KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, August 4, 2012

PERTANIAN MENEGAK

PERTANIAN MENEGAK (Vertical Farming) merupakan satu kaedah pertanian masa akan datang dimana semua aktiviti penanaman dijalankan dalam bangunan yang dilengkapi dengan segala infrastruktur seperti sebuah ladang yang lengkap. Konsep pertanian ini merupakan satu kaedah untuk masa akan datang dimana keadaan tanah tidak mencukupi untuk tanaman, keadaan cuaca yang berubah dan keperluan bahan makanan yang meningkat berbanding dengan kadar pertambahan penduduk dunia. Kawasan Bandar Besar (Urban Area) memerlukan kaedah pertanian menegak dengan cara menggunakan bangunan tinggi diatas tanah atau dibawah tanah dimana keperluan tumbuhan untuk tumbuh di berikan secara tiruan (artificial) seperti cahaya matahari, media tanaman dan sebagainya. Artikel petang sabtu ini sambil menonton perlawanan badminton separuh akhir badminton Olimpik London 2012 dan menunggu masa untuk berbuka, saya sempat menulis dala  "Anim Agro Technology" iaitu  'konsep pertanian menegak' untuk di kongsi bersama dengan anda semua.

Para saintis sentiasa berfikir bagaimana untuk menyediakan bahan makanan kepada lebih 7 billion penduduk dunia masa kini yang akan menjadi duakali ganda jumlahnya pada tahun 2050. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan bandar dan memerlukan bahan makanan untuk terus hidup. Beberapa model disediakan seperti penanaman secara fertigasi secara bertingkat dalam bangunan khas yang mempunyai segala kelengkapan.  Penanaman di kawal sepenohnya oleh sistem komputer atau secara semi-auto sebagaimana yang telah di buat di Jepun, USA dan beberapa negara Eropah yang lain. Jenis tanaman yang telah diusahakanan terdiri dari jenis sayur-sayuran dan beberapa jenis buah-buahan. Bagaimana pun untuk tanaman bijirin (cereal) dan buah-buahan berkayu, masih belum banyak perlu dijalankan kajian kerana tanaman bijirin memerlukan teknologi dan varieti yang lebih sesuai. 

Saya fikir konsep pertanian ini perlulah diteruskan untuk mendapatkan bekalan makanan berterusan. Walau pun kos permulaan dan pembangunan projek ini sangat tinggi, tetapi ianya memang perlu diusahakan untuk keperluan masa akan datang. Teknlologi, adaptasi persekitaran, rekabentuk struktur, sistem pengairan, sistem penamanan, kaedah pembajaan, teknologi kawalan sisa buangan tanaman, kawalan persekitaran dan sebagainya adalah antara faktur penting dalam pertanian menegak. Tanaman seperti strawberi, tomato, cili, sawi, salad dan sebagainya telah terbukti sesuai ditanam menggunakan kaedah ini secara fertigasi bertingkat. Kajian pakar juga mendapati satu bangunan beberapa tingkat jika dikira perbandingan hampir sama dengan beberapa hektar penanaman diatas tanah secara konvensional yang rata. Kawasan pertanian menegak yang sempit ini mampu menghasilkan jumlah yang sama dengan beberapa puloh hektar penanaman tanaman dikawasan tanah terbuka.

Pertanian Menegak di negara kita masih jauh lagi jika kita ambilkira banyak isu tanah seperti isu terbiar yang tidak diusahakan pada masa ini. Saya percaya apabila penduduk Malaysia mencapai 250 juta satu hari nanti dan berlaku kekurangan kawasan tanah subur untuk bercucuk tanam, maka orang akan berubah kepada cara pertanian menegak. Bayangkan bandar Alor Setar yang dikelilingi dengan jelapang padi, berapa lama ianya ampu bertahan untuk dijadikan kawasan penanaman padi?. Mungkinkah satu hari nanti pertanian menegak akan mengambil-alih sistem konensional ini?. Masa akan menentukan. Semuga artikel ini mampu sedikit sebanyak membuka minda kita dalam teknologi pertanian.

PERTANIAN MENEGAK...'VERTICAL' AGRICULTURE...
TEKNOLOGI TINGGI... CANGGIH ACHITECTURE...
KOS YANG TINGGI...JANGAN TAK PERCAYA....
SAMPAI MASA... MEMANG KENA BUAT JUGA....

By,
M Anem
Senior Agronomist,
ROOM 503, TANDOP HOTEL, 
ALOR SETAR, KEDAH, 
MALAYSIA.  
(15 Ramadan 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...