Wednesday, September 26, 2012

KAWALAN RUMPAI LADANG SAWIT

Reactions: 
KAWALAN RUMPAI DI LADANG KELAPA SAWIT perlu dijalankan bagi mempastikan rumpai dikawal untuk memberikan pertumbuhan sempurna. Terdapat 4 kumpulan jenis rumpai yang tumbuh dikawasan ladang kelapa sawit iaitu Jenis Rumput, Jenis Renek, Jenis Menjalar dan Jenis Paku-Pakis. Rumpai merupakan salah satu faktor yang termasuk dalam pengurusan agronomi tanaman kelapa sawit dengan melibatkan kos  kedua tertinggi sebanyak 17 - 22% daripada jumlah kos pengurusan. Ianya merupakan kedua tertinggi selepas kos pembajaan kelapa sawit. Kaedah kawalan rumpai berbeza-berbeza mengikut umur tanaman, jenis tanah, kepadatan rumpai , jenis rumpai dan kos yang terlibat. Pengalaman saya selama lebih 30 tahun dalam memberikan khidmat pengembangan pertanian mendapati kebanyakan penanam kelapa sawit (sama ada sektor estet atau pekebun kecil) melaksanakan pengurusan kawalan rumpai dari peringkat awal penanaman kelapa sawit. Berdasarkan kepada pengalaman, terdapat beberapa cara untuk mengawal rumpai didalam kawasan tanaman kelapa sawit yang akan saya bentangkan dalam 'Anim Agro Technology' untuk di kongsi bersama dengan anda semua. 


Secara umumnya terdapat 4 kaedah untuk mengawal rumpai dikawasan penanaman kelapa sawit sama ada dijalankan secara atau dilaksanakan secara berintergrasi dengan pelbagai kaedah lain. Kaedah kawalan rumpai boleh di lakasanakan dengan KAEDAH AMALAN KULTURA (Cultural practices) , KAEDAH MEKANIKAL (Mechanical), KAEDAH BIOLOGIKAL (Biological Control) dan KAEDAH KIMIA (Chemical Control) atau kombinasi diantara semua diatas.  Kaedah Amalan Kultura merupakan kaedah dimana melibatkan aktiviti amalan pertanian seperti 'Sungkupan' disekeliling pangkal pokok terutama pokok muda dikawasan yang berterrain. Jenis sungkupan yang sering digunakan adalah tandan-tandan kelapa sawit kosong dari kilang atau racikan batang kelapa sawit yang telah ditebang. Bahan ini diletakkan dipangkal pokok dengan susunan rapat dan pereputan aakan menjadikan ianya menjadi baja kompos atau baja organik. Bahan lain yang boleh digunakan sebagai sungkupan adalah dengan menggunakan Plastik Hitan Silvershine atau Bekas Plastik Baja yang telah digunakan. Penanaman tanaman penutup bumi merupakan satu teknologi yang paling popular dikalangan estet-estet kerana ianya sangat praktikal, berkesan dan memberikan kebaikan kepada faktur kesuburan tanah. Jenis penutup bumi dari kumpulan kekacang menambahkan unsur Nitrojan didalam tanah dan ini memerlukan pengurusan yang signifikan. Penanaman tanaman kontan juga diamalkan untuk mengawal rumpai seperti menanam tembikai  atau lain-lain tanaman makanan.  


