Saturday, March 16, 2013

BENTUK DAUN (PART 4)

Reactions: 


BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan  dan fungsi yang berbeza-beza. Kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi kebanyakannya untuk menjalankan proses fotosintesis. Kebanyakan dun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dan akhirnya ia akan gugur. Dari segi taksonomi tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dengan menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang membincangkan mengenai bentuk daun. Saya merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti lamanweb http:// theseedsite .co.uk dan lamanweb http://cite nwmmissouri. edu. Secara amnya, bentuk daun pada asasnya ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga yang membahagikan kepada 18 - 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti untuk Thaipusam) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita didalam beberapa bahagaian daun.

7.  Bentuk - Trifoliate
Daun yang mempunyai bentuk trifoliate mempunyai 3 helai daun yang bercantum pada pangkal tangkai daun. Lazimnya 3 helai daun ini (3 leaflets) akan terbit dengan tangkai setiap 3 helai daun tersebut pada satu tangkai daun (Lihat foto sebelah). Apa yang saya dapat perhatikan, kebanyakan saiz daun jenis ini adalah kecil, sederhana kecil dan jarang-jarang bersaiz besar kecuali beberapa spesis pokok hutan. Cuba anda kenalpasti tumbuhan yang ada dikeliling anda yang mempunyai bentuk daun seperti ini.


8.  Bentuk - Tripinnate
Bentuk ini lebih kompleks lagi daripada bentuk trifoliate diatas. Tangkai daun mempunyai beberapa tangkai lagi daun berbentuk pinnate yang bercantum pada satu tangkai daun asas yang lebih nyata kelihatan (Lihat foto sebelah). Agak sukar hendak kenalpasti tumbuhan yang mempunyai bentuk daun jenis ini kalau kita berjalan-jalan dikeliling kawasan rumah kita. Kalau boleh kena pergi taman bunga awam yang mempunyai banyak simpanan pokok tanaman hiasan. 


9. Bentuk - Bipinnate
Daun jenis ini mempunyai daun berbentuk pinnate yang bersusun sama rata diantara susunan utama dan susunan dalam tangkai didalamnya (Lihat foto sebelah). Setiap helaian daun mempunyai daun pinnate sendiri yang tersusun sama saiz dan bentuknya. Antara tumbuah daripada keluarha paku pakis dan tanaman hiasan seumpamanya mempunyai susunan dan bentuk daun seperti ini.


10.  Bentuk - Whorled
Bentuk ini agak lain daripada betuk daun yang telah disebutkan diatas. Terdapat batang atau tangkai atau vine yang akan dikelilingi oleh beberapa helai daun (Lihat foto sebelah). Bentuk daun seperti ini banyak terdapat pada tumbuhan jenis rumpai dan ornamental dimana saiz daunnya agak kecil. Daun akan erbit pada pangkal ruas (nodes) dengan bilangan bergantung kepada 3 - 5 helai daun mengelilingi batang tersebut.


11.  Bentuk - Rosette
Bagi daun jenis ini adalah bentuk rosette iaitu daun-daun bersusun bulat dan sangat rapat mengelilingi pusat seperti bentuk roset(Lihat foto sebelah). Kebanyakan tumbuhan yang mempunyai daun bentuk ini adalah jenis sayur-sayuran dan tanaman ornamental yang bentuknya agak lembut. Saiz daun selalunya kecil, amat kecil atau sederhana sahaja. Anda boleh agak apakah tumbuhan yang mempunyai bentuk daun kenis ini.


12.  Bentuk - Pinnate
Daun jenis ini mempunyai beberapa helai daun pinnate yang tersusun dalam dua barisan yang seragam (Lihat foto sebelah). Lazimnya daun bentuk ini terbit dimana pangkal tangkai daun keluar dari tapak yang sama di kiri dan kanan tangkai atau ranting daun. Daun yeng mempunyai bentuk seperti ini mudah kita jumpa dikawasan kebun seperti beberapa jenia pokok buah-buahn dan tanaman jangkapandek yang lain. 
BERSAMBUNG SETERUSNYA (Part 5)!

BENTUK DAUN... ADA BANYAK LAGI...
PINNATE DAN BIPINNATE... SATU CIRI...
BENTUK ROSETTE... MEMANG PASTI...
TRIFOLIATE PULA... 3 DAUN SEKALI...

By,
M Anem
Room BIMA
Adya Namendra Gotel
Jalan Tn Margo Kulon 9A,,
Jogjakarta DIY,
Indonesia.
(15 March 2013)
Lawatan ke Borobodur dan Dieng dengan keluarga.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA