Support My Blog

Sunday, September 30, 2012

AGRONOMI TANAMAN SEKOI


SEKOI (Pennisetum glaucum) merupakan sejenis tanaman yang boleh hidup pada tanah yang agak kering, masin dan beralkali serta liat dengan pH 8.5. Sekoi merupakan tanaman dimana ia mempunyai daya kerintangan tinggi kepada banjir, kemarau dan serangga perosak berbanding dengan jagung (Zea mays). Tanaman sekoi tidak popular di Malaysia tetapi masih ada petani di kawasan pendalaman yang masih menanam sekoi untuk kegunaan persendirian. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman sekoi di Malaysia kerana ianya bukan menjadi tanaman penting. Saya pun hanya jumpa beberapa petani menanam sekoi di Pahang, Sarawak dan di kawasan Pendalaman. Ciri fizikal pokok sekoi sama lebih kurang dengan pokok jagung cuma hasil atau buahnya terletak dihujung pokok dan tunas baru atau anak akan keluar dari pokok yang sama selepas batang utamanya di potong yang dipanggil ratoon. Petang Sabtu ini sambil berehat menonton Astro saya menulis amalan agronomi tanaman sekoi dalam 'Anim Agro Technology' sebagai pengetahuan tambahan kepada mereka yang berminat menbacanya.

Teknologi Penanaman Sekoi
Sekoi boleh ditanam dikawasan tanah subur di Malaysia dimana kita kena pastikan tanah mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengemburkan, menghapuskan rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok. Aktiviti membajak piring perlu dijalankan kira-kira dua minggu sebelum menanam. Disyorkan agar kerja membajak mestilah sedalam antara 20 dan 25 sentimeter (cm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah. Kerja membajak putar dibuat selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil. Kemudian jalankan aktiviti seterusnya iaitu mengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5. Bahan yang disyorkan adalah seperti GML (Ground Magnesium Limestone) dengan kadar dua tan/ hektar (ha) untuk tanah biasa. Apa yang saya perhatikan jarak tanaman sekoi bergantung kepada jenis tanah dan juga varieti sekoi iaitu antara dia antara 60 dan 90 sm antara baris dan di antara 10 dan 23 sm antara pokok. Pastikan yang biji benih dirawat dengan racun kulat terlebih dahulu sebelum ditanam sedalam 3 - 5 cm dengan sebanyak tiga atau empat biji selubang. Aktiviti  menanam sekoi juga boleh menggunakan jentera atau dengan tangan dimana biji benih akan bercambah tiga hingga tujuh hari selepas ditanam. Perlu ingat bahawa penjarangan dibuat selepas tiga minggu ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.

Pengawalan tumbesaran Sekoi
Penanaman Sekoi perlu di uruskan mengikut amalan agronomi yang sesuai. Kawalan rumpai dilakukan sebanyak dua kali iaitu dua minggu dan empat minggu selepas menanam. Pembajaan dengan kadar NPK 102:45:45 kg/ha dimana separuh unsur N dan semua P dan K diberi sebagai baja asas dan separuh lagi N diberi sebulan selepas menanam.  Ulat pengorek batang adalah perosak utama dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga yang bersesuaian seperti Malathion dan sebagainya. Serangan burung mungkin akan berlaku dan lazimnya pada peringkat penyemaian dan ketika peringkat susu biji sekoi. Terdapat juga masaalah serangan oleh Penyakit Hawar Daun dan smut biji sekoi boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik dan juga dengan cara menggunakan semburan racun yang bersesuaian.

Penuaian Sekoi
Pemerhatian mendapati hasil sekoi boleh dikutip mengikut jenis dan pada kebiasaannya di Malaysia bila mencapai di antara 97 dan 110 hari selepas ditanam. Walau pun belum banyak varieti sekoi di daftarkan tetapi yang ada adalah sekoi yang dibawa masuk dari luarnegara. Terdapat juga aktiviti untuk dapatkan hasil kedua (ratoon) batang sekoi dipotong hingga berdekatan paras tanah supaya tunas tumbuh untuk mengeluarkan anak pokok baharu. Amalan yang petani Malaysia amalkan adalah tidak perlukan ratoon, dimana kita potong pokok lebih tinggi dari paras tanah atau dengan mengerat atau memotong jambak buah. Beberapa laporan kajian kes mendapati anggaran hasil sekoi adalah mengikut varieti atau jenis seperti Varieti DOOBS (1,791 kg/ha), Varieti CE/71 (1662 kg/ha), Varieti CE/178 (1,669 kg/ha) dan Varieti 655N(1,523 kg/ha). Biasanya biji sekoi disimpan tanpa diceraikan dari tangkai tetapi dikeringkan sehingga 10-14 % kelembapan untuk mengelak serangan kulat dan serangga. Begitulah kisah mengenai agronomi tanaman sekoi untuk pengetahuan dan rujukkan anda semua. Wasaalam!

