Support My Blog

Wednesday, September 12, 2012

JUS DAN KORDIAL BUAH (3)

TEKNOLOGI MEMBUAT JUS dan KORDIAL buah-buahan tempatan membolehkan industri ini mendapat perhatian ramai usahawan di Malaysia. Saya telah menghadiri satu kursus mengenai teknologi membuat jus dan kordial buah-buahan yang mementingkan kawalan mutu dimana ianya mesti dilaksanakan dengan ketat agar mempastikan kualiti produk terjamin dan tidak menjejaskan kesihatan pengguna. Teknologi untuk memproses jus dan kordial merupakan teknologi mudah sehingga ketahap komplikated yang canggih. Minuman Jus Buah-buahan Secara Terus (ready to drink) dari buah-buahan yang dihasilkan terdiri daripada (1) Jus Buah-buahan  (2) Minuman Jus Buah  (3) Minuman Buah   (4) Minuman Berperisa. Kordial pula adalah bahan asas minuman yang disediakan dalam 2 bentuk iaitu Kordial Buah-buahan dan Kordial Berperisa. Apa yang saya faham, Kordial buah-buahan adalah cecair yang mengandungi tidak kurang dari 25% jus atau bahagian lain buah sementara Kordial berperisa ditakrifkan sebagai cecair yang mengandungi essen perisa tiruan dan boleh  mengandungi lebih dari 25% jus atau puri buah-buahan. Kordial adalah makanan yang mengandungi asid yang tinggi dengan bacaan pH kurang dari 4.0. Kordial juga boleh mengandungi gula, asid askorbik, bahan perisa, bahan pewarna serta bahan pengawet yang dibenarkan. Kordial boleh mengandungi bahan kondisioner, bahan agen pengeruh dan asid makanan. Artikel ini saya menulis teknologi pemprosesan jus dan kordial buah-buahan dalam 'Anim Agro Technology' untuk pengetahuan anda.


Proses membuat jus minuman berasaskan buah-buahan dimulakan dengan mencampurkan 3 bahan asas iaitu Air Bertapis, Gula dan Bahan Pulpa Buah-buahan sehingga sebati dan larut kemudian dipanaskan pada suhu 80 - 90 darjah selsius. Kawal suhu agar stabil dan tidak terlalu panas kerana ianya akan menjejaskan kualiti dan bahan dalam kordial. Masukkan jus buah-buahan semasa masih panas kedalam botol atau tin yang menguktui piawaian yang dibenarkan. Tutup dan seal sebelum dilabel dan boleh diedarkan untuk jualan atau boleh terus digunakan. Semasa proses untuk memasang label, pastikan bahagian luar botol atau tin di lap dengan kain lembab supaya bersih dan senang untuk ditampal label. Kordial perli didimpan pada suhu rendah serta elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Adalah disyorkan agar jus dan kordial buah=buahan disimpan dalam peti ais setelah botol dibuka atau telah digunakan sebahagian.


Amalan biasa untuk pembungkusan jus dan kordial di Malaysia adalah dengan menggunakan botol kaca dan Botol Plastik. Masing-masing bahan pembungkusan mempunyai kelebihan dan kelemahan berlainan. Bagi kordial, botol kaca di syorkan menggunakan botol kaca yang mampu mengisi sebanyak 750 mililiter (ml). Botol plastik pula lazimnya botol dari jenis PET atau Jenis HDPC dengan muatan botol plastik sekitar 500 mililiter (ml), Muatan 1 liter dan juga muatan 2 liter. Berbeza pula dengan Jus minuman buah-buahan kita boleh menggunakan 4 jenis kaedah yang dibenarkan untuk pembungkusan. Bahan tersebut adalah seperti Botol Kaca, Tin, HDPE, PET (Tahan Suhu >85 Selsius) dan juga Tetrapack. Pembungkusan yang menarik dengan warna, label dan bentuk banyak mempengaruhi minat pengguna untuk membeli.


Apa yang saya faham kini bahawa Kordial mesti mempunyai ciri-ciri seperti pH kurang dari pH 4.5 (Lazimnya diantara pH2.5 - pH3.5 sahaja). Kepekatan kordial diantara 45 - 60 darjah Brix sementara kadar pencairan dibenarkan untuk kordial adalah pencairan kepada 1:4 atau 1:5 sahaja. Ciri-ciri Kordial Buah mesti mengandungi bahan pengawet seperti Asid Benzoik yang sesuai dengan piawaian dibenarkan iaitu sebanyak kurang dari 800 bsj. Sementara itu ciri-ciri jus minuman mesti mempunyai kemasaman pada pH kurang 4.5 (lazimnya antara pH 2.5 - pH3.5) dengan kadar kepekatan 10 - 14 darjah Brix. Jus minuman dibenarkan menggunakan bahan pengawet Natrium benzoete dengan kadar tidak melebihi 350 bsj.


Perlabelan untuk jus minuman dan kordial buah-buahan mesti mengikuti piawaian. Perlabelan mengandungi Nama Produk, Nama dan alamat Pengeluar, Senarai nama Bahan-bahan yang digunakan mengikut susunan berat, kandungan bersih, komposisi khasiat permakanan, Nisbah Pencairan (Bagi kordial), cara penyimpanan dan juga penandaan tarikh (Tarikh keluaran dan tarikh Luput). Bagi maklumat kandungan zat permakanan  (nutritional labelling) mesti ada dinyatakan kandungan Tenaga (Calorie), Karbohiderat (CHC), Protin (PRO), Lemak (FAT) dan jumlah kandungan gula (sedia untuk jus yang diminum). Apabila kita telah faham akan teknologi membuat jus minuman dan kordial buah-buahan rasanya bolehlah kita memulakan usaha untuk membuat jus sendiri atau secara komersil. Permintaan jus minuman buah-buahan dan Kordial buah-buahan terus meningkat setiap tahun kerana ianya mudah di perolehi, murah, berkualiti, mudah dibawa dan disimpan serta kawalan kualiti yang terjamin.

JUS MINUMAN...AMBOI SEDAPNYA...
KORDIAL PULA...DIBANCUH CARANYA...
MUDAH DISEDIAKAN...ADA PIAWAIANNYA...
KALAU BERKURSUS...DAPAT TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem
Presint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(21 Shawal 1433)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...