KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, August 2, 2012

PEMBAJAAN SAWIT DI TANAH GAMBUT


KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) adalah tanaman utama di Malaysia dari keluarga Palmae yang menjadi bahan ekspot utama negara dalam sektor pertanian. Negara Indonesia pada masa sekarang merupakan Negara paling banyak menanam dan menghasilkan produk kelapa sawit dengan jumlah pengeluaran sebanyak 21.534 juta metrik tan yang bernilai sebanyak USD 9.37 billion pada tahun 2010 (Laporan FAO Stat tahun 2011 seperti dibawah). Malaysia pula merupakan negara kedua pengeluar produk kelapa sawit dengan pengeluaran sebanyak 1.67 juta metrik tan bernilai sebanyak USD 7.39 billion pada tahun yang sama. Negara berikutnya adalah Thailand, Nigeria dan Colombia. Trend penanaman dan pengeluaran kelapa sawit terus meningkat dengan penanaman dikawasan baru di Benua Afrika dan di Indonesia. Artikel subuh 9 Ramadan ini saya berminat untuk menulis pembajaan tanaman kelapa sawit diatas tanah gambut yang disyorkan dengan merujuk kepada rencana oleh Jabatan Pertanian dan PORIM yang boleh dibaca dan diamalkan oleh semua penanam kelapa sawit di Malaysia.

Tanah Gambut merupakan sejenis tanah bermasaalah yang boleh dimajukan dengan tanaman kelapa sawit jika diurus dengan baik dan mengikut syor. Tanah Gambut mudah terbakar dalam musim kering dan mudah tenggelam atau mengandungi banyak air pada musim hujan. Pokok kelapa sait juga mudah tumbang didalam kawasan tanah gambut kerana tidak dapat memegang akarnya dengan kukuh. Bagaimana pun fenomena pokok kelapa sawit yang tumbang diladang tanah gambut memberikan kebaikan kepada pemotong buah kerana pokoknya tidak tinggi walau pun hasilnya agak kurang.  Program pembajaan kelapa sawit di tanah gambut juga berbeza dengan cara pembajaan diatas tanah mineral atau tanah liat pantai. Diperingkat awal penanaman, lubang penanaman perlu diberikan CIRP sebanyak 0.200 kg/lubang bersama dengan kapor (2.5 kg/lubang), Kuprum Sulfat (0.015 kg/lubang) dan Zink Sulfat (0.015 kg/lubang). Bahan ini dimasukkan kedalam lubang penanaman dan digaul rata beberapa hari sebelum penanaman menggunakan anakbenih kelapa sawit dijalankan. Kapor ditanah gambut adalah sangat penting untuk menstabilkan keasidan tanah yang ada pada tanah jenis ini.

Pembajaan Kelapa Sawit di tanah gambut pada tahun pertama menggunakan baja jenis sebatian 45 (NPK 12:12:17:2+TE) sebanyak 0.20 kg/pk sepokok, Urea (0.10 kg/pk). Pada bulan pertama disyorkan baja Kumrum Sulfat dan Zink Sulfat sebanyak 0.20 kg/pk setiap satu. Keperluan baja pada bulan ketiga adalah menggunakan Sebatian 45 sebanyak 0.20 kg/pk dan pada bulan ke 6 dinaikan kepada 0.40 kg/pk. Pembajaan seterusnya adalah pada bulan ke 10 dimana sebatian 45 diberikan sebanyak 0.80 kg/pk bersama dengan baja urea sebanyak 0.10 kg/pk. Akhirnya pada bulan ke 12 di syorkan pemberian unsur  Kuprum Sulfat dan Zink Sulfat sebanyak 0.10 - 0.20 kg/pk mengikut keperluan pokok kelapa sawit pada umur tersebut. Pembajaan kelapa sawit ditanah gambut pada tahun kedua diteruskan dengan pemberian baja sebatian 45 pada bulan ke 3 sebanyak 0.40 kg/pokok, Urea (0.10 kg/pk), Borate 48 (0.10 kg/pk)  dan Abu Tandan Sawit (1 kg/pokok). Kadar ini di ulangi lagi pada bulan ke 6 dan bulan ke 9 dengan kadar hampir sama.

Pembajaan kelapa sawit pada tahun ke 3 di jalankan sebanyak 3 kali iaitu pada bulan ke 4 , Bulan ke 8 dan bulan ke 12. Kadar dan jenis baja yang digunakan pada bulan ke 3 adalah seperti Sebatian 45/44 dengan tambahan baja NPKMg - 12:6:22:3 pada kadar 1.5 - 2.0 kg/pokok. Pembajaan pada bulan ke 8 menggunakan abu tandan sebanyak 1.5 kg/pokok dan baja sebatian 45/44 sebanyak 2.0 kg sepokok. Pembajaan pada bulan ke 12 sama seperti kadar digunakan pada bulan ke 8 cuma kadarnya dinaikan kepada 2 kg sepokok untuk kedua-dua jenis. Pembajaan tanaman kelapa sawit untuk tahun ke 4 keatas menggunakan banyak formula tetapi rujukan daripada Pakej Teknologi Jabatan Pertanian disyorkan menggunakan kadar baja Sebatian 1.5 - 2.0 kg sepokok serta menggunakan abu tandan sebanyak 2.0 - 3.0 kg sepokok. Seperti sebelumnya pembajaan  perlu dijalankan pada bulan ke 4, Bulan ke 8 dan bulan ke 12 setiap tahun. Kawasan tanah gambut adalah kawasan yang perlukan kapor untuk meningkatkan pH tanah dan perlu disemak kadar keasidan setiap masa. Kadang-kadang petani memberikan setiap pokok dengan setengah guni tahi ayam dalam bungkusan plastik yang diletakkan di pangkal pokok. Baja organik ini memberikan kesan kesuburan tanaman dan memberikan berat buah yang signifikan. Kepada petani yang mempunyai tanaman kelapa sawit pastikan anda membuat pembajaan seperti disyorkan diatas. Kelapa sawit merupakan tanaman yang memerlukan baja untuk pengeluaran hasil yang optima. Wasallam!

MEMBAJA SAWIT .....PERLU DIJALANKAN....
BAJA SEBATIAN 45....ADA DIJUAL DIPASARAN....
MENABUR BAJA ... IKUT JADUAL BULAN....
POKOK YANG SUBUR...HASIL LUMAYAN...

By,
M Anem
Jalan Istana
Melaka
Malaysia
(14 Ramadan 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...