AGRONOMI SEKOI... MUDAH CARANYA....
PENYEDIAAN TANAH...MAMBAJAK ASASNYA...
BENIH DI TANAM ... BAJA DI TEBURKANNYA...
LEPAS 100 HARI... MENUAILAH JAWABNYA...

By,
M Anem
Stesyen Pertanian Bukit Goh,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(7 Zulkaedah 1433H)

Saturday, September 29, 2012

BAJET 2013 OLEH PM

BAJET 2013 telah di bentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia di Parlimen pada 28 September 2012 dengan penoh bergaya dan mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli parlimen. Bajet yang dimulakan jam 3.00 petang tamat pada jam 6.30 petang dengan disiarkan secara langsung dari media eletronik dan di tonton oleh berjuta-juta rakyat Malaysia. Saya juga sempat menonton ucapan cadangan bajet tersebut kerana bercuti. Beberapa sektor yang terlibat dengan kerja saya dalam bidang pertanian mendapat penekanan yang kukuh dalam bajet 2013 seperti pembukaan 5 jelapang padi baru, pembangunan komoditi buah-buahan dan sayur-sayuranm, pembangunan pengeluaran benih tanaman dan pelbagai lagi. Bagaimana pun berikut adalah sinopsis sebahagian daripada ucapan bajet tersebut dicatitkan dalam 'Anim Agro Technology' untuk dibuat rujukkan dan peringatan bersama. Saya beli suratkhabar Berita Harian dan membaca dengan jelas akan perincian ucapan bajet tersebut.


Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan

PELAKSANAAN 12 NKEA 
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
- Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK  
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, sebanyak RM1 bilion – pelaksana MIDA
3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA 

4. Pembangunan PKS
-Skim Pembangunan PKS – RM1 Bilion (SME Bank)
- Pelan Induk PKS (2012-­?2020) – RM 30 juta bagi tahun 2013
-Dana Industri Halal – RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal

5. Penjaja dan peniaga kecil
-Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga RM5,000)
-Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)

SEKTOR PELANCONGAN  

6. Merancak Sektor Pelancongan
- Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
- Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan

HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS  

7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun
-Pengecualian cukai pegangan
-Pengecualian duti setem

8. Projek pelaburan minyak dan gas:
-Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
-Terminal minyak dan gas – Johor dan Sipitang, Sabah
- Loji Regasifikasi di Melaka

9.Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa :
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
-Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas & kimia.

PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN 
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
-Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini – RM 30 juta
-Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan – RM75 juta
- Program penanaman semula kelapa sawit – RM432 juta
- Pemb. bahan terbitan oleo bernilai tinggi – RM127 juta
- Memperkasa Projek Azam Tani – RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)

11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
-Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
- Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik & penyertaan 12,237 pesawah

INSENTIF UNTUK NELAYAN

12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan – manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 - 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan – perlindungan hingga RM100,000

MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN

15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian – RM2.4 bilion
- Pemberian Subsidi Harga Padi -RM 480 juta ringgit
- Pemberian Subsidi Baja Padi -­RM465 juta ringgit
- Insentif Peningkatan Hasil Padi -­RM 80 juta ringgit
- Insentif Pengeluaran Padi -­RM 563 juta ringgit
- Subsidi Harga Beras -­RM528 juta ringgit
- Subsidi Benih Padi Sah -­RM 85 juta ringgit

16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
- Jumlah pampasan sehingga RM13,000
- Manfaat kepada 172 ribu pesawah
- Program Azam Tani - RM 41 juta libatkan 6,730 orang
MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN

17. Pasaran Modal
- Menerajui terbitan sukuk – RM171 bil. @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
-Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 billion – PLUS Berhad
-Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
-Program Graduate Representative – melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal

18. Tawaran Awam Awal (IPO)
-Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)

19. Pasaran Bon dan Sukuk
- Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit – Suruhanjaya Sekuriti
- Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
- Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
- Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk

MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN 

20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
-Layanan cukai sama seperti syarikat
-Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah

21. Tambahan peruntukan modal Danajamin -­ RM400 juta; 2 tahun
-Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat

22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal -­ RM 100 juta
- Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti

23. Tun Razak Exchange (TRX)
- TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
- Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
- Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah

24. Pembangunan Wakaf Korporat
-Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat – JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri

PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 

25. Projek MRT -­sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera

26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -­ RM 1 bilion

27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
-Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Dis 2013
-Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
-Meningkatkan kelayakan pemegang sykt sehingga RM20 juta

28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
-Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India


Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN

29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 -­? 2025
- Peruntukan sektor pendidikan -­RM38.7 bil. @ 15% dari keseluruhan peruntukan
- Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
- Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)

30. Pembangunan Sektor Pendidikan
-Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah(RM1 Bilion) 

31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
-Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN – RM1.2 bilion
- Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak swasta
- Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak2
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak?kanak dan prasekolah swasta

32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU
-OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran

LATIHAN & KEMAHIRAN 

33. Peruntukan dlm latihan teknikal vokasional – RM3.7 bilion
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran – RM440 juta
- Peralatan ILP & IKBN – RM366 juta
- Program latihan berstrategik tinggi – melatih 5,000 orang
- Program RAPID di Pengerang – melatih 300 belia dalam bidang minyak & gas
- Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN -­? melatih 3,200 pelajar India

34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) – memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia – potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO


Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

37. Pembangunan PKS
-Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
-Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek -­? RM200 juta (Kerajaan tanggung 2% kadar faedah& CGC menjamin 50%)
-Program latihan penilai harta intelek – RM19 juta

MEMPERGIAT AKTIVITI R&D 

38. Peruntukan R&D kpd 5 Universiti – RM600 juta
- Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
- Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa

39. Insentif cukai syarikat subsidiari yang buat aktiviti R&D
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
-Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan

40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi
-Program Inovasi Inklusif – kerjasama agensi Kerajaan & NGO

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU 

41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
-Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
-Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015


Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam

PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL 

42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang – 3% menjelang 2015

43. Memperkukuh sistem percukaian negara
-Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama

44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money

MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM 

45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
-Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
-Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif

46. Pesara Kerajaan
-Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­kurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
-Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)

47. Warga Emas
- Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
-Berkuatkuasa Januari 2013

48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
- Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
- Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
- Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
- Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut & Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)

49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
- Bantuan tunai one-off, RM1,000 – manfaat 224 ribu bekas tentera

INSURANS BERKELOMPOK TENTERA DAN POLIS 

50. Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota Tentera & Polis
- Had perlindungan maksimum: RM15,000
- Manfaat kepada hampir 242,000 anggota

PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

51. Bah. Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
-Bank komersial sebagai panel bank yang uruskan pinjaman
-Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)

52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
- Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)

PELATIH PRA PERKHIDMATAN  

53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
- Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
- Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih


Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat

INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2 | BUDGET 2013

54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek & prgm untuk pastikan kesejahteraan rakyat.

MENGURANGKAN KADAR JENAYAH | BUDGET 2013

55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
-Tambahan perjawatan baru polis
-Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
-Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
- Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
-Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan – geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
-Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) – 6,500 KRT menjelang 2013
-Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
-Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan

MENAMBAHBAIK LALUAN KERJAYA WARGA PDRM

57. Kajian secara komprehensif sedang dijalankan oleh JPA

MENAMBAHBAIK SPRM 

58. Tambahan 150 perjawatan sehingga 5,000 anggota
59. Memperbaiki kedudukan Kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah

YAYASAN BANTUAN GUAMAN  

60. Tambahan peruntukan RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman

MEMACU TRANSFORMASI KOMUNITI

61. Penubuhan National Strategic Coordination Unit
- merancang & menyelaras program menyeluruh UTP & RTP

62. Perluasan 6 UTC di seluruh negara
- Alor Star, Kuantan, Ipoh, J. Bahru, Kota Kinabalu & Kuching
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan & swasta dalam 1 bangunan

63. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara
- Melaka, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak
- Menyediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di 1 pusat integrasi

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI 

64. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
-Bina 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa – manfaat 220,000 penduduk
-Projek bekalan air – manfaat 24,000 rumah
-Projek penyambungan bekalan elektrik – 19,000 rumah
-Program Desa Lestari – melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk
-Program pemb. ekonomi masyarakat Orang Asli – RM88 juta
-Membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak

KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN 

65. Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan
-Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan
-Membaik pulih 350 klinik Kerajaan – peruntukan RM100 juta
-Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara

66. Klinik 1Malaysia
- Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara)
- Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urin

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT

67. Program pembangunan wanita dan masyarakat
- Program Pengarah Wanita ? melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I?KIT)
-Program Get Malaysian Business Online (GMBO) – geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil bangunkan website
-Pemeriksaan percuma ujian Mamogram – 100 ribu wanita
- Program KAR1SMA – manfaat RM1.2 bilion
-Program 1AZAM – manfaat 58,330 peserta

68. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara

BELIA DAN SUKAN

69. Program pembangunan Atlet dan Sukan
- Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa – Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan Road to Rio
- Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
- Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban

70. Program pembangunan belia

- Program Y-Creative – persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) – usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund – pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U – menggalakkan aktiviti sukarelawan belia

71. Rebat RM200 kepada belia 21-30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G – manfaat 1.5 juta pengguna

GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN

72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar

MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR 

73. Penubuhan perkhidmatan bas RapidKuantan pada 1 Disember 2012
74. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan – RM3,000

PERUMAHAN UNTUK RAKYAT
75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah – RM1.9 bilion

76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
- Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
- Had pendapatan pinjaman bersama suami-­?isteri kepada RM10,000
- Nilai maksimum hartanah RM400,000

- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014

77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan

78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima dpd kontraktor penyelamat;
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.

