Sunday, January 30, 2011

REMAYONG


REMAYONG (Basella alba L.) merupakan sejenis sayuran berdaun dari keluarga BASELLACEAE yang dipercayai berasal dari India Selatan. Tanaman ini popular di Sri Lanka, India, Malaysia, Indonesia , Filipina sebagai sayuran berdaun dan ditanam secara komersil atau suka-suka untuk kegunaan domestik. Kajian saya dari beberapa laporan mendapati keluasan tanaman remayong di Malaysia sekitar 250-300 hektar pada tahun 2011. Nama lain bagi remayong ialah Ceylon Spinach ; Indian Spinach, Malabar Nightshade (English) , Remayong ; Gendola ; tembayong (Malaysia), Genjerot ; Gondola (Indonesia), Baselle ; Brede (Perancis), alugbati ; dundula ; libato (Filipina), pang (Laos), phakpang ; phakplang ; plakplang yai (Thailand) dan mung towi (Vietnam). Tumbuhan ini ada ditanam dibeberapa stesyen pertanian seperti di Pusat Pertanian Serdang, Selangor dan beberapa stesyen lagi sebagai pemerhatian. Kali ini dalam "Anim Agro Technology" satu artikel bertajuk remayong yang ditulis berdasarkan sebuah buku teknikal yang saya baca, rujukan di sesawang lain dan juga pengalaman penulis dalam bidang pembangunan tanaman sayur-sayuran selama 30 tahun.

Remayong adalah tanaman yang ditanam untuk sayur-sayuran bahagian daun dan pucuk muda. Terdapat jug amalan untuk menggunakan jus ungu yang gdiperah untuk mengubati penyakit mata (Conjunctivities). Warna daunnya yang ungu juga menjadikan pokok remayong digunakan sebagai tanaman hiasan yangg disukai di Eropah. Kandungan zat permakanan remayong bagi setiap 100 gram adalah air (91 g), Protin (2.2 g), Lemak (0.3 g), Karbohiderat (3.9 g), Fiber (1.3 g) dan Tenaga (112 kJ). kandungan vitamin remayong sangat tinggi iaitu Vitamin A (1,686 - 6,400 IU), Vitamin C (26-166 mg), Kalsium (16-117 mg), Ferous 91.2-3.1 mg) dan berat setiap 1,000 bijibenih ialah 30-40 g.


Tumbuhan remayong mempunyai jangkahayat pendek, renek dengan panjang mencapai 2-6 meter dengan batang lembut berwarna ungu atau hijau. Daun remayong berbentuk hati, ovate berwarna hijau atau ungu dengan susunan bersilang (alternate) berukuran 3015 cm panjang dan 4-10 cm lebar. Bunganya berwarna putih, ungu atau merah jambu (pink) dan menghasilkan buah berbentuk berry berwarna hitam keunguan satu bijibenih. Terdapat 3 jenis spesis remayong dikenalpasti berdasarkan kepada ciri-ciri daunnya. Jenis pertama adalah Remayung Hijau dengan daun berwarna hijau gelap berbentuk ovate dan bulat. Jenis kedua ialah Spesis Remayong Merah yang berbentuk bulat berwarna merah pada daun dan batang yang sering digunakan sebagai pokok hiasan. Spesis ketiga mempunyai daun berwarna hijau gelap atau ungu dengan bentuk daun seperti 'hati' atau Remayung Hati.


Penanaman remayong boleh dimulakan dengan menggunakan bijibenih atau keratan. Keratan batang segar remayong sepanjang 20-25 cm sesuai dijadikan sebagai bahan tanaman. Jika ditanam secara komersial sediakan batas tanaman dengan jarak tanaman 30 cm x 60 cm. Kepadatan tanaman dianggarkan sebanyak 50,000 pokok satu hektar. Keratan ditanam atas batas dengan menyendeng dan lazimnya tidak di pasang kayu sokongan. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 dan baja organan diberikan mengikut syor. Remayong adalah tumbuhan yang sensitif dengann baja Nitrojan.


