Tanaman Bawang (Allium cepa) memang kurang popular di Malaysia tetapi ianya merupakan tanaman yang diusahakan secara komersil dan berdayamaju di negara jiran Indonesia. Tanaman bawang mudah diserang pelbagai penyakit ketika saya membuat projek khas penanaman bawang merah iaitu di Projek Kelompok Kg Sri Pantai, Mersing dan di Pusat Pertanian Teluk Sari, Endau sekitar tahun 1997-1999 dahulu. Diantara penyakit yang sering menyerang tanaman bawang merah adalah seperti Reput umbisi, 'white tips', reput daun, lecuh daun dan sebagainya. Saya berpeluang melawat projek tanaman bawang di Indonesia pada 2010 dan mendapati teknologi penggunaan EM 4 telah berjaya meningkatkan hasil tanaman bawang dari 7 mt sehektar kepada 10 - 12 mt sehektar. Artikel kali ini saya menulis teknologi yang telah pun terbukti bagus iaitu dengan menggunakan larutan EM 4 yang diamalkan untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman bawang bagi pengetahuan semua.
Penanaman bawang merah perlu menggunakan varieti yang sesuai dimana kebanyakan petani di negara jiran didapati akan menggunakan bahan tanaman dari umbisi sedia ada (Bukan dari biji benih - seeds).Umbisi atau lebih mudah dipanggil 'biji bawang' ini perlu dirawat dahulu dengan cara merendam didalam larutan EM 4 selama 5-10 minit sebelum menanam. Penyiraman keatas tanaman bawang juga digalakkan menggunakan larutan EM 4 mengikut keperluan tanaman tersebut. EM 4 merupakan larutan yang menganduni mikrobs terdiri daripada bakteria, yis dan sebagainya. Tindakbalas yang belaku menyebabkan mikrorganisma tersebut menjalankan proses fermentasi dan menghasilkan hormon, enzim, vitamin serta unsur mikronutrien kepada tumbuhan. Serangan oleh perosak serangga seperti Spodoptera exigua dapat dikurangkan dengan menyembur EM 4 kepada tanaman bawang. Serangan ulat ini sering berlaku pada bahagian dalam daun yang sukar dilihat dengan mata kasar dan tanpa kawalan menyebabkan penurunan hasil atau tidak berhasil langsung.
Kupu-kupu dewasa sering bertelur pada tanah di kawasan tanaman bawang. Semburan larutan EM 4 yang banyak dimana mengandungi bahan mikrorganisma akan menyuburkan tanah dan tanah yang subur ini tidak disukai oleh kupu-kupu deasa untuk bertelur. Keujudan mikrob ini tidak disukai oleh ulat-ulat terutama selepas 30 hari sehingga 60 hari untuk penanaman bawang dikebun. Peringkat ini merupakan tahap kritikal serangan hama dan perlukan kawalan. Adalah diingatkan untuk mengurangkan penggunaan racun kimi dalam penanaman bawang merah kerana ianya akan menyababkan mikrob yang disembur akan terjejas. Penggunakan EM 4 sebagai satu alternatif dalam kawalan serangan perosak tanaman bawang didapati satu teknologi yang boleh diamalkan selain daripada teknologi konvensinal sedia ada. Wasallam.
Related Articles in this blog:
1. BAWANG MERAH (KLIK DISINI)
2. BAWANG PUTIH (KLIK DISINI)
3. BAWANG DAUN (CLIKK HERE)
4. ETHYLENE (CLICK HERE)
5. BAWANG BESAR (KLIK DISINI)
6. TEKNOLOGI EM4 DI BALI (KLIK DISINI)
TANAM BAWANG...AMAT SUSAHNYA...
SERANGAN PENYAKIT...AMAT KERAPNYA...
GUNAKAN EM 4...SATU ALTERNATIFNYA...
HENDAK LEBIH TAHU...LAWAT KEBUNNYA....
By,
M Anem
Cameroon Hoghland,
Pahang,
Malaysia
(25 Syawal 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.