KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, March 13, 2013

BENTUK DAUN (PART 2)


BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan  dan fungsi yang berbeza-beza. Kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi kebanyakannya untuk menjalankan proses fotosintesis. Kebanyakan dun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dan akhirnya ia akan gugur. Dari segi taksonomi tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dengan menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang membincangkan mengenai bentuk daun. Saya merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti lamanweb pada capaian seperti http://theseedsite.co.uk dan lamanweb http://cite. nwmissouri. edu. Secara amnya, bentuk daun pada asasnya ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga yang membahagikan kepada 18 - 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun untuk menambah pengetahuan kita didalam beberapa bahagian.

1. BENTUK DAUN - LINEAR


Bentuk linear atau Lurus ini mempunyai rupa yang memanjang. Daun jenis ini sama ada tumbuh secara individu (seperti lalang) atau dalam rumpun yang banyak (mungkin seperti pakis) lazimnya memanjang dari pangkal daun hingga kehujong daun (Lihat foto sebelah). Susunan urat daun jenis ini sama ada daripada bahagian tenah irat daun ketepi atau daripada pangkal lai daun terus keatas seperti daun lalang. 

2. BENTUK DAUN - OVAL


Bentuk daun oval membentuk seperti bulat (round) daripada pangkal daun, tengah daun sehingga kehujong daun. Pada pandangan sisi atas ia kelihat hampir bulat (Lihat rajah sebelah). Susunan urat daun bermula dari pangkal menuju kehujong daun dengan susunan yang membentuk bulat. Cuba anda teka daun jenis ini yang terdapat disekeliling kita. 

3. BENTUK DAUN - OBLONG

Daun berbentuk oblong mempunyai saiz bujur daripada pangkal daun sehingga kehujong dengan rta dibahagian tengah (Lihat foto sebelah). Daun jenis ini mempunyai bentuk pangkal daun dan hujong daun yang membulat dengan jelas. Ia sama dengan bentuk 'burger oblong' yang ada dijual dimana-nama iaitu berbentuk oblong dagingnya. Memang sedap burger oblong ini. Diantara daun berbentuk oblong yang ada dikeliling kota apa agaknya?

4. BENTUK DAUN - OVAT

Bentuk asas bagi daun seterusnya adalah Ovat iaitu mempunyai pangkal bulat lebar dipangkal daun dan melebar dibahagian tengah laidaun seterusnya tirud dibahagian hujong daun (Rujuk rajah sebelah). Bentuk daun ini sebenarnya adalah agak berlawanan dengan bentuk daun obovate. Kedudukan permukaan daun paling lebar pada suku pangkal daun. 

5. BENTUK DAUN - OBOVATE

Bentuk daun ini adalah runcing dari pangkal tangkai daun dan membesar seterusnya membulat menuju kehujung daun (Lihat rajah sebelah). Bentuk daun ini  mempunyai urat daun yang jelas daripada bahagian tengah dan sekari kehujung daun. Bentuk daun ini terbalik bentuknya daripada duun jenis ovat seperti diatas.  

6. BENTUK DAUN  - DELTOID

Bentuk daun ini merupakan satu bentuk daun asas yang agal pelik. Bentuknya adalah tiga segi seperti bentuk piramid dengan bahagian pangkal laidaun rata dan membentuk tirus kehujong daun (Lihat rajah sebelah). Susunan urat daun bentuk jenis ibi amat jelas daripada pangkal lai daun kepada hujong daun dengan susunan sempurna. Beberapa jenis daun berbentuk ini banyak pada tanaman jenis ornamental.

7. BENTUK DAUN - CORDATE

Daun berbentuk Cordate adalah daun yang mempunyai lebar pangkal daun dan menjadi tirus menuju kehujong daun tetapi yang unik adalah bahagian pangkal daun yang da membentuk lekukan (Lihat rajah sebelah). Banyak tumbuhan yang mempunyai bentuk daun seperti ini disekeliling kita. Susunan urat daun bermula dari pangkal daun dengan membentuk tulang daun sehingga kebahagian hujong daun. Cuba anda teka tumbuhan apa yang tergulong didalam bentuk daun jenis ini. 

8.  BENTUK DAUN - ELLIPTICAL

Bentuk daun jenis ini merupakan bentuk daun asas paling mudah kita jumpa. Bentuk elliptikal adah bentuk daun dimmana lebar pada suku pangkal daun dengan suku hujong daun mempunyai saiz lebar yang sama dan bahagian tengah daun sangat lebar (Lihat rajah disebelah). Daun ini juga paling banyak dan mudah untuk kita jumpa sama ada pad pokok saka atau pokok tanaman herba. susunan urat daun juga sangat cantik dan bersistem. Bentuk daun ini merupakan bentuk daun paling ideal.  

9.  BENTUK DAUN - LANCEOLATE

Daun bentuk ini juga dikategorikan sebagai daun popular kerana ia mudah dijumpai. Bentuk daunnya membujur tirus daripada suku pertama pangkal daun sehingga meruncing dibahagian hujong daun (Rujuk rajah sebelah). susunan urat daun juga bersistem dengan ianya menjulur dari bahagian tengah vein kesisi lai daun dengan jelas. Saya agal mengkin daun kesom mempunyai bentuk daun seperti ini. Jika hendak kepastian lagi, sila petik sehelai daun dewasa dan padankan dengan foto rajah diatas.

Belajar dan membaca mengenai bentuk-bentuk daun ini menyebabkan kita akan lebih takjub dengan kejadian alam ciptaan Allah swt mengenai tumbuh-tumbuhan. Setiap jenis daun sama ia mempunyai bentuk apa pun tetap merupakan komponen penting bagi tumbuh-tumbuhan artikel ini akan bersambung pada Part 3. Wasallam !


BENTUK DAUN .... ADA 9 ASASNYA.....

BENTUK OVAL ... JARANG JUMPA...
BENTUK  OVATE ...ADA DIMANA-MANA...
BENTUK DELTOID...SEDIKIT SAHAJA...
BENTUK ELLIPTICAL... SIAPA ADA...
LANCEOLATE ... MEMANG ADA JUGA...

By,

M Anem
Room 127, Hotel Sri Malaysia,
Air Keroh,
Melaka,
Malaysia
(29 RabiulAkhir 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...