Pengalman saya menunjukkan tanaman remayungg sangat mudah diserang oleh Cacing Nematod ( Meloidgyne spp). amalkan kaedah tanaman giliran untuk kawal serangan nematod. Walau pun tidak banyak srangga perosak menyebabkan kerosakan daun remayung kerana ketebalannya tetapi Kulat Cercospora spp dan Kulat Antrothicum spp meyebabkan daun berbintik-bintik. Kawalan dengan semburan racun kulat mengikut syor jika tahap serangan seroius.


Penuaian remayong boleh dibuat selepas 6-8 minggu ditanam dengan memotong bahagian pucuk menggunakan pisau tajam. Ulangi aktiviti penuaian remayong setiap minggu selama 4-6 bulan dalam kebun. Pucuk sepanjang 15-25 cm dipotong sebelum dikumpulkan dan diikat untuk dihantar kepada pembeli atau pasar. Kajian saya menunjukkan remayung tahan sehingga 7 hari dalam keadaan baik jika disimpan dalam peti ais. Kajian juga mendapati anggaran hasil remayong sebanyak 50 tan sehektar. Harga pasaran remayung di pasar tani Melaka sekitar RM 2.00 - RM 3.00 satu ikat (150-250 g) dan di pasar tani Johor Baru agak tinggi sedikit. Remayung sering dimasak tumis (Foto diatas) seperti masak kangkung dan bayam. Sedap dimakan ketika tengahari dengan nasi panas apabila kita lapar...


NAMA REMAYONG....JARANG ADA....
MACAM BAYAM....BUKAN SAMA...
TANAM SENDIRI...LEBIH BERGUNA...
BANYAK KHASIAT... RAMAI YANG SUKA....


By
M Anem
Petang Ahad (Hujan 1 hari hari ini)
Putrajaya
Malaysia
(Kemaskini pada 9 Mei 2013)

ASPARAGUS

ASPARAGUS (Asparagus officinalis Linn) adalah sejenis sayuran dari keluarga LILIACEAE yang berasal daripada kawasan Meditrenean dan tersebar ke Eropah, Asia dan beberapa negara lain didunia. Asparagus adalah tanaman yang digunakan untuk sayuran dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal pokok. Malaysia menanam asparagus di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan Kundasang dengan anggaran keluasan CHE direkodkan sekitar 160-175 hektar setiap tahun. Saya pernah terlibat dengan projek tanaman asparagus di Melaka pada pertengahan tahun 1980'an yang melibatkan satu syarikat besar ketika bertugas dengan Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Projek tersebut bagaimana pun gagal berterusan akibat isu harga, tanah dan sistem pemasaran yangg kurang cekap selain dari hasil pengeluaran yang rendah. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai teknologi tanaman asparagus berdasarkan pembacaan dari buku Vegetables : Plant Resources of SEA Region terbitan PROSEA dan pengalaman penulis semasa bertugas di Melaka.

Di kawasan Asia Tenggara asparagus di tanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu di kawasan tanah tinggi dan juga dikawasan tanah rendah. Penanaman asparagus didunia sekitar 150,000 hektar setiap tahun dengan anggaran pengeluaran sebanyak 500,000 metrik tan. Penanaman asparagus paling luas ditanam di kawasan Amerika Utara (52,000 ha) diikuti dengan Eropah (45,000 ha) dan kawasan Asia (20,000 ha) setiap tahun. Tanaman asparagus di Asia Tengara paling luas di usahakan di Thailand (1,800 hektar/tahun) dimana 85% adalah pengeluaran Asparagus Hijau cuma 15% Asparagus Putih. Di Indonesia seluas 1,000 hektar asparagus di tanam setiap tahun dimana 60% untuk asparagus hijau dan 40%asparagus putih. Pucuk atau Tunas Asparagus akan dipetik sebaik sahaja capai ketinggian 16-25 cm dari paras tanah. Asparagus hijau terjadi apabila pucuk yang keluar dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan asparagus hijau diperolehi dengan menimbus pangkal pokok dengan tanah. Lazimnya asparagus putih berada dalam tanah dan mempunyai saiz batang lebih besar berbanding dengan asparagus hijau.

Kandungan pemakanan asparagus adalah berbeza antara asparagus hijau (Foto kiri) dan asparagus putih (Foto kanan). Setip 100 gm asparagus hijau mengandungi 92 gm air, 2.8 gm protin, 0.2 gm lemak, 2.2 gm karbohiderat, 980 IU Vitamin A, 0.23 gm Vitamin B, 2.2 mg Niacin dan 52 mg Posforan srta 132 kJoule tenaga. Kandungan zat pemakanan asparagus putih lebih rendah sedikit. Kajian penulis menunjukkan berat setiap 1,000 biji benis asparagus adalah 40 gram. Tanaman asparagus merupakan pokok renek, diocecious, tumbuh menegak atau merambat dengan potensi ketinggian sehingga 2 meter. Daun asparagus halus berbentuk seperti jarum dari batang yang tidak bercabang. Batang sasparagus tumbuh dari pangkal rumpun berbentuk rebung (spears) atau tunas pucuk keluar atas tanah. Jika di biarkan akan terus mengeluarkan daun dan meninggi seperti batang berkayu lembut. Bunga asparagus berbentuk unisexual, kecil, tubular-campanulate dan menghasilkan buah kecil seperti berry berwarna hitam dalam 1-6 biji benih.

Penanaman asparagus menggunakan biji benih yang perlu dismai dahulu dalam tapak semaian. Pembiakan menggunakan kaedah lain seperti keratan, kultur tisu didik dan sebagainya kurang berjaya. Pilih varieti asparagus yang mampu menghasilkan hasil tinggi, rintang penyakit dan mendapat permintaan pasaran terbaik. Penyediaan kawasan atau tanah disyorkan membina batas tanaman diatas tanah yang gembur dan pastikan mempunyai saliran yang baik untuk elakkan banjir. Benih yang siap sedia ditanam dengan jarak 1.5 m x 0.3 meter. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 bersama baja organik dengan kadar disyorkan adalah penting untuk mempastikan pengeluaran tunas dan mempunyai sistem pengairan sempurna. Kawalan rumpai mesti dijalankan dengan manual (cabut dengan tangan atau tajak) bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan kurangkan persaingan. Elakkan menggunakan racun rumpai dikawasan penanaman asparagus.

Di Malaysia tanaman asparagus diserang Bintik Daun pada bahagian daun oleh kulat jenis Stemphylium botryosum, Cercospora parangi atau Phoma asparagi. Kawalan dengan semburan racun kulat seperti Mancozeb pada kadar disyorkan. Penyakit Layu Fusarium (Fusarium spp) menyerang terutama di kawasan lembab dan terlalu kerap membuat tuaian berlebihan. Kekurangan nutrien baja juga boleh menyebabkan berlakunya serangan layu fusarium. Jalankan amalan pertanian baik seperti disyorkan.

Penuaian asparagus dijalankan selepas 12 minggu (3 bulan) penanaman dengan syarat pertumbuhan pokok subur dan banyak tunas asparagus muncul sepanjang tahun. Penuaian mesti mempastikan 'pokok ibu' atau pokok induk sentiasa subur dan tinggal 3-5 tunas untuk dijadikan pokok. Potong dengan pisau tajam 18-25 cm panjang dari paras tanah kebahagian pucuk untuk asparagus hijau. bgi asparagus putih potong sepanjang 10 cm pucuk dalam tanah sebelum ia muncul di permukaan tanah. Kambus baluk pangkal rumpun tanaman asparagus selepas menuai. Kajian agromomist mendapati purata hasil asparagus adalah klingkungan 1.5 - 1.8 mt/ha di Malaysia, 2.1 mt/ha di Indonesia, 4.4 mt/ha di Thailand. Purata penghasilan asparagus di seluroh dunia sekitar 3 mt/ha.

