KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, March 8, 2013

HARGA BAJA ORGANIK DI MALAYSIA

BAJA ORGANIK (Organik Fertilizer) merupakan satu dari komponen penting sebagai input pertanian terutama untuk tanaman makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Baja organik mampu meningkatkan kesuburan tanah pertanian seterusnya memberikan kondisi terbaik untuk tanaman mendapatkan nutrien. Penggunaan baja organik terutama jenis asli atau yang telah diproses banyak digunakan dikawasan penanaman sayuran komersil seperti di kawasan Tanah Tinggi Cameroon Highland, di sekitar Johor Bahru, Selangor dan sebagainya. Diantara jenis baja organik yang paling popular digunakan di Malaysia adalah Tahi Ayam. Baja Organik lain yang ada digunakan adalah seperti Tahi Kambing, Kompos, Bokashi, Vermikompos dan sebagainya. Kajian ini dijalankan kepada dua jenis baja organik yang paling mudah dibeli dipasaran iaitu Tahi Ayam Asli dan Tahi Ayam Proses. Artikel pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai trend harga jualan baja organik diatas untuk dijadikan panduan, rujukkan dan pengetahuan anda.




Kajian dijalankan bagi mengetahui trend harga jualan runcit tahi ayam di Semenanjung Malaysia dari tahun 2008 sehingga tahun 2012 selama 5 tahun. Baja Tahi Ayam Asli adalah najis haiwan sama ada daripada ternakan ayam Daging atau Ternakan Ayam Penelur. Lazimnya petani lebih suka tahi ayam daripada ayam penelur kerana didakwa kualitinya lebih baik dengan kandungan nutrien yang lebih tinggi. Tahi awam ini lazimnya akan dicampur dengan abuk kayu atau habuk papan bagi mengurangkan gangguan bau dan lalat lalu dikumpulkan sebelum dimasukkan kedalam guni. Saya dapati tidak ada standard pembungkusan tahi ayam asli dimana satu pek lazimnya dianggarkan seberat 25 kilogram. Berat tahi ayam asli ini subjektif dimana kalau masih basah tentu lebih berat berbanding dengan tahi ayam asli yang telah kering. Harga runcit tahi ayam asli pada tahun 2008 ialah RM 18.64 / 25 kg dan trend ini menurun kepada hanya RM 15.53 (2009), RM 17.87 (2010), RM 13.90 (2011) dan kini berharga RM 13.48 (2012). Walau pun tahi ayam tidak dibuat berasaskan petroleum, tetapi kos jualan paling tinggi pada 2008 disebabkan mungkin oleh kos pengangkutan dan bahan makanan ayam yang meningkat dipasaran. 


Bagi baja tahi ayam proses pula, banyak jenama yang ada dipasaran seperti Avanti, Real Strong, Biomass dan banyak jenama lagi. Lazimnya tahi ayam asli akan diproses dikilang dan diperkayakan lagi dengan beberapa jenis nutrien tambahan untuk menambah nilai baja organik tersebut. Diantara bahan tambahan yang sering digunakan seperti unsur N, P, K dan Mikrob Berfaedah yang lain. Baji ini selalu dalam bentuk 'pelet' berwarna hitam cerah (lihat foto sebelah). Baja Tahi Ayam proses sering dibungkus dalam plastik yang tahan lasak dan kalis bau dengan pek bungkusan 40 kilogram walau pun ada juga dibungkus dalam pek 20 kg. Hasil kajian menunjukkan baja ini dijual purata harga runcit RM 31.00 (2008) dan naik kepada RM 34.31 (2009), RM 30.53 (2010), RM 32.45 (2011) dan RM 32.50 (3012).    



Geraf diatas menunjukkan trend pergarakan harga baja tahi ayam asli dengan tahi ayam proses untuk 5 tahun. Mungkin boleh saya katakan keadaan harga runcit baja organik berasaskan tahi ayam adalah agak stabil sepanjang tahun. Analisa dari geraf dibawah menunjukkan purata harga runcit baja tahi ayam asli dan tahi ayam proses adalah agak stabil sepanjang lima tahun. Purata harga adalah sebanyak RM 0.76 setiap 1 kilogram dan terus stabil kepada RM 0.77 (2009), RM 0.71 (2010), RM 0.71 (2011) dan stabil pada harga RM 0.71 pada tahun 2012. 



Baja organik merupakan bahan penting untuk digunakan setiap kali penanaman semula sayur-sayuran terutama sayur jenis daun. Penggunaan baja tahi ayam proses walau pun harganya tinggi sedikit menjadi kesukaan kepada petani, Antara sebab kenapa baja tahi ayam proses lebih diterima masa ini adalah kerana jaminan kualiti, mudah dibeli, mudah disimpan dalam setor, tindakbalas yang cepat, mengandungi mineral NPK tambahan dan bungkusan yang menarik serta mudah digunakan diatas tanah. 



BAJA ORGANIK... BANYAK JENISNYA...
TAHI AYAM ASLI... BUSUK BAUNYA...
TAHI AYAM PROSES... MODEN CARANYA...
TREND HARGA... STABIL NAMPAKNYA...

By,
M Anem
Batu 19, Sengkang,
Bukit Gambir, Ledang,
Johor, Malaysia.
(10 Safar 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...