Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai bekalan makanan yang sentiasa mencukupi, selamat dimakan dengan kadar harga yang masih mampu untuk rakyatnya membeli. Di negara ini memang jarang terdengar isu rakyatnya yang menghadapi masaalah kekurangan makanan malahan isu terlebih makan didapati adalah lebih dominan. Walau sebahagian bahan mentah untuk makanan diimpot dari luar negara, Malaysia masih mampu mengekalkan harga makanan pada paras yang rendah sejak lama dahulu dengan melaksanakan banyak dasar-dasar kukuh mengatasi masaalah 'Food shortage'. Stok bekalan makan negara seperti stok beras sentiasa di pantau untuk mempastikan ianya berterusan mencukupi untuk beberapa bulan dalam zon kecukupan bajan makanan ruji seperti beras. Penanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia masih mampu menampong keperluan dalam negara malahan sebahagian hasil pertanian tersebut di ekspot sebagai sumber pendapatan negara. Sektor penternakan dan perikanan juga menyumbangkan asas yang kukuh untuk rakyat Malaysia mendapat bekanan makanan mencukupi.
Pengambilan Beras (Rice) diMalaysia menurut kajian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 2011 menunjukkan sebanyak 79.5 kilogram beras di perlukan untuk dimakan untuk seorang dalam setahun. Kadar ini adalah agak sederhana rendah jika dibandingkan dengan rakyat Indonesia yang menggunakan sebanyak 135 kg beras seorang dalam setahun (Hampir dua kali ganda penggunaan perkapita Malaysia). Negara Malaysia mempunyai tahap sara diri (Self Sufficient Level - SSL) beras pada paras 71.4% pada tahun 2011. Baki kekurangan beras di tampung melalui proses pengimpotann beras dari beberapa negara jiran. Kajian saya mendapati penggunaan perkapita sayur-sayuran adalah pada kadar 54.7 kg Sayur seorang setahun. Sebahagian dari sayuran ini adalah di hasilkan dalam negara dimana kadar sara diri (SSL) sayuran di Malaysia adalah pada kadar 41.2%. Sayur segar yang dihasilkan dalam negara seperti sayur jenis daun dan sayuran jenis buah dihasilkan sepanjang tahun. Lebih separuh dari sayur yang diimpot adalah seperti jenis Cili Kering, Kekacang (Soyabean), Bawang, Kentang, sayur bijirin dan sebagainya.
Buah durian paling luas ditanam |
Penggunaan perkapita daging Ayam di Malaysia adalah sebanyak 35 kilogram seorang setahun pada tahun 2011. Malaysia mempunyai kadar sara diri bekalan ayam (Poultry) yang amat tinggi iaitu sebanyak 127.9% dan mampu untuk mengekspot keluar negara. Industri ternakan ayam banyak menggunakan bahan makanan asas yang diimpot dari luar negara seperti jagung dan komponen lain. Apa yang saya agak terkejut adalah apabila mendapati orang Malaysia sebenarnya banyak menggunakan telur ayam. Laporan Agro Makanan MOA 2011 menyatakan setiap individu di negara kita makan atau menggunakan sebanyak 295 biji telur seorang setahun. Maknanya makan telur haampir setiap hari... bukan begitu, sebahagian telur digunakan dalam industri makanan dan sebagainya. Pengeluaran telur melebihi keperluan dengan tahap SSL sebanyak 115.4%. Rakyat Malaysia sebenarnya sangat rendah menggunakan susu iaitu cuma 47.5 liter seorang dalam setahun. Kadar kecukupan susu (SSL) adalah pada paras paling rendah iaitu cuma 4.9% sahaja. Hampir 95% bekalan susu diimpot dalam bentuk susu segar atau susu tepong bagi diberikan kepada bayi dan kanak-kanak diseluruh negara.
Orang Malaysia memerlukan ikan sebanyak 45.5 kg seorang setahun. Kadar ini merupakan satu paras yang sederhana dengan bekalan ikan (SSL) dalam negara sebanyak 101.7%. Penghasilan ikan laut oleh nelayan tempatan dan aktiviti akuakultur menghasilkan bekalan ikan, udang, krustcea dan sebagainya sehingga mencapai lebih dari tahap SSL. Malaysia sebenarnya mampu menjadikan industri perikanan sebagai industri yang berpotensi untuk dikembangkan kerana mempunyai sumber yang banyak. Diharap artikel ini memberikan maklumat berguna kepada pembaca untuk dijadikan rujukkan. Saya telah membentangkan laporan diatas semasa membuat kertas pembentangan dalam APEC Workshop on Innovative Approaches on Food Security Conference pada 18 - 21 Jun 2012 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
BAHAN MAKANAN... PENTING DIUTAMA...
KECUKUPAN SSL.... BANYAK KADARNYA...
AYAM DAN TELUR... LEBIH BEKALANNYA....
SUSU PULA... AMAT KURANG ADANYA....
By,
M Anem
Presint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(20 Syawal 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.