BANTUAN DAN SUBSIDI  

79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 – isirumah berpendapatan ? RM3,000
-Bantuan tunai RM250 – individu bujang berumur 21 tahun ke atas  RM2,000

80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta)

81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) – RM 1.5 bilion

82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan

83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-Labuan-­Sabah

84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak- Labuan-Sabah

BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM 

85. Pemberian 1 bulan setengah bonus

MEMPERMUDAH IBADAH HAJI 

86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000

KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI 

87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan – RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu

88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai

MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS

89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :
-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)

MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR 

90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ? RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks

91. Pgm bantuan persekolahan – RM100 kpd pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5

92. Pgm Baucar Buku 1Malaysia – RM250 pelajar Universti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6

93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000

PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN 

94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)

95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) 

97. Pihak GLC menyokong usaha CSR
-FELDA: Membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA, membaiki rumah-­?rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
- Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidikan, Klinik Bergerak 1Malaysia & pgm baikpulih rumah – RM300 juta.


BAJET 2013...TELAH DIBENTANG....
BANYAK INSENTIF...AKAN DATANG....
SEKTOR PERTANIAN...TIDAK KURANG...
NEGARA MAJU.... KURANG HUTANG...

By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(13 Zulkaedah 1433H)

BAJA UREA : MUDAH HILANG?

BAJA UREA merupakan sejenis baja yang paling banyak digunakan didalam sektor pertanian dan penternakan. Baja urea mempunyai sifat yang 'mudah hilang' dari permukaan tanah kerana sifat semulajadi baja tersebut yang merupakan sebatian organik dari 46% Nitrogen dan mudah larutresap. Kehilangan unsur dalam baja urea keudara berlaku apabila baja urea ditabur kepada tanah. Apa yang saya belajar, apabila baja urea ditabur diatas tanah yang kering, maka tidak ada tindakbalas segera berlaku. Bagaimana pun enzim 'urease' diatas tanah dengan sedikit kelembapan, maka tindakbalas akan berlaku dimana baja urea berhidrolisis (hydrolyses) dan menghasilkan amonia serta karbon dioksida. Proses ini berlaku dalam masa 2 -4 hari selepas baja ditabur diatas tanah dan akan berlaku proses lebih cepat lagi jika keasidan tanah rendah atau pada tanah yang mempunyai nilai pH tinggi. Jika berlaku hujan, akan berlaku proses larutresap dengan lebih cepat dan pembebasan amonia dan karbon dioksida dengan serta merta. Pagi sabtu ini selepas pulang dari LCCT saya menulis artikel mengenai kehilangan baja urea dan beberapa perkara yang perlu kita tahu mengenai pemeluhwapan baja urea (volatilazation) dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama. Dibawah adalah formula dimana baja urea di uraikan oleh enzim erease kepada amonia dan karbon dioksida.  




Beberapa kajian dan pemerhatian mengenai baja urea yang saya belajar menyatakan, baja urea mudah hilang mempunyai hubungkait dengan SUHU TANAH dan pH TANAH. Kedua-dua faktor ini menyebabkan kehilangan baja urea dalam tanah berlaku terutama selepas aktiviti menabur urea diatas permukaan tanah. Data didalam rajah dibawah menunjukkan jika suhu pada tanah tinggi maka kadar kehilangan baja urea adalah tinggi. Pada suhu 45 Fahrenheit, hanya pada hari keempat sebanyak 2% urea akan hilang diudara (volatiled) tetapi jika suhu tanah meningkat kepada 75 Fahrenheit, maka kadar kehilangan urea akan naik kepada 4% dan pada suhu 90 Fahrenheit meningkat kepada 5%.  Kehilangan urea keudara pada hari keenam adalah pada kadar 6% pada hari ke 10 dengan suhu tanah dibaca pada 45 Fahrenheit kemudian akan meningkat kepada sebanyak 20% kehilangan jika suhu tanah meningkat kepada 90 darjah Fahrenheit. (Ramai mungkin tidak faham hendak tukkar ukuran suhu Fahrenheit kepada Celcius). Kajian diatas menunjukkan suhu yang tinggi pada permukaan tanah akan mempercepatkan proses kehilangan baja urea keudara. Oleh itu perlu diamalkan agar aplikasi baja urea dibuat semasa pembajakan tanah dengan menggaulkan kedalam tanah untuk mendapatkan kesan baja urea uang optima.




Kehilangan baja urea pada permukaan tanah melalui pemeluhwapan (volatiled) jiga berkait rapat dengan keasidan atau kemasaman tanah (Soil pH). Kadar kehilangan urea adalah bermula pada hari ke 2 dengan nilai pH tanah pada pH 7.5 (alkaline). Pada nilai pH 5.0 akan berlaku kehilangan urea pada hari ke 4 dimana sebanyak 1% sahaja akan hilang (Sila lihat rajah dibawah).  Pada nilai pH 6.0 pula pada hari ke 10 sebanyak 22% baja urea akan hilang dan ini memberikan kesan yang signifikan kepada jumlah baja urea yang akan diambil oleh tumbuh-tumbuhan. Analisa juga menunjukkan apabila pH tanah bernilai pH 7.0 sebanyak 40% baja urea akan hilang dan pada pH 7.5 pula sebanyak 44% baja urea akan hilang. Analisa ini menunjukkan semakin tinggi nilai pH akan menyebabkan banyak kehilangan baja urea pada permukaan tanah. 


