KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, April 24, 2012

BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA

BUAH-BUAHAN (Fruits) merupakan satu daripada sumber makanan yang penting dan sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Terdapat berbagai jenis dan kategori buah-buahan yang ujud seperti Buah-buahan Tropika (Tropical Fruits), Buah-buahan Iklim Sederhana (Temperate Fruits) dan juga Buah-buahan yang telah di proses (Processed Fruits). Kebanyakan buah-buahan mengandungi air, karbohiderat, Protin, Gula, Mineral, Vitamin serta pelbagai bahan kimia lain yang berguna kepada nadan kita. Bahan-bahan tersebut akan diambil oleh sistem penghadaman untuk ditukarkan kepada tenaga. Karbohiderat pula didalam buah adalah dalam bentuk Kanji, Gula dan sebagainya. Kanji contohnya, boleh didapati dengan banyak dalam buah sukun begitu juga gula yang manis dimana ia memang ujud dalam kebanyakan jenis buah seperti Durian, Mangga, Betik dan banyak lagi. Malam Selasa ini saya membuat entry mengenai buah-buahan dan khasiatnya kepada kita.


Kandungan gula dalam buah-buahan adalah sedikit berbeza cara untuk kita  mengambilnya berbanding gula dalam sayur-sayuran, ini dimana gula dari buah kita makan mentah dan segar sementara daripada sayuran sering dimasak terlebih dahulu. Kaedah makan buah-buahan mentah akan membekalkan kesemua mineral dan vitamin yang asli terus kedalam perut untuk diserap kedalam tubuh badan. Terdapat juga beberapa jenis buah-buahan yang membekalkan protin serta lemak kepada tubuh badan seperti buah-buahan yang tinggi kandungan bahan tersebut iaitu Buah Avocado, Belingai, Durian dan Buah Gajus. Kebanyakkan jenis buah-buahan yang mengandungi gula yang amat  tinggi adalah pada tahap kemanisan tinggi apabila buah tersebut 'masak ranum'.


Khasiat buah-buahan memang berbeza-beza mengikut banyak faktur tumbuhan atau ciri-ciri khas buah-buahan tersebut. Perbezaan ini bukan sahaja ujud pada jenis dan Keluarga buah sahaja tetapi juga berbeza dari VARIETI serta kulitvar buah yang sama. Contohnya buah Durian (Durio ziberthinus) antara jenis buah yang mempunyai lebih dari 200 varieti yang berdaftar di Malaysia. Varieti Durian Raja Kunyit atau Mous'ng King (D197) mempunyai ciri yang berbeza dengan Durian D24, D88, D99 dan lain-lain varieti lagi. Walau pun Betik (Carica papaya) manis tetapi kadar dan tahap kemanisan antara varieti Betik Eksotika 2 dengan Betik Sekaki dan Betik Solo adalah berbeza. Itu belum dikira kandungan bahan lain seperti kandungan 'papain', vitamins, zat mineral dan lain-lain lagi.


Khasiat buah juga berbeza mengikut tahap KEMATANGAN BUAH dan juga faktur KESEGARAN BUAH. Buah segar yang baru dipetik mengandungi air dan vitamin lebih banyak daripada buah yang telah lama dipetik atau telah di peram. Buah yang masih muda, masak dan masak ranum juga memgandungi kadar khasiat yang berbeza. Buah yang masih muda kurang mengandungi gula (sucrose / Fructose) berbanding dengan buah yang masak ranum. Walau pun buah dipetik dari pokok dalam kebun yang sama, faktur PEMBAJAAN dan nutrien serta air disekeliling pokok juga mempengaruhi khasiat buah. Buah yang banyak menggunakan baja organik lazimnya lebih manis, tahan lama dan juga rasa yang lebih sedap berbanding dengan tanpa baja atau baja kimia.  Faktur cuaca dan suhu serta persekitaran juga ada pengaruh terhadap kualiti dan khasiat buah.


CARA PENYEDIAAN buah sebelum dimakan juga mempengaruhi kualiti dan khasiat buah-buahan. Buah-buahan Segar yang dimakan mentah lazimnya mengandungi banyak khasiat berbanding dengan buah yang telah diproses atau buah yang disimpan lama. Buah mentah dan masih muda juga khasiatnya lain. Ada buah yang dimakan bersama dengan kulitnya dan ada yang perlu dibuang kulitnya. Antara buah yang dimakan bersama kulitnya seperti jambu batu, jambu air, belimbing, jambu bol dan banyak lagi sementara buah mangga, betik, limau, manggis dan banyak lagi tidak dimakan dengan kulit. Bahagian kulit buah mengandungi zat lain yang tiada pada isi buah. Buah yang diproses menjadi JUS BUAH-BUAHAN juga mempunyai khasiat yang cepat diserap oleh tubuh badan. Ada yang suka mencampur bahan-bahan lain dalam jus buah sebelum diminum untuk meningkatkan khasiat jus tersebut. Jus buah yang disimpan terlalu lama juga akan menurun kualitinya berbanding dengan jus buah yang terus diminum selepas di proses.  Makan buah-buahan untu kesihatan badan kita selalu. Wasallam.


BUAH SEGAR...BANYAK KHASIATNYA....
BUAH TEMPATAN...MURAH HARGANYA...
MAKAN SELALU...LEBIH SIHAT KESANNYA...
MAKANAN SEIMBANG...BUAH SALAH SATUNYA...


By,
M Anem
Bilik Zamrud, PLPP Air Hitam,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(2 JamadilAkhir 1433H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...