Pernahkah anda melihat poster PELABURAN PERTANIAN PALSU?. Satu poster yang telah dicetak beberapa tahun dulu oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Jabatan Pertanian (Lihat foto diatas) telah lama di paparkan dibanyak lokasi untuk tatapan umum. Poster tersebut amat jelas menyatakan agar orang ramai sentiasa waspada dengan beberapa syarikat atau individu yang mempromosikan agar kita melabur didalam beberapa projek pertanian seperti Projek Ternakan Cacing, Projek Tanaman Serai dan juga Projek Buat Vermikompos. Saya masih jumpa poster ini ditampal pada papan kenyataan dibanyak lokasi di Pejabat Pertanian Negeri, Pejabat Pertanian Daerah dan juga lokasi umum seperti di Balai Raya, Surau dan sebagainya. Sebenarnya selain daripada 3 jenis projek yang dinyatakan diatas, terdapat lagi beberapa projek pelaburan pertanian lain yang di kategorikan palsu seperti Projek Ternakan Lintah, Projek Ternakan Ikan Keli Kanvas, Projek Ternakan Kambing Biri-biri , Projek Tanaman Rumput, Projek Ternakan Burung Walit dan ada beberapa lagi. Artikel kali ini saya menulis mengenai poster yang saya paparkan diatas di dalam blog "Anim Agro Technology" sebagai maklumat yag mungkin boleh dimenafaatkan pembaca blog ini berdasarkan kepada kajian ringkas, pengalaman penulis dan laporan beberapa jabatan dan individu yang terlibat dengan isu ini.
Apa yang saya telah kaji, kes pelaburan pertanian palsu ini aktif sekitar tahun 2008 sehingga 2010 dimana ketika itu berlaku krisis harga minyak dan krisis kenaikan harga makanan seluruh dunia. Kenaikan harga makanan dunia meningkat pada tempoh tersebut akibat daripada kenaikan kos pengeluaran bahan makanan terutama kos untuk bahan input, kos bagi pengangkutan disamping berlaku banyak kes kerosakan tanaman akibat bencana alam. Bekalan bahan makanan yang tidak mencukupi diseluruh dunia terutama tanaman bijirin seperti beras, gandum, jagung dan sebagainya meningkat beberapa kali ganda dipasaran dunia. Banyak perbincangan diadakan untuk mengatasi isu ini diperingkat domestik dan antarabangsa. FAO contohnya telah menjalankan beberapa pendekatan untuk mengatasi masaalah ini dan kini kita tidak dapat membeli makanan dengan kos murah seperti dahulu. Penduduk dunia bertambah setiap saat sehingga kni telah pun melebihi 7.6 billion tetapi kawasan pertanian terus berkurang. Bagaimana caranya kita hendak pastikan bahan makanan mencukupi dimasa akan datang?.
Ternakan cacing merupakan projek yang baru diperkanalkan di Malaysia. Beberapa syarikat telah mengadalah pakej latihan menternak cacing serta membekalkan bahan untuk menternak cacing dan juga pakej membeli balik cacing tersebut. Peserta yang berminat dengan membaca iklan daripada internet, akhbar atau rakan-rakan perlu membayar kos untuk menghadiri ceramah. Selepas timbul minat, mereka akan membeli cacing dan kemudahan infra untuk mula memelihara. Mereka juga diberi jaminan belian balik dengan cashflow yang menguntungkan. Cacing jenis baru ini didakwa mempunyai harga pasaran baik untuk pelbagai kegunaan dengan kaedah penternakan yang mudah. Projek ini juga dikaitkan dengan projek menghasilkan Vermikompos (sejenis baja dari tahi cacing) yang mempunyai harga tinggi dan kandungan nutrien didakwa tinggi. Bagaimana pun apabila cacing dan baja vermikompos telah dihasilkan, terdapat masaalah untuk menjual hasil cacing dan vermikompos malahan ada syarikat yang janji hendak beli tidak dapat dikesan alamatnya.
Tanaman Serai merupakan satu dari projek yang di dapati 'dipalsukan' oleh beberapa syarikat. Pengalaman saya di Johor dulu pernah didatangi oleh beberapa syarikat (berasal dari Sepang dan Kuala Langat, Selangor) yang akan majukan tanaman serai dan daun limau purut. Sistem yang dijalankan dengan membeli benih serai dan limau purut daripada syarikat tersebut dan menandatangani surat perjanjian untuk membeli balik hasil tanaman kelak. Setelah petani melabur dengan kos sendiri untuk menyedia kawasan, membajak, menanam dan menuai.... apabila hendak jual hasil bermacam-macam syarat dikenakan seperti kualiti, saiz, harga dan sebagainya sehinggakan ada petani 'murka' dengan syarikat yang 'hilang' terus dari perniagaan. Saya didedahkan dengan pelbagai nama baru untuk serai pada waktu iatu seperti gelaran untuk "Serai Peha Ayam", "Serai Peha Gajah" , "Serai Wangi Spesial" dan "Serai Singapore". Seronoknya syarikat yang berjaya menjual benih serai tersebut dengan harga yang baik kepada petani yang menjadi mangsa.
Selain itu pelaburan menternak lintah, memelihara ikan keli dalam kanvas dan menternah pawah kambing biri-biri juga popular dan telah disenaraikan sebagai "Pelaburan Pertanian Palsu" oleh jabatan dan agensi terbabit. Syarikat menyediakan pakej kursus ternakan dan membekalkan kelengkapan menternak keli atau lintah dengan jaminan harga belian yang lumayan. Saya terjumpa ramai penduduk kampong pada masa itu buat projek ternakan keli dalam kanvas di Tangkak. Saya dapati projek berjalan baik sehingga peringkat pengeluaran dimana banyak isu ikan keli tidak dapat dijual sedangkan kos sekilogram mencecah RM 7.00 - RM 8.00 sekologram. Ini kerana kos infra dan kos makanan ikan keli yang agak mahal selain daripada kos pengurusan serta rawatan penyakit. Selepas banyak masaalah di lapangan, barulah mereka yang tidak pernah berkunjung ke Pejabat Pertanian Daerah, Pejabat Perikanan dan JPV datang bertanya kepada pegawai. Mereka diberi nasehat dan jalan penyelesaian dengan dibantu masaalah pemasaran jika boleh dibantu. Selama ini mereka memang terpengaruh dengan syarikat yang memang memberikan kepercayaan sepenohnya kepada individu yang kurang berwaspada. Jadikan kes ini sebagai satu pedoman untuk masa akan datang.
InsyAllah!
PELABURAN PERTANIAN... ADA BAHAYA...
MENTERNAK CACING... SUNGGUHKAH IA?...
MENANAM SERAI... PEHA GAJAH KATANYA...
BAJA VERMIKOMPOS.... SAMA SAHAJA...
By,
M Anem
Kg Sialang, Tangkak,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(15 JamadilAwal 1434H)
Apa yang saya telah kaji, kes pelaburan pertanian palsu ini aktif sekitar tahun 2008 sehingga 2010 dimana ketika itu berlaku krisis harga minyak dan krisis kenaikan harga makanan seluruh dunia. Kenaikan harga makanan dunia meningkat pada tempoh tersebut akibat daripada kenaikan kos pengeluaran bahan makanan terutama kos untuk bahan input, kos bagi pengangkutan disamping berlaku banyak kes kerosakan tanaman akibat bencana alam. Bekalan bahan makanan yang tidak mencukupi diseluruh dunia terutama tanaman bijirin seperti beras, gandum, jagung dan sebagainya meningkat beberapa kali ganda dipasaran dunia. Banyak perbincangan diadakan untuk mengatasi isu ini diperingkat domestik dan antarabangsa. FAO contohnya telah menjalankan beberapa pendekatan untuk mengatasi masaalah ini dan kini kita tidak dapat membeli makanan dengan kos murah seperti dahulu. Penduduk dunia bertambah setiap saat sehingga kni telah pun melebihi 7.6 billion tetapi kawasan pertanian terus berkurang. Bagaimana caranya kita hendak pastikan bahan makanan mencukupi dimasa akan datang?.
Ternakan cacing merupakan projek yang baru diperkanalkan di Malaysia. Beberapa syarikat telah mengadalah pakej latihan menternak cacing serta membekalkan bahan untuk menternak cacing dan juga pakej membeli balik cacing tersebut. Peserta yang berminat dengan membaca iklan daripada internet, akhbar atau rakan-rakan perlu membayar kos untuk menghadiri ceramah. Selepas timbul minat, mereka akan membeli cacing dan kemudahan infra untuk mula memelihara. Mereka juga diberi jaminan belian balik dengan cashflow yang menguntungkan. Cacing jenis baru ini didakwa mempunyai harga pasaran baik untuk pelbagai kegunaan dengan kaedah penternakan yang mudah. Projek ini juga dikaitkan dengan projek menghasilkan Vermikompos (sejenis baja dari tahi cacing) yang mempunyai harga tinggi dan kandungan nutrien didakwa tinggi. Bagaimana pun apabila cacing dan baja vermikompos telah dihasilkan, terdapat masaalah untuk menjual hasil cacing dan vermikompos malahan ada syarikat yang janji hendak beli tidak dapat dikesan alamatnya.
Tanaman Serai merupakan satu dari projek yang di dapati 'dipalsukan' oleh beberapa syarikat. Pengalaman saya di Johor dulu pernah didatangi oleh beberapa syarikat (berasal dari Sepang dan Kuala Langat, Selangor) yang akan majukan tanaman serai dan daun limau purut. Sistem yang dijalankan dengan membeli benih serai dan limau purut daripada syarikat tersebut dan menandatangani surat perjanjian untuk membeli balik hasil tanaman kelak. Setelah petani melabur dengan kos sendiri untuk menyedia kawasan, membajak, menanam dan menuai.... apabila hendak jual hasil bermacam-macam syarat dikenakan seperti kualiti, saiz, harga dan sebagainya sehinggakan ada petani 'murka' dengan syarikat yang 'hilang' terus dari perniagaan. Saya didedahkan dengan pelbagai nama baru untuk serai pada waktu iatu seperti gelaran untuk "Serai Peha Ayam", "Serai Peha Gajah" , "Serai Wangi Spesial" dan "Serai Singapore". Seronoknya syarikat yang berjaya menjual benih serai tersebut dengan harga yang baik kepada petani yang menjadi mangsa.
Ternakan keli dalam kanvas. |
InsyAllah!
Pandai bercakap hingga berasap.... Hebatnya! |
MENTERNAK CACING... SUNGGUHKAH IA?...
MENANAM SERAI... PEHA GAJAH KATANYA...
BAJA VERMIKOMPOS.... SAMA SAHAJA...
By,
M Anem
Kg Sialang, Tangkak,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(15 JamadilAwal 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.