Kaedah Kawalan Rumpai Mekanikal dijalankan dengan menggunakan alatan seperti Tajak, Cangkul, Sabit, Parang , Mesin Potong Rumput dan sebagainya. Kaedah ini sesuai dijalankan oleh pekebun-pekebun kecil yang luasnya sekitar 2-3 ekar sahaja. Mereka akan memotong rumpai yang tumbuh dikawasan ladang kelapa sawit dan dibiarkan mati. Terdapat penternak ruminan lembu atau kambing yang memang suka untuk memotong rumput dikawasan ladang sawit dan diberikan kepada ternakan tersebut yang dikurung didalam kandang. Bagi sesetengan estet ada menjalankan kerja-kerja membajak tanah bagi mengawal rumpai dengan menggunakan trektor.  Kaedah Kawalam Biologikal semakin popular masa kini terutama dikawasan estet yang besar. Kaedah diamalkan adalah dengan melepaskan ternakan ruminan seperti Lembu, Kambing dan Bebiri didalam kawasan tanaman kelapa sawit untuk ragutan. Walau pun ternakan tersebut akan merosakkan tanaman kelapa sawit yang baru ditanam, ianya lebih sesuai untuk pokok kelapa sawit yang dewasa. Pagar eletrik didalam kawasan ragutan akan di alihan mengikut plot-plot pusingan ragutan yang dijadualkan. Intergrasi ternakan lembu dan kambing didalam kawasan penanaman kelapa sawit meenjadi satu inovasi terbaik di Malaysia. Walau pun ada isu 'tanah padat' atau 'soil compaction' yang timbul dalam kaedah ini, baja tahi lembu dipercayai mampu menyuburkan kawasan kelapa sawit.  Penggunaan serangga, bakteria, kulat  dan parasit yang memusnahkan rumpai dikawasan ladang berpotensi dilaksanakan.


Kaedah Kawalan Kimia merupakan satu kaedah yang paling popular dan paling meluas diamalkan.  Kaedah penggunaan racun rumpai merupakan cara paling berkesan, kesan yang lama, mudah dan sangat praktikal. Penyemburan racun rumpai dikawasan tanaman kelapa sawit muda berbeza dengan penyemburan racun rumpai bagi kawasan kelapa sawit dewasa. Peralatan menyembur racun digunakan dalam aplikasi ini sama ada alatan mudah seperti Tong Penyembur (Knapsack Sprayer) atau Penyembur Boom (Boom Sprayer) untuk kawasan yang sesuai. Jenis-jenis racun yang digunakan juga berbeza-beza mengikut jenis rumpai dan kepadatan rumpai.  Bagi kawasan pokok muda bahan racun rumpai seperti Jadual 1 adalah disyorkan. 


Jadual 1 : Penggunaan racun rumpai pokok kelapa sawit muda

Bagi pokok kelapa sawit yang matang, pelepah daun akan bertembung dengan rapat dan kurang menembusinya mengakibatkan tanaman rumput penutup bumi akan pupus secara semulajadi. Habitat ini akan menyebabkan jenis rumpai yang lain tumbuh terutamanya jenis renek dan pakupakis. Jika tidak dikawal ianya akan menyukarkan kerja-kerja lain mengurus ladang kelapa sawit.  Terdapat keadaan dimana jika kita membunuh semua rumput dikawasan kebun akan menyebabkan berlakunya hakisan terutama dikawasan berbukit yang terdedah hakisan. Penyemburan racun rumpai dikawasan dewasa yang ada ternakan lembu atau kambing perlu berhati-hati kerana akan menjejaskan ternkan tersebut. Adalah penting untuk mematuhi peraturan penggunaan racun rumpai untuk cara kawalan ini. Berikut adalah kaedah kawalan rumpai dikawasan pokok kelapa sawit matang dalam Jadual 2 untuk di buat rujukkan.


Jadual 2 : Penggunaan racun rumpai pokok sawit yang matang

Semuga artikel ini memberikan banyak informasi berguna kepada semua pembaca khususnya penanam kelapa sawit. Adalah penting untuk anda mempastikan racun yang betul digunakan dan kaedah aplikasi mestikan seperti arahan pada label. Kawalan rumpai sempurna akan memberikan kesan pertumbuhan yang baik diperingkat awal dan meningkatkan hasil buah sawit anda!. Wasallam!

KAWALAN RUMPAI...PENTING SEKALI...
GUNAKAN RACUN...KESAN TERBUKTI... 
TERNAKAN LEMBU... KAEDAH BIOLOGI...
LADANG BERSIH...HASIL BERKUALITI...

By,
M Anem
Pamol Estate, Kg Gajah,
Kluang, Johor.
Malaysia.
(6 Zulkaedah 1433H)


1 comment:

  1. assalamualaikum. tumpang tanye.. apa perbezaan pertumbuhan rumpai bagi ladang klapa sawit bagi thun 1, 3 dan 10??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA