Saturday, April 21, 2012

KHASIAT KELAPA

Reactions: 
KELAPA (Cocos nucifera) merupakan tumbuhan yang terkenal diseluruh dunia dikawasan tropika sebagai pokok pelbagai guna. Kelapa adalah tumbuhan dari keluarga Arecaceae yang mudah tumbuh dimana-mana dan mudah membiak daripada buah yang matang dan gugur sehingga mampu menyeberangi lautan. Kegunaan pokok kelapa memang tidak payah diceritakan disini daripada bahagian batang, buah, akar , daun, sabut, tempurong, pelepah , air nira, mayang sehinggalah umbut didalam batangnya. Terdapat seluas 110,400 hektar tanaman kelapa di Malaysia dengan negeri Perak, Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah mempunyai kawasan tanaman kelapa yang luas. Penanaman kelapa di Malaysia telah mencapai era baru dengan memperkenalkan varieti baru seperti Kelapa MATAG, Kelapa Wangi, Kelapa MAWA dan sebagainya yang mampu menghasilkan buah yang banyak dan menguntungkan. Artikel kali ini saya menululis maklumat berkaitan khasiat tanaman kelapa dari segi kesihatan dan kegunaannya berdasarkan pengalaman, pembacaan dan rujukkan dari beberapa buah buku yang saya beli di Kedai Buku.


Air Kelapa Muda merupakan produk kelapa yang sangat diminati yang diminum untuk menghilangkan dahaga, dijadikan penawar dan juga sebagai minuman kesihatan. Air Nira Kelapa juga merupakan produk dari pokok kelapa yang bernilai dan diusahakan untuk minuman berkhasiat. Isi kelapa tua yang diparut dan perah akan menghasilkan Santan Kelapa yang sangat berguna untuk masakan dan kini telah dikomersilkan sebagai santan siap proses dalam pek. Kopra pula adalah satu produk untuk menghasilkan minyak kelapa atau minyak masak yang menjadi salah satu daripada 'vegetable cooking oil' yang digunakan diseluruh dunia. Pendeknya pokok kelapa dianggap sebagai tanaman pelbagai guna yang tidak boleh dinafikan lagi. Masaalahnya ialah dikatakan penanam dan pekebun kelapa adalah gulongan mereka yang berpendapatan rendah dengan jenis kelapa tradisional yang produktivitinya rendah.


Buah Kelapa yang dipetik muda pula mengandungi air yang sedap dengan isi yang masih lembut dimana ianya dijual dibanyak hotel, restoran malahan di pasar malam. Air Kelapa Pandan merupakan sejenis minuman berasaskan air kelapa yang menjadi kegemaran ramai.  Buah kelapa matang mempunyai isi berwarna putih yang tebal dan boleh digunakan sebagai terus atau ada yang makan isi kelapa dengan dicecah garam atau bersama halia jeruk.  Kelapa tua ini merupakan sumber penting untuk prnghasilan santan dan juga minyak.  Bahagian jambak bunga kelapa atau mayang kelapa di toreh dan airnya dikutip untuk dijadikan air nira atau dimasak menjadi gula melaka, ditapaikan jadi tapai, todi atau cuka. Umbut kelapa merupakan bahagian yang sering digunakan sebagai sayuran yang sedap dimakan dan dimasak sebagai sayuran. 


Khasiat Perubatan darpada tumbuhan kelapa memang telah ramai diantara kita yang tahu atau pernah dengar atau pernah mengamalkannya.  AKAR KELAPA yang ditumbuk lumat sesuai untuk dipupuk untuk atasi masaalah penyakit kelamin, atau jika ditumbuk halus bersama-sama dengan tulang angsa dan diminum boleh merawat kesan keracunan oleh termakan buah kecubung.   Ada orang disekitar pulau-pulau di Mersing Johor saya dapati meminum air rebusan akar kelapa untuk rawatan cirit birit, demam panas, masalah banyak mucus, melawaskan buang air kecil, masaalah bronkitis, masaalah hati dan rawatan pendarahan. Jika akar kelapa dijemur dan dijadikan teh dan airnya diminum akan merawat masaalah dissenteri.


Khasiat Perubatan BUAH KELAPA memang paling poplar dimana telah terbukti yang air kelapa muda yang diminum mampu dijadikan sebagai penawar racun.  Air kelapa muda juga mengawal masaalah cirit birit, melawaskan buang air kecil dan melawaskan buang air besar. Sesiapa yang ada masaalah buang air disyorkan selalu minum air kelapa muda. Ada yang kata minum air kelapa muda yang dicampur dengan bahan lain mampu membuang batu karang.   MINYAK KELAPA merupakan bahan asas untuk kebanyakan minyak sapuan pada kulit yang dicampur dengan pelbagai ramuan herba. Minyak kelapa yang disapu pada gigi atau gusi yang sakit mampu mengurangkan kesakitan begitu juga denga kulit yang bermasaalah.  Ada minyak kelapa yang dilumur pada rambut untuk menjadikan rambut menjadi subur, hitam dan berkilat. Minyak santan kelapa dan tahi minyak juga dipercayai mampu menyembuhkan luka lama. Santan kelapa yang diminum juga akan menyebabkan cirit birit tetapi ianya juga mampu mengubati masaalah muntah-muntah, batuk darah , busung , rawatan demam panas dan juga sebagai penawar racun.


Kelapa memang merupakan sejenis tumbuhan yang sangat berguna. Apalah makna masakan nasi lemak tanpa santan kelapa, apalah rasanya gorengan ikan tanpa minyak kelapa, bagaimana rasanya ketupat yang bukan dibuat dari daun kelapa, Bagaimana kueh buah Melaka atau Onde-onde tanpa kelapa parut, apa rasa dodol tanpa santan kelapa, macam mana nak buat kerusi proton saga jika tiada sabut kelapa, macam mana nak semai benih tanaman tanpa 'cocopeat' dan 'peatmoss' dar sabut kelapa, macam mana hendak menyeberang parit tanpa jambatan batang kelapa, mana nak dapat nira kelapa tanpa pokok kelapa, mana nak minum air kelapa muda tanpa pokok kelapa, mana hendak dapat madu lebah kelapa , mana nak dapat gula melaka jika tiada mayang kelapa, mana nak dapat gula kabong tanpa pokok kelapa, mana nak cari penyapu dari lidi kelapa, macam mana acara 'potong jambul' baby tanpa buah kelapa dan banyak lagi persoalan..  Hormati dan sayangi pokok kelapa yang sangat berguna ini.....Wasallam.


POKOK KELAPA...BANYAK KHASIATNYA......
KELAPA MUDA...DIMINUM AIRNYA....
MINYAK KELAPA....MACAM2 PRODUKNYA....
SANTAN KELAPA...BANYAK GUNANYA....
PENAWAR RACUN...MEMANG AMALANNYA....
MELAWASKAN PROSES...BUANG AIERNYA....


By,
M Anem
Sabak Bernam, Selangor.
Malaysia
(28 JamadilAwal 1433H)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA