KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, March 17, 2013

BENTUK DAUN (PART 5)



BENTUK DAUN (Leaf Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan dan fungsi yang berbeza-beza. Apa yang saya belajar di universiti, kebanyakan bentuk daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi untuk menjalankan proses penting tumbuhan iaitu fotosintesis. Kebanyakan daun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk dan ranting. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dtmana akhirnya ia mati dan akan gugur. Dari segi taksonomi untuk tumbuhan, bentuk daun sangat berkait rapat dalam menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk daun kelihatan sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis tanaman dari kumpulan yang sama. Terdapat banyak artikel yang saya baca dan membincangkan mengenai bentuk daun. Saya juga merujuk kepada beberapa buah buku dan juga laman web seperti berkaitan. Secara amnya, bentuk asas daun ada 9 bentuk (Lihat rajah diatas) tetapi banyak juga saintis yang membahagikan kepada lebih 9 bentuk sehingga 24 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya gembira menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk daun dari definasi beberapa saintis lain serta susunan daun (leaf arrangment) yang jarang-jarang kita dengar atau kita jumpa tetapi ianya berguna untuk menambah pengetahuan kita didalam sains tumbuhan.

13. Bentuk - Pinnatisect
Bentuk daun jenis ini adalah seperti bentuk hujung anak panah berlapis-lapis dengan bentuk seakan dipotong dibahagian bawah lai daun ditengah-tengahnya (Lihat foto sebelah). Saya pelik juga dengan bentuk daun jenis ini dan beberapa kali jumpa tumbuhan seperti ini dahulu iaitu semasa saya melawat Taman Herba Perak. Kebanyakan tumbuhan jenis pakis dan herba serta sesetengah rumput mempunyai bentuk daun seperti ini. 


14.  Bentuk -   Spear-shaped
Daun berbentuk seperti hujung lembing ini juga memang pelik kelihatannya. Tangkai daun memanjang dari bawah dan daunnya membentuk seperti hujung lembing dengan lekuk dipangkal daun dan tirus tajam dihujungnya (Lihat foto disebelah). Apa yang saya lihat pokok dari kumpulan pokok keladi dan bunga hiasan banyak tergulung dan mempunyai bentuk daun seperti ini. Saya pun ada tanam spesis pokok bunga yang mempunyai daun seperti ini dalam pasu dahulu ketika bertugas di Mersing, Segamat dan Johor Bahru.


15.  Bentuk - Lobed
Daun bentuk 'lobed' adalah berbentuk 'lobata' iaitu seakan 3 helai daun yang mempunyai beberapa hujung uang tajam (Lihat foto sebelah). Daun jenis ini banyak pada tumbuhan saka dan renek dan mudah untuk mengenalpasti berdasarkan bentuknya. Terdapat beberapa jenis tumbuhan disekeliling kita yang mempunyai bentuk daun seperti ini. 


16.  Bentuk - Rhomboid
Kalau tidak faham akan perkataan 'Rhomboid' tidak mengapa. Bentuk ini sebenarnya adalah seperti bentuk berlian (Diamond) sahaja bentuk daunnya sekilas pandang (Lihat foto sebelah). Banyak tumbuhan yang mempunyai daun bentuk ini adalah daripada pokok renek dan juga pokok saka. Bentuk daun ini mempunyai susunan urat daun yang agak jelas dan bersistem.


17.  Bentuk Spathulate
Lagi satu nama yang agak aneh uuntuk kita faham iaitu kata asas latin sebagai 'spathulata'. Sebenarnya bentuk daun ini adalah bentuk seperti SUDU (Spoon shaped) dimana tirud dari bahagian pangkal daun dan membentuk seperti bentuk sudu dibahagian hujung (Sila rujuk foto sebelah). Kebanyakan daun jenis ini terdapat pada tumbuh-tumbuhan renek dan sayur-sayuran dimana ia bersail kecil dan sederhana. Daun ini juga lazimnya agak lembut dan agak rapuh pada sesetengah tumbuhn.


18. Bentuk - Oblanceolate
Merujuk kepada foto sebelaah kita mungkin agak keliru dengan bentuk daun Spathulate yang berbentuk sudu. Daun jenis ini bentuknya akan kelihatan lebar dibahagian atas daripada bahagiann pangkal daun atau dekat tangkai daun. Susunan urat daun (veins) ketara dilihat daripada pemukaan atas atau bawah daun. Daun jenis ini banyak pada tumbuhan ornamental, pokok hutan dan juga jenis tanaman jangkapendek lain.

DAUN POKOK.... BANYAK BENTUKNYA...
PINNATISECT...MATA LEMBING RUPANYA...
ADA RHOMBOID... DIAMOND SEBENARNYA...
MACAM SUDU ... SPATHULATE NAMANYA...

By,
M Anem
Bilik BIMA
Adya Nalendra Hotel,
Jl. Tn. Margo Kulon 9A,
Jogjakarta DIY
Indonesia
(16 Mac 2013)
Melawat Gunong Merapi di Jogja dengan famili.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...