Support My Blog

Monday, September 3, 2012

KHASIAT RUKAM

RUKAM (Flacourtia rukam) merupakan sejenis buah daripada pokok rukam dari keluarga Flacourtiaceae yang kurang dikenali ramai. Tumbuhan ini dipercayai memang native di Malaysia, Indonesia dan juga Filipina tetapi telah banyak ditanam di Thailand, India dan juga negara-negara Indo-China lain. Saya pun asalnya kurang kenal dengan buah rukam kerana buah ini kurang di tanam secara komersil di Malaysia dan belum banyak teknologi amalan agronomi yang saya jumpa. Nama lain bagi rukan adalah Aganas ; Rukam (Filipina), Khrop-dong (Thailand -Pattani), Rukam (Jawa), Ken (Laos), Rukam Gajah (Melayu) dan Mung guan ru'ng (Vietnam). Mengikut wikepedia pula mengatakan ada 5 spesis rukam yang hampir sama iaitu F. indica (dikawasan India), F. inermis, F. jangonmas (Juga di India), F. montana dan F. rukam (Asia Tenggara). Artikel hari raya keenam ini saya akan menulis khasiat sejenis buah yang kurang dikenali iaitu buah rukam dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukan anda.

Pokok Rukam dipercayai berasal dari Malaysia, Indonesia dan Filipina merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai saiz sederhana besar, iaitu sekitar 5 - 15 meter dari paras tanah dengan bilangan dahan yang banyak dari bahagian rendah atas tanah sehingga kepucuknya. Apa yang saya lihat, pokok rukam di sebuah stesyen pertanian di Johor mendapati batangnya berwarna kelabu berbelang putih dan coklat dan bentuknya bengkang bengkok bagi dahan tua. Lazimnya dahan masih muda berduri, berkayu dengan bercabang-cabang dimana panjang cabangnya sekitar 10 - 15 cm panjangnya. Kayu pokok rukam sederhana keras dan ada pokok yang didakwa merupakan pokok rukam dari varieti atau klon yang dahannya tidak berduri. Daun Rukam berwarna hijau tua, bergerigi serta mempunyai bentuk panjang bujur. Saiz daun berbeza-beza mengikut umur pokok, kesuburan dan kedudukan di antara 10-18 cm panjang dan 4 - 7 cm lebar. 

Buah Rukam boleh dimakan mentah atau dipotong-potong untuk dibuat ramuan dalam rojak atau sesuai juga dibuat jeruk, jem atau minuman kordial. Bagi mereka yang suka makan ulam-ulaman, boleh petik daun rukam yang masih muda atau pucuk rukam dimakan mentah atau dibuat sayur. Kayu pokok rukam juga mempunyai kualiti yang baik iaitu dari kategori kayu keras dimana boleh dijadikan lesung kayu, perabot atau perkakas rumah. Khasiat perubatan Buah Rukam dengan mengambil buah muda yang kemudian direbus, airnya diminum dimana ia mengatasi masaalah cirit birit dan merangsang kitaran haid. Daun rukam muda yang ditumbuk lumat dan diperah airnya pula boleh diletakkan pada mata, ini dipercayai mengubati sakit mata dan mengatasi masaalah mata bengkak. Daun rukam yang telah dikeringkan lalu dihancurkan menjadi serbuk dan diletakkan pada luka-luka bertindak sebagai ubat yang berkesan. Akar pokok rukam pula direbus dan airnya diminum oleh ibu selepas bersalin membantu menambah kesihatan. Saya kurang pasti berapa harga buah rukam yang dijual (jika ada musim) di gerai buah-buahan sekilogram? 

KHASIAT RUKAM...KURANG DI BACA....
SUSAH DAPAT BUAH...CARI DIMANA...
KHASIAT KHUSUS...UBAT UNTUK MATA...
CIRIT BIRIT... RAWATKAN DENGAN SEGERA...

By,
M Anem
Kg Parti Bengkok, Gersik,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(3 SEPTEMBER 2012)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...