Support My Blog

Wednesday, August 1, 2012

NAMA LAIN 'LALANG'

LALANG (Imperata cylindrica) merupakan sejenis tumbuhan kategori rumpai yang tumbuh dibanyak kawasan seluruh dunia dan merupakan tumbuhan yang tidak ada kepentingan ekonomi malahan menjadi masaalah kepada gulungan petani. Terdapat sebanyak 12 jenis tumbuhan dibawah kumpulan lalang dimana ianya cepat membiak melalui rizom, akar serta bunganya yang ringan dan boleh terbang jauh apabila ditiup angin. Kebanyakan lalang di Malaysia tumbuh liar dikawasan tepi jalan, dalam kebun, lereng bukit, kawasan padang, tepi pantai dan banyak lagi lokasi. Sifatnya yang sukar untuk dimusnahkan dan cepat membiak ini menyebabkan kos untuk memusnahkan lalang agak tinggi. Beberapa kaedah untuk memusnahkan lalang adalah dengan cara kombinasi antara mekanikal walau pun yang paling berkesan menggunakan racun rumpai jenis sistemik. Racun jenama 'ROUND-UP' keluaran Mosanto merupakan antara jenama yang paling popular digunakan untuk mengawal lalang. Artikel petang sabtu ini saya menulis nama-nama lain atau panggilan tempatan untuk lalang dibeberapa negara lain untuk kita kongsi maklumat dalam Anim Agro Technology.




BAHASA  (NAMA TEMPATAN BAGI LALANG)

CHINESE : 白茅 Bai mao.

ENGLISH : Alang-alang, Blady grass, Cogon, Cogan grass, Cogongrass, Cotton-wool grass, Woolly grass.

FRENCH : Herbe à paillote, Impérata cylindrique.

GERMAN : Alang-Alang-Gras.

HINDI : Dabh, Darbha, Ulu.

ITALIAN : Falasco bianco.

JAPANESE : チガヤ Chigaya, Fushige chigaya.

KOREAN : 띠.

LAOTIAN : Nha kha.

MALAY : Elalangi, Lalang.

MALAYALAM : Darbha, Darbhappullu.

POLISH : Imperate cylindryczna

PORTUGUESE : Sapé.

SANSKRIT : Balbajamu, Darbha, Darbhah, Dharbai.

SPANISH : Carrizo.

TAGALOG : Talahib.

THAI : La lae, La lang, หญ้าคา Ya kha.

 Banyak maklumat yang boleh kita perolehi darinya. Lalang merupakan rumpai yang bersaing dengan tanaman kita dari segi bahan makanan, air, ruang , cahaya matahari dan lain-lain sumber pengeluaran. 
Kalau kita hendak baca maklumat mengenai nama-nama lain boleh kita rujuk kepada laman sesawang dalam internet. Antaranya seperti laman
http://www.plantnames.unimelb.edu.au  dimana boleh dibaca dan di rujuk. Berikut adalah 12 jenis lalang mengikut nama botani mengikut pengkelasan yang telah dibuat. Selamat membaca.

  1. Imperata allang 
  2. Imperata arundinacea Cirillo -
  3. Imperata arundinacea Cirillo var. latifolia Hook..
  4. Imperata cylindrica (L.) P. Beauv.
  5. Imperata cylindrica (L.) P. Beauv. subsp. koenigii (Retz.) 
  6. Imperata cylindrica (L.) P. Beauv. var. koenigii 
  7. Imperata cylindrica (L.) P. Beauv. var. latifolia (Hook. f.) C. E. Hubb.
  8. Imperata cylindrica (L.) P. Beauv. var. major (Nees) C. E. Hubb. -
  9. Imperata cylindrica (L.) P. Beauv. var. major (Nees) C.E. Hubb. 
  10. Imperata filifolia Nees ex Steud. -> Imperata cylindrica (L.) P. Beauv.
  11. Imperata koenigii (Retz.) P. Beauv. 
  12. Imperata koenigii (Retz.) P. Beauv. var. major Nees -
  13. Imperata pedicellata Steud. -> Imperata cylindrica (L.) P. Beauv.
NAMANYA LALANG.... TERBANG BENIHNYA....
DI NEGARA CHINA...BAI MAO NAMANYA...
ORANG SIAM ... 'LA LAE' MACAM SAMA...
'CHINGAYA' PUNA...JEPUN PANGGILNYA...

By,
M Anem
Jalan Istana, Lebuh Air Keroh,
Melaka, Malaysia
(16 Ramadan 1433)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...