Support My Blog

Wednesday, September 19, 2012

PENYAKIT NENAS

Nanas (Ananas comosus) sejenis tanaman tropika dari keluarga Bromelioaceae yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Nama lain nenas adalah Nanas, Nenas, Pineapple (English), pina (Spanish), ananas (Argentina), anaasa (Telugu India) dan sebagainya. Sejarah Nenas telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis dimana ini selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nenas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutamanya di Johor. Penulis terlibat dengan projek tanaman nenas ketika bertugas di Muar dengan membangunkan dan memberi khidmat nasehat teknikal lebih 300 hektar ladang nenas di Mukim Air Hitam dan Mukim Sg Balang. Artikel ini ditulis untuk memberi maklumat mengenai penyakit untuk tanaman nenas dengan semua pembaca berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kerjaya dalam bidang pertanian selama 31 tahun dalam 'Anim Agro Technology'.. 


Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Pada tahun 2008 FAO menyenaraikan pengeluaran nenas dalam negara di Malaysia menduduki Ranking ke 8 mengikut nilai USD 69,620 dan ke 10 mengikut pengeluaran selepas Minyak sawit (1) dan getah (2). Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura. Terdapat seluas 16,850 hektar tanaman nenas akan ditanam pada tahun 2010 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 416,070 metrik tan. Negeri Johor merupakan nageri paling luas dengan tanaman nenas terutama di daerah Pontian (3,686 ha), Daerah Kluang (2,950 ha) dan Daerah Muar (1,266 ha) secara komersial dan pekebun kecil.


Terdapat 4 jenis penyakit tanaman nenas di negara kita yang penting untuk di ketahui. Penyakit tersebut adalah Penyakit Reput Perdu atau Reput Pangkal, Penyakit Buah Hantu, Penyakit Mata Dalam dan Penyakit Pecah Tangkai. Nama-nama penyekit ini disesuaikan dengan marfologi dan simptom yang terdapat pada jenis penyakit tersebut.  Penyakit Reput Perdu disebabkan oleh kulat Thialaviopsis paradoxa yang menyerang pokok nenas 4 - 8 bulan selapas ditanam. Jangkitan penyakit ini saya lihat bermula dengan ujudnya tompok-tompok berair dari pangkal daun dimana terdapat gelembong gas yang berbau dibahagian yang reput. Jangkitan kulat ini menyebabkan keseluruhan teras pokok nenas akan mudah TANGGAL dan pokok akan mati. Kawalan dijalankan dengan menjalankan pembersihan kawasan dengan amalan kultura yang betul terutama dikawasan lembab. Cara lain dengan mempastikan kawasan kebun mempunyai sistem perparitan atau saliran yang sempurna.  


Penyakit Buah Hantu disebabkan oleh Bakteria dikenalpasti sebagai Erwinia chysanthemi yang lazimnya akan menyerang buah nenas sebelum 2 - 3 minggu sebelum dituai dan juga boleh menyerang buah nenas masih muda. Apa yang say lihat terdapat cecair banyak keluar dari celah-celah anak buahberserta dengan gelembong gas. Srrangan yang teruk boleh menyebabkan apa yang tinggal dalam buah hanya rangka dan serabut sahaja dan buah memang tidak boleh dimakan, dijual atau di proses. Kawlan penyakit buah hantu dimulakan dengan membuang pokok yang diserang penyakit ini (sanitasi). Kajian juga menunjukkan serangga seperti semut yang terdapat di kebun mampu membawa patogen kepada pokok lain yang sihat. Mengawal populasi semut di dapati boleh mengurangkan kejadian serangan debanyak 50 - 70%. Semut boleh dibunih menggunakan racun semut dan sebagainya. Kaedah kawalan terbaik adalah menanam varieti nenas yang rintang dari serangan penyakit Buah Hantu.


Penyakit Mata Dalam disebabkan oleh Kulat jenis Penicillium funiculasum yang menyerang bahagian bunga nenas semasa pembentukkan bunga iaitu 4 - 5 minggu selepas proses aruhan bunga. Aruhan bunga dengan ANAA atau lain-lain hormon perlu diawasi kejadian serangan kulat ini. Kulat menyerang tisu dinding ovari yang akan menjadi keras dan kan menyebabkan ianya berwarna coklat. Serangan teruk menyebabkan ianya akan bergabus dan sering juga merebak sehingga ke bahagian empulur buah. jika kadar serangan menjadi teruk menyebabkan buah akan terbantut dan rosak. Sehingga hari ini belum ada kaedah kawalan Penyakit Buah Hantu yang sesuai (mungkin kena cari bomoh kot yang pandai halau hantu! - Joke sahaja).   bagaimana pun antara cara boleh diamalkan adalah dengan mengawal polasi lalat di kebun semasa proses pendebungaan (menyebarkan kulat antara bunga nenas), mengurangkan aplikasi baja Nitrojan pada tanaman nenas dan menyembur racun jenis Bordeou mixture pada pokok yang ada simptom kekurangan unsur kuprum. 


Penyakit ke 4 bagi tanaman nenas yang saya ketahui adalah Penyakit  Pecah Tangkai yang berlaku akibat ciri Fisiologi. Pecahan mendatar pada ruas tangkai iaitu sepanjang 1 -2 cm terdapat pada pangkal buan nenas. Ini menyebabkan pembesaran buah nenas akan tidak sekata (not uniform shape). apa yang saya dapat lihat dimana bentuk buah akan kelihatan membengkok kearah bahagian yang pecah ini ini akan menjejaskan bentuk buah yang tidak berkualiti.  Jika serangan berlaku pada banyak buah akan menjadikan harga nenas rendah kerana bentuk buah yang tidak sekata. Walau pun tidak berkait dengan sebarang patogen seperti kulat atau bakteria, kawalan boleh dijalankan dengan menyembur bahan Kuprum sulfat kepad pokok nenas dan kurangkan kepekatan semburan Larutan NAA ketuka membuat aruhan bunga. Kepekatan yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya penyakit ini. Diharap dengan membaca artikel ini akan memberi maklumat berguna kepada pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!

PENYAKIT NENAS ...ADA 4 SEMUANYA.....
REPUT PERDU...AWAL SERANGANNYA...
BUAH HANTU..JANGAN TAKUT AKANNYA...
MATA DALAM PUN...BOLEH DIATASINYA...

By,
M Anem
Bt 14, Air Hitam,
Muar, Johor,
Malaysia
(27 Syawal 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...