Kepada semua petani di Malaysia mereka biasa dengan penggunaan baja urea didalam penanaman padi. Tanaman padi perlukan banyak baja N terutama untuk pembentukan daun dan mesti mencukupi untuk pembentukan anak (tillering stage). Kekurangan baja urea akan menjejaskan pembentukan daun dan ini menyebabkan pengurangan hasil kelak. Tanaman sayuran terutama sayur jenis daun juga memerlukan baja urea pada kadar disyorkan untuk mendapatkan hasil sayuran yang optiman. Semuga artikel ini dapat memberikan tambahan ilmu pengetahuan kepada anda semua. Bahan rujukkan diambil dari pelbagai sumber. Wasallam!



BAJA UREA...MUDAH HILANG DI UDARA....
PADA PH TINGGI.... AMATLAH KETARA....
SUHU TANAH TINGGI...BERLAKU JUGA....
KEPADA SEMUA... PERLULAH WASPADA...

By,
M Anem
Sawah Ring, Ledang,
Johor,
Malaysia.
(13 Zulkaedah 1433H)

Friday, September 28, 2012

BAJA UREA

BAJA UREA adalah sejenis baja sebatian organik berasaskan NITROJAN yang sangat penting didalam bidang tanaman dan ternakan. Baja urea juga dikenali dengan nama 'Carbamide' dan ianya merupakan baja mengandungi 46% N dengan formula  (NH2)2CO  yang fungsinya menyerupai baja kompos dalam tanah. Saya kenal nama urea semenjak kecil dulu ketika mengikuti bapa menabur baja urea dalam sawah padi di Muar, Johor sekitar tahun 1970'an. Baja urea memang tidak asing bagi saya dengan baunya yang masam , berbutir , berwarna putih serta berkristal apabila dikeluarkan daripada dalam karung. Penghasilan baja urea kini dikemorsilkan dengan cara sintetik dan berskala besar-besaran dengan diproses daripada bahan berasaskan petrolium iaitu Amonia dengan Karban dioksida. Semasa belajar di universiti dulu, saya diberitahu bahawa baja urea ditemui oleh seorang saintis Perancis iaitu Hillaire Roulle pada tahun 1773 tetapi hanya di komersilkan sebagai baja sintetik pada tahun 1828 iaitu 55 tahun selepas ianya dijumpai. Artikel petang Jumaat ini sambil berehat sempena cuti dari bekerja, saya menulis artikel mengenai baja urea dalam 'Anim Agro Technology' untuk rujukan dan bacaan anda semua.

Pengeluaran baja urea moden kini dibuat secara besar-besan dengan menghydrasi bahan kimia Amonia carbamate dengan menggunakan tekanan dan suhu pada ketinggian khusus. Lazimnya reaktor bertekanan tinggi dalam serombong digunakan bagi proses ini. Kilang Asean Fertilizer di Bintulu, Sarawak merupakan salah satu kilang yang menghasilkan baja urea iaitu sebuah syarikat berasaskan petrolium yang berkapasiti untuk bekalan baja ures di kawasan Asia Tenggara. Baja urea memang mengandungi unsur paling tinggi dalam mana-mana jenis baja dipasaran. Hampir 90% daripada pengeluaran baja didunia adalah dlam kategori baja berasaskan nitrojen (Nitrogen-release fertilizer). Kebanyakan bakteria dalam tanah menghasilkan enzim urease iaitu memproses baja urea daripada bahan pereputan atau baja urea kepada amonia dan karban dioksida.  Bakteria seperti 'Nitrobacter' mampu menghuraikan Nitrit kepada Nitrat dalam tanah untuk mengikut teori Kitaran Calvin.

Baja urea (Lihat formula disebelah) merupakan sejenis baja yang mengandungi unsur N paling tinggi dalam pasaran iaitu 46%N dan merupakan antara jenis baja paling murah dipasaran. Baja ini murah disebabkan proses pembuatannya mudah iaitu daripada bahan Nafta (Crude naphtha). Baja urea sangat selamat disimpan kerana tidak memberikan sebarang risiko seperti letupan tetapi ianya mudah menyebabkan karat pada metal dan besi. Baja urea amat luas skop penggunaanya iaitu hampir boleh diguna untuk semua jenis tanaman. Lebih signifikan lagi ianya boleh diaplikasi untuk semua jenis tanah di Malaysia. Selepas baja urea diambil oleh tumbuhan dan diproses pada daun, tidak ada kesan sisabaki yang tinggal kecuali karban dioksid yang akan berinteraksi dengan bakteria dalam proses penguraian baja ini. Karbon dioksida dalam tanah tidak merosakkan kualiti tanah.

Terdapat beberapa kelemahan pada baja urea yang perlu kita tahu. Baja urea adalah sejenis baja yang mudah larut dalam air dan bersifat Higroskopik (Hygroscopic water). Sifat ini diertikan dengan ujudnya satu lapisan nipis yang menyelaputi butiran partikel tanah menyebabkan yang menghalang air dari tanah diserap oleh tumbuhan. Baja urea adalah sejenis baja sbatian yang tidak stabil. Ianya mudah rosak (decompose) dalam suhu bilik jika terdedah kepada keadaan terbuka. Baja urea akan terurai kepada unsur amonia dan karbon dioksida yang akan mengakibatkan kehilangan baja urea yang sangat ketara. Kajian mendapati jika baja urea mengandungi bahan asing melebihi 2% (more than 2% impurities) maka ianya tidak boleh digunakan sebagai baja terutama terhadap tanaman dari keluarga Citrus. Kebanyakan bentuk baja urea dipasaran adalah dalam bentuk 'granule' atau butiran (lihat foto sebelah atas) yang dibungkus dalam karung yang kedap udara.

Apakah dia keistimewaan dan faedah baja urea?. Banyak rujukan yang saya buat menyatakan yang baja urea adalah murah dan cepat bertindakbalas dengan tumbuhan. Ramai kata kalau hendak daun tanaman kita berdaun hijau gelap, gunakan baja urea keatas tanaman tersebut. Baja urea boleh diaplikasikan dalam 3 cara iaitu dalam bentuk cecair (solution), pepejal (solid) dan paling istimewa sebagai Baja foliar (semburan baja daun). Baja ini juga selamat digunakan dan disimpan tanpa menyebabkan letupan (kini ada dakwaan yang baja urea boleh dibuat bahan letu[an seperti bom!). Pengendalian baja urea adalah mudah, cekap, murah serta senang diaplikasikan didalam kebun atau untuk aktiviti ternakan. Proses pembuatan baja urea juga didapati kurang menyebabkan pencemaran alam sekitar kerana menggunakan bahan yang mudah larut. Kesan baja tumbuhan terhadap prestasi tanaman juga amat signifikan dan mampu meningkatkan hasil tanaman.  Cara menggunakan baja urea terbaik adalah semasa membajak tanah untuk mempastikan ianya terdapat pada tanah semasa penanaman. 

Baja urea juga ada beberapa pantang-larang. Diantaranya adalah jangan sesekali menyimpan baja urea bersama dengan Amonium nitrate dalam setor. Ini akan mengakibatkan kerosakan kepada baja tersebut. Simpan didalam setor yang berbumbung, mempunyai ruang udara mencukupi, ada alas rak-rak kayu dan jangan di letak diatas simen (Lihat foto sebelah). Jangan gunakan bahan metal tajam seperti augers untuk mengalihkan beg baja urea kerana ini akan mencederakannya dan pembalutnya akan rosak. Ketika menabur urea, pastikan pada jarak 50 kaki iaitu jarak yang sesuai dan selamat. Elakkan baja urea dari terkena biji jagung kerana ianya akan menyebabkan biji jagung rosak dan tidak sesuai untuk ditanam. Jika menabur baja urea pada tanah yang telah mempunyai pH 7.5, dengan segera jalankan pembajakkan untuk memasukkan baja urea kedalam tanah kerana jika tidak akan sia-sia belaka penggunaan baja urea tersebut.

Demikianlah coretan mengenai baja urea kali ini. InsyaAllah akan disambung lagi dengan teknologi aplikasi dan keberkesanan baja urea dalam mempastikan tanaman dapat tumbuh dengan baik dan memberikan hasil yang optima. Wasallam.

BAJA UREA...POPULAR NAMANYA....
AMONIUM CARBAMATE..MUDAH PROSESNYA...
KURANG MERBAHAYA...MURAH HARGNYA...
PETANI GUNAKAN...TINGGI HASILNYA...

By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(11 Dzulhijjan 1433H)


       

Thursday, September 27, 2012

XYLEM

XYLEM atau dalam Bahasa Malaysia sebagai Zailem merupakan satu komponen struktur organ untuk pengangkutan dalam sistem marfologi tumbuhan. Komponen struktur lain dalam tumbuhan dikenali sebagai Kulit Batang (Cork), Empulur (Pitch), Kambium Vaskular (Vascular cambium) dan Tisu Phloem (Phloem tissue) seperti rajah diatas. Fungsi utama xylem adalah untuk mengangkut bahan seperti air dan nutrien mineral terlarut (dissolved minreal nutrient) dalam tumbuhan keseluruh bahagian. Kandungan air didalam tumbuhan keluar melalui satu  proses transpirasi (transpiration) daripada bahagian daun dan perlu diganti daaripada bahagian akar melalui xylem. Bentuk dan struktur sel xylem berbeza-beza mengikut jenis tumbuhan, umur dan juga persekitaran atau ekologi. Kali ini saya menulis struktur xylem dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan anda semua.


Xylem terdiri daripada pelbagai jenis sel daripada yang berbentuk panjang, tirus menmanjang dan sel-sel mati yang dipanggil sebagai 'trancheids' serta sel fiber (sclerenchyma). Sel-sel yang mengelilingi struktur xylem pula merupakan sel dinding nipis yang dipanggil sebagai 'Parenchyma'. Terdapat dua kategori xylem iaitu Xylem Utama (Primary xylem) yang terletak dibahagian luar dan juga Xylem sokongan (Secondary xylem) yang terletak dibahgian dalam batang tumbuhan. Fungsi kedua-duanya sama iaitu untuk menbawa air dan nutrien terlarut daripada bahagian akar kepada seluruh bahagian tumbuhan. 


Peranan Xylem dan Phloem pada tumbuh-tumbuhan banyak bergantung kepada proses transpirasi air pada daun. Kehilangan air ini menyebabkan berlakunya pergerakan air dan nutrien pada xylem dari bahagian akar melalui proses teori 'Cohesion-tension' yang mana pergerakan tersebut lazimnya adalah pada arah yang berlawanan dengan teeori tarikan graviti. Sebaliknya fungsi Phloem adalah untuk menghantar gula dan asid amino (Sejenis protin) yang telah diproses keseluruh bahagian tumbuhan dalam proses yang hampir serupa dengan cara pengangkutan xylem. Begitulah uniknya struktur pengangkutan dalam tumbuh-tumbuhan dari kajian saintifik. Wasallam!      

NAMA 'XYLEM'... MENGANGKUT KERJANYA...
DALAM BATANG... ADA 2 KETEGORINYA...
SEL-SEL NIPIS... DARI AKAR KESEMUA...
SEMUGA KITA FAHAM... BARU TAHUNYA...

By,
M Anem
KLIA Sepang,
Malaysia
(8 Zulkaedah 1433H)

Wednesday, September 26, 2012

KAWALAN RUMPAI LADANG SAWIT

KAWALAN RUMPAI DI LADANG KELAPA SAWIT perlu dijalankan bagi mempastikan rumpai dikawal untuk memberikan pertumbuhan sempurna. Terdapat 4 kumpulan jenis rumpai yang tumbuh dikawasan ladang kelapa sawit iaitu Jenis Rumput, Jenis Renek, Jenis Menjalar dan Jenis Paku-Pakis. Rumpai merupakan salah satu faktor yang termasuk dalam pengurusan agronomi tanaman kelapa sawit dengan melibatkan kos  kedua tertinggi sebanyak 17 - 22% daripada jumlah kos pengurusan. Ianya merupakan kedua tertinggi selepas kos pembajaan kelapa sawit. Kaedah kawalan rumpai berbeza-berbeza mengikut umur tanaman, jenis tanah, kepadatan rumpai , jenis rumpai dan kos yang terlibat. Pengalaman saya selama lebih 30 tahun dalam memberikan khidmat pengembangan pertanian mendapati kebanyakan penanam kelapa sawit (sama ada sektor estet atau pekebun kecil) melaksanakan pengurusan kawalan rumpai dari peringkat awal penanaman kelapa sawit. Berdasarkan kepada pengalaman, terdapat beberapa cara untuk mengawal rumpai didalam kawasan tanaman kelapa sawit yang akan saya bentangkan dalam 'Anim Agro Technology' untuk di kongsi bersama dengan anda semua. 


Secara umumnya terdapat 4 kaedah untuk mengawal rumpai dikawasan penanaman kelapa sawit sama ada dijalankan secara atau dilaksanakan secara berintergrasi dengan pelbagai kaedah lain. Kaedah kawalan rumpai boleh di lakasanakan dengan KAEDAH AMALAN KULTURA (Cultural practices) , KAEDAH MEKANIKAL (Mechanical), KAEDAH BIOLOGIKAL (Biological Control) dan KAEDAH KIMIA (Chemical Control) atau kombinasi diantara semua diatas.  Kaedah Amalan Kultura merupakan kaedah dimana melibatkan aktiviti amalan pertanian seperti 'Sungkupan' disekeliling pangkal pokok terutama pokok muda dikawasan yang berterrain. Jenis sungkupan yang sering digunakan adalah tandan-tandan kelapa sawit kosong dari kilang atau racikan batang kelapa sawit yang telah ditebang. Bahan ini diletakkan dipangkal pokok dengan susunan rapat dan pereputan aakan menjadikan ianya menjadi baja kompos atau baja organik. Bahan lain yang boleh digunakan sebagai sungkupan adalah dengan menggunakan Plastik Hitan Silvershine atau Bekas Plastik Baja yang telah digunakan. Penanaman tanaman penutup bumi merupakan satu teknologi yang paling popular dikalangan estet-estet kerana ianya sangat praktikal, berkesan dan memberikan kebaikan kepada faktur kesuburan tanah. Jenis penutup bumi dari kumpulan kekacang menambahkan unsur Nitrojan didalam tanah dan ini memerlukan pengurusan yang signifikan. Penanaman tanaman kontan juga diamalkan untuk mengawal rumpai seperti menanam tembikai  atau lain-lain tanaman makanan.  


Kaedah Kawalan Rumpai Mekanikal dijalankan dengan menggunakan alatan seperti Tajak, Cangkul, Sabit, Parang , Mesin Potong Rumput dan sebagainya. Kaedah ini sesuai dijalankan oleh pekebun-pekebun kecil yang luasnya sekitar 2-3 ekar sahaja. Mereka akan memotong rumpai yang tumbuh dikawasan ladang kelapa sawit dan dibiarkan mati. Terdapat penternak ruminan lembu atau kambing yang memang suka untuk memotong rumput dikawasan ladang sawit dan diberikan kepada ternakan tersebut yang dikurung didalam kandang. Bagi sesetengan estet ada menjalankan kerja-kerja membajak tanah bagi mengawal rumpai dengan menggunakan trektor.  Kaedah Kawalam Biologikal semakin popular masa kini terutama dikawasan estet yang besar. Kaedah diamalkan adalah dengan melepaskan ternakan ruminan seperti Lembu, Kambing dan Bebiri didalam kawasan tanaman kelapa sawit untuk ragutan. Walau pun ternakan tersebut akan merosakkan tanaman kelapa sawit yang baru ditanam, ianya lebih sesuai untuk pokok kelapa sawit yang dewasa. Pagar eletrik didalam kawasan ragutan akan di alihan mengikut plot-plot pusingan ragutan yang dijadualkan. Intergrasi ternakan lembu dan kambing didalam kawasan penanaman kelapa sawit meenjadi satu inovasi terbaik di Malaysia. Walau pun ada isu 'tanah padat' atau 'soil compaction' yang timbul dalam kaedah ini, baja tahi lembu dipercayai mampu menyuburkan kawasan kelapa sawit.  Penggunaan serangga, bakteria, kulat  dan parasit yang memusnahkan rumpai dikawasan ladang berpotensi dilaksanakan.


Kaedah Kawalan Kimia merupakan satu kaedah yang paling popular dan paling meluas diamalkan.  Kaedah penggunaan racun rumpai merupakan cara paling berkesan, kesan yang lama, mudah dan sangat praktikal. Penyemburan racun rumpai dikawasan tanaman kelapa sawit muda berbeza dengan penyemburan racun rumpai bagi kawasan kelapa sawit dewasa. Peralatan menyembur racun digunakan dalam aplikasi ini sama ada alatan mudah seperti Tong Penyembur (Knapsack Sprayer) atau Penyembur Boom (Boom Sprayer) untuk kawasan yang sesuai. Jenis-jenis racun yang digunakan juga berbeza-beza mengikut jenis rumpai dan kepadatan rumpai.  Bagi kawasan pokok muda bahan racun rumpai seperti Jadual 1 adalah disyorkan. 


Jadual 1 : Penggunaan racun rumpai pokok kelapa sawit muda

Bagi pokok kelapa sawit yang matang, pelepah daun akan bertembung dengan rapat dan kurang menembusinya mengakibatkan tanaman rumput penutup bumi akan pupus secara semulajadi. Habitat ini akan menyebabkan jenis rumpai yang lain tumbuh terutamanya jenis renek dan pakupakis. Jika tidak dikawal ianya akan menyukarkan kerja-kerja lain mengurus ladang kelapa sawit.  Terdapat keadaan dimana jika kita membunuh semua rumput dikawasan kebun akan menyebabkan berlakunya hakisan terutama dikawasan berbukit yang terdedah hakisan. Penyemburan racun rumpai dikawasan dewasa yang ada ternakan lembu atau kambing perlu berhati-hati kerana akan menjejaskan ternkan tersebut. Adalah penting untuk mematuhi peraturan penggunaan racun rumpai untuk cara kawalan ini. Berikut adalah kaedah kawalan rumpai dikawasan pokok kelapa sawit matang dalam Jadual 2 untuk di buat rujukkan.


Jadual 2 : Penggunaan racun rumpai pokok sawit yang matang

Semuga artikel ini memberikan banyak informasi berguna kepada semua pembaca khususnya penanam kelapa sawit. Adalah penting untuk anda mempastikan racun yang betul digunakan dan kaedah aplikasi mestikan seperti arahan pada label. Kawalan rumpai sempurna akan memberikan kesan pertumbuhan yang baik diperingkat awal dan meningkatkan hasil buah sawit anda!. Wasallam!

KAWALAN RUMPAI...PENTING SEKALI...
GUNAKAN RACUN...KESAN TERBUKTI... 
TERNAKAN LEMBU... KAEDAH BIOLOGI...
LADANG BERSIH...HASIL BERKUALITI...

By,
M Anem
Pamol Estate, Kg Gajah,
Kluang, Johor.
Malaysia.
(6 Zulkaedah 1433H)


THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...