KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, March 24, 2013

DURIAN - PEMBUNGAAN PAKSA

PEMBUNGAAN PAKSA DURIAN (Durio zibethinus) atau dipanggil sebagai 'Flower forcing' merupakan satu impian bagi ramai penanam durian untuk menghasilkan bunga dan buah diluar musim biasa. Ini kerana jika mereka dapat menjual buah durian diluar musim biasa, maka harga buah durian tersebut memang tinggi dan pasti ianya tentu amat menguntungkan. Kita tahu yang pokok durian merupakan tanaman buah-buahan yang bermusim dimana masa buah masak lazimnya adalah serentak cuma berbeza beberapa minggu sahaja dalam setiap musim buah. Kaedah atau teknologi pembungaan paksa pokok durian bukan mudah untuk dilaksanakan dan belum banyak kejayaan dicapai sehingga kini. Pemahaman tinggi terhadap peringkat pertumbuhan pokok durian (growth cycle) dan kemahiran dalam pengurusan dusun durian amat penting didalam menentukan cubaan pembungaan paksa pokok durian. Saya berjaya membaca beberapa laporan kajian mengenai isu ini yang dijalankan di Thailand dan membuat banyak temubual dengan saintis dan juga penyelidik dan penanam durian. Artikel malam Ahad ini sambil menonton TV Astro dan membuat rujukkan pada buku dari CABI, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi berkaitan 'pembungaan paksa durian'. Bolehkah ia dilaksanakan ?


Musim buah durian masak dan gugur di Thailand lazimnya selama 4 bulan sementara di Malaysia dan Indonesia jangkamasa buah gugur selama 5 bulan dalam setahun. Waktu ini mereka yang dapat keluarkan buah awal dan buah hujong lazimnya menerima harga lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mengeuarkan buah pada musim puncak (peak season). Beberapa saintis di Thailand dan Malaysia telah mencuba untuk menggunakan bahan penggalak (growth regulator) tumbuhan seperti Paclobutrazol di gunakan untuk tujuan pembungaan durian. Mereka menggunakan larutan paclobutrazol pada kadar kepekatan 5 gram bahan aktif dan 10 gram bahan aktif serta kontrol. Penggunaan kepekatan kurang 10 gram didapati memberikan kesan. Kajian mendapati  terdapat kesan yang signifikan penggunaan paclobutrazol terhadap pengeluaran bunga dan buah. Bagaimana pun kesan ini tidak konsisten dimana ianya tidak boleh dijadikan panduan untuk kita mengaplikasikan sebagai teknologi yang berkesan. Pengeluaran bunga dan buah durian amat kompleks dimana kesan bahan kimia pada pokok durian hanya berkait dengan proses pembentukkan bunga sahaja dan tidak ada kepastian kepada proses pembentukan buah dan lain-lain proses. Secara praktikal, penggunaan bahan paclobutrazol boleh digunakan untuk mempercepatkan (induce) pembungaan awal diluar musim pembungaan yang biasa. Paling penting untuk mereka yang ingin mencuba adalah menilai pokok yang hendak dipaksa pembungaan mesti sesuai sebelum berlaku kesan sampingan yang tidak diingini pada pokok durian.


Bunga durian mekar.
Kajian menunjukkan pokok durian perlu mendapat cuaca panas kering selama 10 hari berturutan sebelum pokok tersebut mengeluarkan kluster bunga yang banyak pada satu masa. Bagaimana pun bunga durian yang banyak tidak menjamin ia akan menjadi buah kerana faktur cuaca dan iklim akan menentukan proses berikutnya. Kadang-kadang saya perhatikan bunga yang keluar dengan banyak lebih 90 peratus atau 100% gugur dan tidak menjadi buah pun kerana banyak faktur. Berlaku keadaan dimana cuaca yang sudah sesuai untuk berbunga (10 hari panas kering berturutan) tetapi pokok belum bersedia untuk mengeluarkan bunga. Keadaan ini kita buat rawatan dengan berikan larutan terdiri 600 g larutan glukos, Baja NPK 15:30:15 dan racun kulat dengan 20 liter air disembur bersama Larutan Mepliquat chloride (poka D50 cc/ 20 liter air). Semburan ini membantu mempercepatkan kematangan daun dibahagian pucuk dan seterusnya membantu agar bunga untuk keluar.


Dalam keadaan terbalik dari kes diatas dimana pokok durian telah bersedia untuk mengeluarkan bunga tetapi cuaca tidak sesuai iaitu hujan turun selang 4 -5 hari (jangkamasa panas kondusif - 10 hari) menyebabkan pengeluaran bunga terjejas. Keadaan ini menyebabkan pembentukkan bunga durian keluar dengan jumlah sedikit sahaja dan tidak serantak atau berperingkat. Pengurusan ladang durian perlu dikaitkan dengan bagaimana mengujudkan stress mengurangkan air dalam tanah. Aplikasi memberi 150 gram Potasium nitrat dengan 40 cc Florigen dengan 20 liter air yang disembur pada daun durian membantu menggalakan pengeluaran bunga durian (Hiranpradit et all, 1998). Bagaimana pun ini banyak bergantung kepada pengurusan ladang durian. Kaedah lain yang boleh diamalkan dan didapati berkesan di Chantaburi, Thailand dengan membuat cantasan berkala 15 - 20 hari selapas tamat menuai dimana ini mengurangkan dahan yang vegetatif. Penggunaan baja NPK 9:23:24 sebanyak 2 - 5 kg sepokok juga menggalakan pembungaan bergantung kepada klin dan umur pokok. Akhir sekali teknologi aplikasi baja foliar bersama bahan penggalak boleh digunakan dalam mengalakkan pembungaan awal pokok durian. Apa yang saya temui adalah dengan mengaplikasikan baja foliar 20:20:20 atau 18:18:18 yang dicampur dengan bahan penggalak Gibberalin (1 tube GA dengan 10 liter air) disembur pada daun. Ini menggalakkan pucuk daun sihat yang seterusnya diberikan baja asas tinggi kandungan nutrien P, K dan zat mikro selama 2 minggu berterusan pada pokok durian. Kaedah ini didapati mampu mempercepatkan penghasilan bunga. Wallahualam!


Bahan paclobutrazol ... 
galakan kkeluarkan bunga durian?.

PEMBUNGAAN DURIAN ... BOLEH DIPAKSA?...
BANYAK KAJIAN... BELUM BANYAK BERJAYA...
GUNA PACLOBUTRAZOL... BERKESANKAH DIA?...
BACA ARTIKEL... BAGAIKAN HENDAK GILA...

By,
M Anem
Bilik 321, ONE Utama Hotel,
Jerteh, Besut,
Terenggnu,
Malaysia.
(23 March 2013)
    


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...