau sesiapa berminat mengkaji bentuk daun, bolehlah seterusnya membaca blog ini dalam Part 2, 3, 4, 5 dan Part 6 seterusnya. Wasallam!    


Daun Telinga Gajah. (Macaranga gigantea)

BENTUK DAUN... BANYAK JENISNYA...
BENTUK ASAS... BANYAK BILANGANNYA...
KITA BELAJAR... BANYAK FAEDAHNYA...
BILA MENELITI... DAPAT MENAFAATNYA...

By,
M Anem
KLIA Airport,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(14 RabiulAwal 1434H)
Tunggu Anak balik Checzoslavakia dan Taiwan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...