Support My Blog

Thursday, August 30, 2012

BAHAN PENGALAK ORKID

ORKID atau ANGGERIK merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang sering digunakan untuk hiasan (Ornamental) dengan lebih dari 800 genus dan sebanyak 20,000 - 30,000 spesis diseluruh dunia. Di Malaysia terdapat lebih daripada 100 genus orkid yang telah dikenalpasti dengan jumlah lebih dari 800 spesis orkid. Sebahagian daripada orkid-orkid tersebut telah di komersilkan dan ditanam dilokasi-lokasi strategik seperti di Johor, Pulau Pinang dan Selangor untuk pasaran domestik dan paling banyak adalah untuk  tujuan penghasilan 'cut flower' bagi diekspot.  Pasaran ekspot bunga orkid banyak kenegara-negara seperti Jerman, Belanda, UK, Itali, Hing Kong, Jepun dan Australia dimana kebanyakannya melalui Singapura dan sebahagian melalui KLIA. Di kalangan negara Asia Tenggara, dilaporkan Thailand dan Singapura merupakan pengekspot terbesar orkid dimana Malaysia hanya mengekspot antara 3 - 6% sahaja dari jumlah pasaran (Sebahagian keluaran Singapura adalah dari Negeri Johor). Industri orkid di Malaysia masih banyak faktur penghalang seperti kekurangan varieti yang bermutu tinggi, kos pembangunan awal yang tinggi, kos operasi yang tinggi, masaalah kekangan modal, masaalah ruang pasaran terhad dan kos tenaga buruh serta masaalah sokongan teknikal. Artikel subuh jam 4.30 pagi ini saya menulis berkenaan hasil dari satu pemerhatian yang dijalankan terhadap kesan beberapa jenis bahan penggalak pertumbuhan orkid yang dibuat di Pusat Pertanian Bukit Temiang, Perlis untuk di kongsi bersama dalam Anim Agro Technology.


Bahan BICOMINE
Kajian dan pemerhatian ini bertujuan untuk mebuat pemerhatian kesan beberapa jenis bahan penggalak pertumbuhan dan mengenalpasti kesesuaian bahan penggalak pertumbuhan yang terdapat di pasaran terhadap tanaman orkid. Jangkamasa pemerhatian ini telah dijalankan selama 3 tahun dan data dikutip serta di analisa mengikut kaedah yang sesuai dalam sistem membuat penyelidikan.  Dari segi definasi umum, 'Bahan Penggalak Pertumbuhan' dikatakan sebagai bahan yang digunakan sebagai bahan penggalak pertumbuhan pokok melalui pembahgian sel, proses fotosintesis agar lebih aktif dimana organ klorofil mampu meningkatkan sintesis enzim dalam tumbuhan. Terdapat 5 jenis rawatan yang dilakukan dengan penyiraman bahan tersebut dibuat 3 kali sehari iaitu pada jam 8.00 pagi dan jam 4 petang setiap hari. Pengurusan tanaman orkid yang lain seperti kawalan penyakit, kawalan rumpai, pemeriksaan pokok dijalankan mengikut jadual pakej amalan teknologi tanaman orkid. Pembajaan dibuat menggunakan baja foliar 21:21:21+TE dengan kekerapan 2 kali seminggu pada kadar 10 gram/ gelen.  Diantara musuh tanaman orkid yang dijumpai seperti serangan Kumbang Kuning, Kutu Thrips, Siput dan sebagainya serta dapat dikawal dengan baik. Serangan penyakit seperti Penyakit Bintik Daun dan Reput Bakteria dapat diatasi dalam plot pemerhatian. Antara jenis rumpai yang tumbuh dan dikawal dalam plot seperti jenis Portulaca pilusa, pepperomia pellucida dan jenis Amaranthus piridsi (Bayam liar).


Bahan AMINOFOL
Lima jenis rawatan yang dijalankan menggunakan kod TA1 iaitu rawatan dengan Bahan BICOMINE (Nitrophenol Sodium), Kod TA2 menggunakan bahan QUIMIXIN (Amino acid phytohormone),  TA3 telah menggunakan bahan SUPERBLACK (Humic Acid), TA4 menggunakan bahan AMINOFOL (L. cystiene) dan TA5 sebagai plot KAWALAN (Control). Diantara variable atau data yang dikutip adalah Jumlah Pengeluaran Bunga, Jumlah Pengeluaran Anak dan Peratus pokok hidup. Analisa data dibuat tidak menggunakan Statistical Analysis System (SAS) tetapi menggunakan kaedah visual dan analisa biasa. Beberapa buku 'experimental design methodology' telah dibuat sebagai panduan dan rujukan didalam membuat analisa pemerhatian ini serta dobuat kajian pemerhatian berkaitan.


Plot pemerhatian orkid.
Hasil daripada pemerhatian ini mendapati keputusan yang signifikan untuk dibincangkan. Hasil pertama pemerhatian mendapati, Bunga Orkid paling banyak dihasilkan oleh rawatan TA1 iaitu rawatan penggunaan bahan BICOMINE. Bahan ini memang didapati signifikan terhadap pengeluaran bunga orkid berbanding dengan bahan-bahan penggalak pertumbuhan lain yang diuji. Hasil pemerhatian kedua pula menunjukkan, pengeluaran anak orkid paling banyak dengan bahan AMINOFOL (Rawatan TA4). Bagi melihat prestasi peratus pokok hidup dalam plot pemerhatian pula, didapati rawatan yang menggunakan bahan penggalak pertumbuhan BICOMINE (Rawatan TA1) dan bahan penggalak pertumbuhan SUPERBLACK (Rawatan TA3) memberikan pokok kekal hidup paling tinggi. Berdasarkan kepada temuan-temuan diatas, penanam orkid boleh membuat perbandingan mudah jika berminat untuk memilih dan untuk membeli bahan penggalak pertumbuhan bagi tanaman orkid. Penulis menugucapkan terimakaseh pepada rakan yang membuat pemerhatian ini di PPK Perlis seperti En Meor dan pekerja yang terlibat. SELAMAT MENCUBA!

PENGGALAK PERTUMBUHAN..BANYAK JENISNYA....
PERLU MENGETAHUI..MANA PALING BAIKNYA....
LAIN TUJUAN...MEMANG LAIN JENISNYA...
SEMUGA BERJAYA...BANYAK BUNGANYA....

By,
M Anem
Stesyen Bukit Temiang,
Perlis, Malaysia.
(27 Ogos 2012) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...