KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, August 5, 2012

ZON AKAR

ZON AKAR (Root Zones) merupakan satu definasi yang sering digunakan dalam sains botani untuk menerangkan aktiviti yang berlaku pada bahagian hujung sistem pengakaran tumbuh-tumbuhan jenis vaskular. AKAR TUMBUHAN merupakan struktur yang terdapat dibahagian bawah tanah untuk menyokong pokok dan mengambil nutrien serta air bagi pertumbuhan pokok. Bahagian hujung akar akan terus aktif di dalam tanah untuk mempastikan ia dapat menyerap air dan nutrien di kawasan zon akar. Selain daripada itu akar tumbuhan juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan (storage organ) bagi makanan yang dihasilkan oleh daun seperti tanaman umbisi (karot, keladi, Keledek, Ubi Kayu dan sebagainya). Fungsi akar tumbuhan boleh di katakan sebagai Organ Penyerapan (Absorbtion), Organ Penyaluran (Conduction), Organ Penyimpanan (Storage) dan Organ Penyokong Tumbuhan (Anchorage). Subuh 16 Ramadan ini saya menulis mengenai peranan dan taksonomi akar tumbuhan terutamanya yang berkaitan dengan Bahagian Zon Akar dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukan anda.

Sel tumbuhan yang aktif pada hujung akar sentiasa membiak (cell division) dengan membentuk hujung akar baharu yang akan terus memanjang (elongated). Hujung Akar (Root Tip) dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Penutup Akar (Root Cap), Bahagian Pembahagian Sel (Cell division region), Bahagian Pemanjangan Akar (Cell elongation Region) dan Bahagian Pematangan Akar (Root maturation region). Root Cap merupakan struktur seperti tudung yang terletak dibahagian paling hujung akar yang berfungsi untuk melindungi sel-sel 'apical meristem' akar. Bahagian sel-sel yang sentiasa membahagi terletak di belakang cap yang sentiasa aktif dalam membahagikan sel yang akan membesar dan terus memanjang. Kemudian baru zon akar matang dimana dibahagian inilah kawasan berlakunya penyerapan air dan nutrien dalam akar untuk dihantar melalui pembuloh (vascular) kebahagian daun untuk proses fotosintesis.

Akar Tumbuhan hanya akan hidup dan terus bertambah jika mempunyai persekitaran dalam tanah yang sesuai seperti adanya UDARA, AIR dan NUTRIEN dalam tanah. Akar tumbuhan tidak boleh tumbuh dalam keadaan dimana tanah kering, tidak ada air dan keras. Saiz panjang akar dan kedalaman akar tumbuhan bergantung kepada beberapa faktur iaitu KELEMBAPAN TANAH, SUHU dan KOMPOSISI AKAR. Akar Rerambut (Feeder root) selalunya terletak dibahagian atas tanah sekitar 15 cm dari paras tanah yang berfungsi untuk menyerap air, nutrien dan bahan-bahan lain dalam tanah. Akar Tunjang (Tap Root) pula mampu terus masuk ke tanah sehingga kedalaman sehingga 50 meter dalam tanah bergantung kepada jenis pokok. Peranan akar pada tumbuhan amat penting diketahui sebagai asas kepada petani dan saintis dalam menjalankan pemerhatian mengenai akar. Zon Akar sering digunakan dalam terminologi sistem pembajaan tanaman kerana ianya sangat berhubungkait. Semuga artikel ini memberikan pengetahuan tambahan kepada anda semua.

ZON AKAR.... PENTING PERANANNYA....
AKAR MEMANJANG... JAUH PERGINYA...
MENYERAP AIR...NUTRIEN DI SEDUTNYA...
STRUKTUR ASAS AKAR ...SENANG KENALNYA....

By,
M Anem
Room 503, Tabdop Hotel,
Alor Setar , Kedah,
Malaysia.
(16 Ramadan 1433H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...