KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, April 1, 2012

PELAN BISNES PERTANIAN 2

PELAN BISNES PERTANIAN mempunyai format khas untuk ditulis dan perlu disusun atur sehingga sesuai untuk dibaca, diguna, dirujuk dan dibentangkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Tebal atau nipis sesebuah Pelan Bisnes itu tidak penting tetapi yang paling utama adalah kandungan maklumat didalam Pelan Bisnes tersebut. Pihak institusi kewangan akan meneliti beberapa perkara penting yang perlu ujud didalam buku tersebut terutamanya maklumat analisa kewangan dan analisa dayamaju projek (project viability). Kadang-kadang pada mukasurat hadapan sekali mereka dan boleh baca melalui Ringkasan Esekutif (Executive summary) mengenai cadangan projek yang hendak dijalankan dan mampu membuat penilaian awal sesuatu Pelan Bisnes. Artikel petang Ahad ini saya menulis format persembahan untuk menyediakan pelan bisnes pertanian untuk para pembaca blog Anim Agro Technology ini.


Pada bahagian kulit Pelan Bisnes lazimya diisikan dengan maklumat asas seperti Nama Syarikat atau Individu Pemohon, Nama cadangan projek yang hendak dijalankan, Alamat dan nombor kontek pemohon dann juga tarikh Pelan Bisnes tersebut disediakan. Kulit juga kadang-kadang dimasukkan dengan foto, rajah atau apa juga perkara yang boleh membantu dalam meningkatkan kualiti Pelan Bisnes tersebut. Bahagian kulit lazimnya menggunakan kertas daripada material tebal atau gunakan lapisan kulit plastik lutsinar tebal untuk ketahanan buku tersebut. Cara menjilid boleh menggunakan kaedah yang mudah untuk disusun semula jika ada sebarang perubahan pada isi dan susunan pada pelan bisnes pertanian tersebut. Pastikan semua tulisan jelas dan dapat dibaca.


Susunan isikandungan Pelan bisnes pertanian dimulakan dengan Ringkasan Eksekutif, Pengenalan, Objektif Kertas Bisnes Plan, Latarbelakang cadangan projek, Maklumat asas pemilik dan rakan kongsi serta maklumat lengkap, Maklumat Tanah, Kesesuaian Tapak Projek, Pelan Lokasi Projek, Maklumat Teknikal, Pelan Pengurusan Projek, Pelan Kewangan Projek, Gunatenaga, Analisa Kewangan, Pelan Pemasaran dan juga Lampiran-lampiran. Tajuk-tajuk lain diperlukan mengikut kesesuaian jenis komoditi atau bentuk projek pertanian yang hendak dijalankan. Pengalaman saya mendapati antara jenis projek yang banyak disediakan pelan bines adalah seperti projek tanaman sayuran, projek memproses makanan, projek ternakan ikan air tawar (keli) , projek ternakan udang harimau, projek ternakan kambing , projek ternakan puyoh, projek ternakan ayam daging atau ayam telur dan juga projek membuat kedai pertanian. Sering juga melihat pelan bisnes untuk membeli alatan jentera pertanian seperti Combine Harvester, Jentera Bajak Trektor 4-WD, Jentera JCV dan juga Lori untuk pengangkutan hasil pertanian.
BERSAMBUNG...........


By,
M Anim
Labohan Dagang, Bukit Changgang,
Banting, Selangor,
Malaysia
(8 Jamadilawal 1433H)  



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...