Support My Blog

Monday, March 11, 2013

HARGA RACUN SIPUT

RACUN SIPUT merupakan sejenis racun yang digunakan untuk membunuh atau mengurangkan populasi siput. Racun Siput mampu membunuh siput yang merosakan tanaman terutama diperingkat anak benih sayuran dan tanaman makanan yang lain. Kerosakan oleh siput adalah memakan bahagian pucuk anak benih atau tanaman yang mempunyai tisu lembut terutama pada malam hari. Pemerhatian saya dikawasan tanaman sawi di bawah struktur pelindung hujan di sekitar Senai dan Seelong di Daerah Johor Bahru mendapati serangan siput amat serius. Siput kecil ini berada didalam SPH dan akan keluar malam hari untuk memakan daun sawi dengan rakusnya menyebabkan sawi akan berlubang-lubang dan rosak kualitinya. Penggunaan racun siput merupakan satu alternatif kawalan siput inii tetapi lama kelamaan siput tidak mati lagi kerana sudah 'immune' dengan racun tersebut. Di Malaysia dua jenis racun siput yang popular di pasaran adalah Jenama Baylucide 70WP dan Siputox. Jenama-jenama lain ada dipasaran tetapi dua jenama tersebut paling popular. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai trend harga racun siput daripada kajian yang saya jalankan selama 5 tahun untuk rujukkan dan pengetahuan anda semua. Jadual dibawah saya tunjukkan ringkasan harga racun tikus selama 5 tahun daripada 2008 hingga 2012.




Racun Jenama Baylucide 70WP mengandungi bahan aktif niclosamide ethaolamine 81.4% dalam bentuk butiran. Racun ini lazimnya akan dibungkus dalam pek bungkusan 1 kilogram dan pek-pek lain mengikut keperluan pasaran dan dikeluarkan oleh Bayer Crop Science. Kajian yang saya buat menunjukkan pada tahun 2008 harga racun ini adalah RM 225.17 sekilogram dan seterusnya turun naik seperti jadual diatas. Apa yang agak luarbiasa adalah purata harga racun siput ini pada tahun 2011 dimana direkodkan hanya RM 65.00 sekilogra. Ini mungkin satu kesilapan dalam menngumpul data asas dimana saya agak mungkin harga tersebut untuk 0.25 kilogram sahaja kalau dibandingkan dengan harga pada 2010 dan 2012. Harga runcit Racun Baylucide 70WP pada tahun 2012 ialah setinggi RM 268.00 satu kilogram. 


Siputox adalah sejenis racun siput yang mengandungi bahan aktif Methaldehyde 5% dan dikeluarkan oleh Agrichemical Chemisal (M) Sdn Bhd (ACM). Racun ini dibungkus dalam pek 0.5 kg, 2 kg, 4 kg, 5 kg dan paling besar dengan pek 25 kg.  Racun ini didaftarkan dengan nombor pendaftaran LRMP.R1/0002 membunuh siput yang terdapat pada kawasan sayuran dan nurseri (Mariaella dusumienri) , Siput pada kawasan pokok buah-buahan (Achatina fulica) dan siput dikawasan padi (Pomacea canaliculata). Kadar penggunaan pada sayur-sayuran adalah sebanyak 4 gram sepokok atau 25 kg sehektar diletakkan dipangkal anak pokok sayuran pada lewat petang selepas semburan pengairan. Harga runcit racun siputox  dijual pada purata RM 10.83 sekilogram (2008) sehingga tertinggi RM 14.20 sekilogram (2009) seperti jadual diatas. Purata keseluruhan harga racun siput di Semenanjung Malayisa daripada tahun 2008 hingga tahun 2012 adalah seperti geraf dibawah.



Harga runcit racun siput dalam kajian ini diambil daripada pejual runcit seluruh semenanjung. Mungkin terdapat kesilapan semasa data dikutip kerana didapati harga racun siput amat rendah pada tahun 2011. Dari segi kajian pasaran keadaan ini tidak normal kerana madar penurunan agak ketara dan signifikan. Laporan ini juga menunjukan saya telah menyelaraskan harga jualan kepada 1 kilogram walau pun dipasaran ianya dalam pek bungkusan yang tidak sama dimana pek yang kecil lazimya lebih mahal daripada pek yang besar (Kuantiti banyak). Setidak-tidaknya kajian ini menunjukkan bahawa trend harga bahan input pertanian akan terus meningkat setiap masa tanpa kita suka atau tidak. Isunya kalau kos input telah meningkat, adakah ianya sejajar dengan harga jualan produk pertanian yang dihasilkan?.



RACUN SIPUT ... PENTING DIGUNAKAN....
JENAMA SIPUTOX...DI JUAL DI PEKAN...
MEMBUNUH SIPUT ... MALAM IA MAKAN...
TANAMAN SELAMAT... HASIL MEMUASKAN...

By,
M Anem
Projek Sayuran Sawi
Kg Seelong, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(6 Safar 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...