Support My Blog

Friday, August 10, 2012

Baja Ikan

BAJA IKAN (Fish Fertilizer) merupakan sejenis produk baja berasaskan ikan yang digunakan untuk tanaman semenjak zaman dahulu lagi. Semasa tinggal di Mersing Johor, saya sering pergi ke Endau dimana terdapat sebuah kilang 'Baja Ikan' yang mengeluarkan bau yang amat kuat disekitar bandar Endau. Bau ini menganggu kententeraman alam sekitar terutama semasa proses membuat ikan baja ini sangat aktif. Penggunaan baja ikan oleh petani di Malaysia saya dapati pada tahap minima kerana kurang kefahaman dan promosi akan kebaikan penggunaan baja ikan untuk kebaikan tanaman berbanding dengan baja organik lain seperti tahi ayam yang lebih mudah didapati dengan harga lebih murah. Saya hanya berjumpa dengan beberapa petani yang aktif menggunakan baja ikan di Segamat Johor yang menanam Limau Bali dimana mereka merendam ikan busuk dalam tong drum. Larutan cecair yang amat berbau busuk ini hasil reputan ikan akan disiram dibawah pokok limau bali dan hasilnya saya dapati  amat baik dimana pokok limau bali kelihatan amat subur. Pemerhatian terhadap keadaan tanah juga dilihat ianya berwarna kehijauan akibat aktiviti mikrob yang sangat aktif. Subuh ini saya meulis mengenai teknologi mengenai baja ikan dalam 'Anim Agro Technology' untuk tatapan anda.

Baja Ikan merupakan satu kaedah pembajaan yang baik dalam pertanian, dari pembacaan yang saya buat juga mendapati baja ini mampu membekal sumber nitrojen dalam tanah disamping menjadi pengimbang tanah (soil conditioner) serta membekalan unsur nutrien Unsur Pekit (trace elements) untuk menghasilkan klorofil dengan lebih cekap. Berbeza dengan unsur baja nitrojen sintetik dari baja kimia, didapati baja kimia mempunyai kesan sampingan akibat perubahan cuaca dan ini akan mengundang serangan serangga dan penyakit. Kajian saintis menunjukkan baja ikan membekalkan unsur nitrojen yang hanya diambil secara organik dimana menghasilkan pokok yang sihat dan bertenaga. Kesan terbaik penggunaan baja ikan adalah menggalakan (stimulates) dan menghasilkan banyak hidupan mikrob dalam tanah. Mikrob baik ini  termasuk jenis mikrob berfaedah atau bakteria yang mampu mengikat nitrojen dalam tanah (nutrifying bacteria) bagi menghasilkan unsur N organik dalam tanah yang mudah diserap oleh akar dan menyuburkan lagi tanaman. Ekosistem yang seimbang yang ujud pada tanah yang dibaja dengan baja ikan mampu menghasilkan hasil tanaman yang tinggi dan berkualiti.

Pembacaan saya mendapati terdapat 3 bentuk baja ikan yang boleh digunakan dan dihasilkan dalam pasaran. Baja ikan tersebut bileh di dapati dalam bentuk FISH MEAL, HYDROLYSED FISH dan FISH EMULSION. Baja ikan jenis Fish Meal merupakan baja ikan dalam bentuk serbuk yang dihasilkan dari 'byproduct' ikan yang proses dan dikeringkan sebelum dibungkus (lihat foto sebelah atas). Baja serbuk ini yang berwarna coklat dan ianya paling mudah di pasarkan dan mudah cara menggunakannya. Baja ikan jenis ini ditabur terus diatas permukaan tanah dikawasan tanaman atau ada juga yang membancuhnya dahulu dengan air dan menyiramnya diatas permukaan tanah. Baja ini membekalkan nutrien, unsur zat galian dan bahan organik dalam tanah yang dilepaskan secara perlahan (slow release) memberikan kondisi yang seimbang untuk menyuburkan tanah.

Baja ikan jenis Hydrolyzed Fish pula merupakan baja ikan yang dihasilkan melalui proses pereputan ikan (partially digesting whole fish or fish waste) secara semulajadi atau menggunakan bahan enzim. Hasilnya adalah baja yang berbentuk seperti kompos teh (tea composts) yang mudah diserap oleh tumbuhan apabila di berikan pada tanah. Kelebihan baja jenis ini adalah kerana ianya mengandungi unsur asid amino dan kandungan minyak ikan dimana unsur ini tidak didapati pada baja ikan jenis cecair.  Baja Ikan Cecair pula adalah antara yang paling banyak dipasarkan dan mudah digunakan adalah Baja ikan jenis Baja Ikan Cecair (Fish Emulsion). Baja jenis ini mudah disediakan dan sangat popular dalam teknologi agronomi Perladangan Organik. Ikan diproses dengan teknologi mudah sebelum di kutip cecair yang dimasukan dalam botol (lihat foto diatas) dan digunakan dengan cara semburan foliar, disiram terus pada tanah (drenching) atau dibancuh dalam air dalam sistem penanaman fertigasi. Baja jenis ini mengandungi unsur Nitrojen, Kaliam dan Posforan yang tersedia untuk diambil oleh tumbuh-tumbuhan dan menghasilkan tanaman yang subur.

Teknologi penggunaan baja ikan perlu di war-warkan kepada petani terutama dikawasan tepi pantai yang agak mudah untuk mendapatkan sumber bekalan ikan. Saya dapati belum banyak kesedaran dikalangan penanam sayuran dan buah-buahan akan kebaikan dan keberkesanan baja ikan. Ini kerana baja cecair atau pun fish meal yang ada dipasaran banyak yang diimpot dari luar dinegara dan harganya agak kompetetif juga. Apa yang saya dapat sahkan mengenai baja ikan adalah hasil buah Limau Bali (Citrus grandis) yang lebih manis, rangup, kurang kemasaman dan pokok yang subur di projek tanaman limau bali di Jementah, Segamat, Johor. Selain menggunakan fish emulsion, petani dikawasan ini juga menggunakan 'fish cake' buatan China (dalam bentuk bulat leper) yang diletakkan dibawah pokok. Kesannya saya dapati tanah agak lembut (cushioning), kehijauan dan pokok memang subur dengan menghasilkan bunga dan buah varieti PO56 yang sangat berkualiti. Wasallam.

BAJA IKAN ... MEMANG BAIK KESANNYA....
MUDAH DISEDIAKAN...BUSUK BAUNYA... 
POKOK BUAH-BUAHAN...NAMPAK HASILNYA....      
RAMAI PETANI... PERLU TAHU AKANNYA....

by,
M Anem
Kg Baru, Jementah,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(20 Ramadan 1433)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...