Support My Blog

Tuesday, April 10, 2012

TAMAN FLORIKULTUR

TAMAN FLORIKULTUR merupakan satu konsep taman (Garden landscape) daridapa kumpulan pokok bunga-bungaan, tanaman hiasan atau pun tanaman untuk taman. Ramai diantara kita melihat bagaimana tanaman florikultur ini dipilih bagi mendapatkan kombinasi yag terbaik untuk menghias kawasan taman dan membuat landskap. Antara tanaman yang lazim ditanam untuk kawasan taman adalah pokok-pokok renek, pokok kayu dan pokok menjalar yang mempunyai pelbagai warna daun, warna bunga, bentuk atau shape pokok dan pelbagai ciri menarik yang lain. Pemerhatian saya di beberapa taman bunga mendapati beberapa jenis pokok renek ditanam dengan susunan yang rapi dan kemas. Antara jenis konsep taman-taman yang boleh dilihat adalah seperti Konsep Taman Oriental, Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Taman Heliconia, Taman Frangipani dan juga Taman Wangian. Artikel malan ini saya menulis konsep taman-taman ini mengikut pembacaan dan pemerhatian penulis sendiri.


Taman Oriental merupakan satu onsep taman dimana kita akan menggabungkan pelbagai unsur oriental dengan menggunakan pelbagai jenis pokok. Pokok-pokok lain yang sesuai ditanam untuk konsep ini seperti pokok Bottle Brush, Weeping Tree, Rain Lily, Agave, Pordocarpus, Kemboja Cina dan juga Dessert Rose. Tanaman-tannaman ini merupakan satu kombinasi yang pentingkan pokok seserhana tinggi, berbunga dan batang pelbagai corak serta nyaman. Sering konsep ini dimuatkan dengan jambatan batu yang ada susunan batu sungai  iaitu batu-batu berwarna putih dan yang memberikan gambaran aliran sungai dibawahnya. Konsep ini tidak memerlukan kawasan yang luas untuk dilaksanakan.  


Taman Orkid pula memang satu konsep taman yang banyak bungak orkid dari pelbagai jenis dan spesis. Taman ini mengumpulkan pelbagai jenis orkid yang popular di Malaysia seperti Orkid Mokara, Dendrobium, Vanda, Aranda, Oncidium dan Cattleya yang mempunyai pelbagai warna menarik dan bentuk yang berbeza-beza. Lazimnya taman orkid memang menjadi satu tarikan yang kuat daripada peminat-peminat orkid untuk melihat, menikmati dan meneliti bunga-bunga orkid yang disusun atas tanah, dalam pasu, digantung dan sebagaina.  Taman Bunga Raya diujudkan bagi mengumpulkan pelbagai jenis bunga rara (Hibiscus rosa sinensis) yang bepuloh-puloh spesis daripada yang popular berwarna merah sehingga putih, kuning, ungu, oren dan kombinasi pelbagai warna. Bunga Raya merupakan bunga kebangsan Malaysia yang perlu ditanam untuk meningkatkan kecantikan dikawasan yang sesuai. Antara jenis bunga raya yang popular seperti Hibiscus rosa sinensis 'Frank's Lady', H. rosa sinensis 'Siti Hasmah', H. rosa sinensis ' Pink Beauty', H. rosa sinensis 'Nori' dan  banyak lagi. 


Taman Heliconia dan Croton (Pokok Puding) pula menempatkan spesis pokok tersebut dalam satu kawasan yang mempunyai susunan yang menarik. Bunga Heliconia atau Sepit Udang ini mempunyai pelbagai bentuk dan warna warni serta mampu bertahan lama menjadikan tanaman ini sangat disukai ditanam di Malaysia. Antara jenis pokok heliconia yang popular adalah Heliconia estrada, Heliconia bihai, Heliconia indica 'Spectabilis', Heliconia chartacea dan Heliconia psittacorum 'Sassy'. Pokok ini mudah dijaga dan tidak banyak masaalah serangan perosak. Pokok Puding pula diketahui mempunyai pelbagai warna, bentuk dan tekstur daun dimana sesuai digabungkan menjadi satu daya tarikan tersendiri. Antara pokok puding yang popular seperti Mona Lisa Croton, The Rex Croton, Collet Croton, Ablicans Croton, Red Thia Croton dan Alexander Croton.


Taman Franggipani memang pelik bunyinya. Tetapi ia sebenarnya adalan taman pokok Bunga Kemboja yang ditanam dengan susunan yang sesuai. Bunga kemboja mempunyai pelbagai warna, bentuk dan indah jika dipelihara dengan baik. Ia boleh ditanag ditepi jalanraya dalam barisan. Antara varieti pokok kemboja seperti Plumeria alba, Plumeria obtus, Plumeria rubra dan Plumeria pudica. Taman Wangian pula menempatkan pelbagai jenis tumbuhan yang berbau harum atau ada aroma. Antara pokok tersebut seperti Pokok Bunga Kenanga, Bunga Cempaka, Bunga Tanjung, Bunga Melati, Bunga Kemuning dan sebagainya.  Selain daripada aroma yang dihasilkan dan kecantikannya, bunga jenis ini boleh digunakan sebagai bahan untuk peubatan, kosmetik dan haruman. Semuga artikel ini membuka sedikit hati anda untuk menanam pokok bunga!..Wasaalam.


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(18 JamadilAwal1433H)     

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...