KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, April 6, 2012

BENIH NENAS

BENIH NENAS (Ananas cosmosus) merupakan keperluan input penting dalam industri penanaman nenas. Terdapat seluas 16,850 hektar tanaman nenas di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 427,000 metrik tan pada tahun 2011 dimana tumpuan utama kawasan tanaman nenas adalah di Johor, Kedah dan Sarawak. Antara veireti nenas yang ditanam dinegara kita adalah seperti Nenas Morris, Nenas Gandul, N36, Nenas MD2, Nenas Sarawak dan beberapa varieti lain yang ditanam mengikut lokaliti. Penanaman nenas kini telah di kelolakan oleh Lembaga Perusahaan Nenas Malaysia (LPNM) yang beribupejabat di Johor Bahru.  Beberapa syarikat yang masih aktif menanam nenas secara meluas di Johor seperti Lee Pineapple dan Peninsular Pineapple serta syarikat JTP Plantation. Penanaman nenas memerlukan jangkamasa antara 12 - 14 bulan daripada penanaman sehingga di tuai. Kaedah penanaman nenas dijalankan kebanyakkanya diatas tanah gambut secara konvensional atau kaedah tanaman padat diatas tanah mineral. Benih Tanaman Nenas merupakan satu komponen yang utama dalam setiap kali penanaman nenas sama ada Penanaman Semula atau Penanaman Baru. Artikel subuh ini saya nmenulis mengenai benih tanaman nenas untuk makluman bersama.


Benih Tanaman nenas boleh diperolehi daripada BENIH SULUR (Suckers), BENIH SULUR SISI (Slip suckers), BENIH JAMBUL (Crown), BENIH KULTUR TISU (Tissue culture) , BENIH QUATERING (Quatering techniques), BENIH KERATAN DAUN (Leaf budding cutting) dan sebagainya. Keperluan anakbenih nenas adalah dalam bilangan yang banyak diantara  43,500 sulur sehektar bagi kaedah penanaman konvensional dan meningkat hampir dua kali ganda jika menanam dengan kaedah Tanaman Padat nenas. Sumber bekalan benih nenas diperolehi daripada pembekal yang telah berwibawa dah mestilah mempunyai ladang nenas dari varieti yang disyorkan untuk penanaman komersil. Benih nenas sering diperolehi selepas aktiviti menuai dijalankan dengan mencantas atau memancung daun nenas untuk menggalakan pengeluaran sulur.


Sulur Batang merupakan sumber benih nenas yang paling lazim dan banyak digunakan. Sulur ini keluar daripada batang nenas yang telah dituai hasilnya dan dilakukan kerja mencantas daun-daunnya menggunakan parang panjang (secara senget) untuk menggalakkan pengeluaran sulur ini. Sulur yang telah keluar dengan saiz lebihkurang 30 cm dan berat sekitar 200 gram dikutip dan digredkan mengikut saiz. Sulur ini kemudian diikat dengan bilangan 50 sulur satu ikatan dengan bersilang iaitu antara pucuk dan pangkal (lihat foto). Pastikan hanya sulur yang sihat, seragam dan berkualiti dipilih untuk digunakan sendiri atau pun dijual kepada orang lain. Rawatan sulur dengan merendam selama 24 jam didalam larutan Malation dan dalam Larutan Racun Kulat seperti Benlati disyorkan untuk kawalan masaalah Koya, teritip dan penyakit Reput Pangkal sebelum menanam diladang.


BERSAMBUNG...


BENIH NENAS....BANYAK PUNCANYA....
SULUR BATANG...BANYAK JUMLAHNYA...
JAMBUL NENAS...SERAGAM TUMBUHNYA...
BENIH KULTUR TISU...BAGAIMANA ?


By,
M Anem
Bilik Nakhoda 1,
RISTEC, Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(12 JamadilAwal 1433)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...