Pucuk asparagus yang di tuai masih aktif mmenjalani proses 'respiration' menyebabkan ianya perlu di pasarkan segra atau di masukkan dalam bilik sejuk untuk mengekalkan kessegarannya. Penyimpanan asparagus dalam keadaan suhu sejuk 2 darjah celsius dengan kelembapan yang tinggi mampu mengekalaan selama 4 minggu. Saya suka makan asparagus dengan memasak goreng atau tumis bersama ikan bilis, bawang, cili api dan di makan panas-panaas. Di Hotel dan Restoran 5 bintang hidangan asparagus di masak dengan tepung jagung sebagai hidangan istimewa. Tanaman asparagus di Malaysia perlukan perhatian khusus jika hendak di perluaskan. Harga asparagus hijau di Kundasang Sabah RM 50 - RM 60.00 sekilogram dan Asparagus Putih RM 60.00-RM89.00 sekilogram.

TANAM ASPARAGUS......PENJAGAAN SUKAR....
KAWASAN SESUAI.....BUKAN DIATAS BELUKAR....
DULU DI MELAKA POPULAR....PETANI ENGKAR...
KINI TINGGAL SEJARAH....KAJIAN DI TERUSKAN...


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia

Friday, January 28, 2011

Infrastruktur Ladang

INFRASTRUKTUR LADANG merupakan satu perkara yang perlu dibincangkan dalam perancangan untuk membuka kawasan baru ladang atau kebun pertanian. Infrastruktur Ladang adalah keperluan asas yang perlu disediakan semasa kerja-kerja penyediaan ladang atau selepas itu. Kos pembangunan ladang yang terbesar adalah komponen infrastruktur ladang seperti penyediaan teres , jalanladang, kolam pengairan, perparitan, sistem pengairan ladang, rumah pekerja, bangunan pejabat, bangunan setor, Pagar Ladang, jambatan, Pembentong, Pintu ladang, Pusat Pengumpulan, Rumah Kalis Serangga, Bilik Sejuk dan berbagai lagi.


Saya menulis artikel mengenai penyediaan infrastruktur ladang ini berdasarkan pengalaman saya dalam membuka beberapa Projek TKPM di Johor seperti TKPM Sri Pantai, di Mersing, TKPM Sekijang di Segamat, TKPM Kluang di Batu Pahat dan TKPM Pagoh di Muar dan pengalan berrsama rakan2 Pengurus Estet di Sarawak membuka Estet Kelapa sawit milik Tabung Haji, Tradewind Group dan beberapa syarikat perladangan lagi.


1. Teres

Teres adalah kerja-kerja memotong lereng bukit atau tanah bercerun bagi membolehkan kerja-kerja penanaman dapat dijalankan. Teres perlu dibuat dikawasan tanah berbukit yang melebihi kecerunan 6 darjah dengan membina Teres bangku, Tapak Pentas berselang Teres atau membina Tapak Pentas. Pengalaman saya di TKPM Sekijang yang menanam buah-buaha (Jambu batu, Cempedak, Limau) membina teres bangku dengan lebar 3.67 meter - 4.28 meter. Lazimnya sifir bagi membina teres bangku ialah sepanjang 1,11 meter setiap hektar. Kecuraman bagi teres bangku hendaklah lingkungan 5-10 darjah kearah bukit. Ini membolehkan aliran air lancar dan tidak bertakung diatas teres bangku. Anggaran kos membina ters ini lingkungan RM 80 - 250 serantai (Harga mengikut lokasi dan keadaan kawasan).

Teres tapak pentas yang berselang dengan teres bangku lazimnya dibina untuk lebar 3 meter dimana teres tapak pentas adalah mempunyai kelebaran 2 meter. Dalam 1 hektar perlukan 555 meter teres ini untuk dibina. Kaedah ini dijalankan bagi kawasan yang agak lebih curam dan memudahkan kerja menanam dan amalan pengurusan agronomi. Bagi teres pentas perlu dibina mengikut kecuraman melebihi 6 darjah. Teres pentas perlu ditanam dengan tumbuhan penutup bumi bagi mengelakan hakisan yang teruk.


2. Jalanladang

Pembinaan jalanladang adalah sangat penting didalam penyediaan kebun tanaman. Perancangan rapi perlu dibuat agar jalanladang yang hendak dibuat tidak melibatkan kos yang tinggi kerana memerlukan tambakan tanah, pembinaan jambatan atau pembentung yang banyak. Pilih laluan yang agak tinggi, tidak berpaya, tidak melalui cerun , tanah yang rata, tanah rizeb jalan serta kontraktor yang berpengalaman. Jalanladang lazim berukuran 8 -10 kaki lebar di turap dengan tanah merah atau batu chipping. Sebaiknya kiri-kanan jalanladang di bina parit untuk menyalurkan air dan mengukuhkan struktur jalan. Jika tiada parit ditepi jalan ladang akan cepat merosakan jalanladang terutama pada musim hujan apabila air mulai bertakung dan tanah menjadi lebik dan kenderaan akan terbenam. Hakisan di permukaan jalanladang dapat dikurangkan jika ada parit.


Jalanladang perlu diselenggara mengikut tahap kerosakkan. Penyelenggaran dengan menurap semula, membaiki kawasan lopak air dan membina parit tepi jalan pelu dijalankan. Jika keadaan jalanladang rosak teruk boleh menjejaskan proses menghantar bahan input tanaman seperti baja, tahi ayam, jentera ladang, minyak pam air dan juga mengeluarkan hasil-hasil pertanian keluar. Pengalaman penulis mendapati kos pembinaan jalanladang di johor dan Melaka sekitar RM 400 - RM 1,000 setiap 1 rantai (60 kaki). Kos bergantung kepada kedudukan jalan (Jauh atau dekat dengan jalan sedia ada), Kuantiti panjang jalan, sumber bekalan tanah merah dan jumlah jambatan / culvert yng akan dibina.


3. Parit Ladang

Pait ladang dibina untuk membekalkan air kedalam ladang dan yang utama adalah untuk menyalirkan air keluar dari ladang. Parit ladang dibina di keliling ladang, ditengah-tengah ladang atau dimana-mana sahaja dalam ladang yang penting mengikut kontour permukaan tanah. Parit yang di gali mesti mempunyai aliran air yang betul dan tepat. Saiz parit ladang bergantung kepada tujuan parit tersebut dibina. Bagi saliran (drainage), Parit Besar atau Parit Utama berukuran 7 kaki x 4 kaki x 4 kaki, Parit Tengah/Sederhana berukuran 4 kaki x 3 kaki x 3 kaki dan Parit Racik berukuran 3 kaki x 2 kaki x kaki. Kerja menggali parit kini menggunakan mesin JCB atau yang setaraf dengannya. parit ladang mesti bersambung dengan anak sungai atau sungai utama untuk menyalirkan air.

Parit ladang juga diselenggara mengikut jadual. Kegagalan menyelenggara parit ladang boleh menyebabkan potensi kawasan tanaman trjejas akibat air bertakung atau berlakunya banjir. Terdapat satu jenis parit ladang yang di gali disekeliling ladang yang lebarnya 7 kai berfungsi sebagai pagar. Parit ini mengelakkan haiwan seperti Lembu, Kambing, babi Hutan dan manusia memasukan kawasan ladang.

4. Kolam

Kolam merupakan sumber bekalan air untuk tanaman selain daripada sungai, tasek atau paya. Bagi kawasan penanaman sayur-sayuran perlu di bekalkan sumber air dan lazimnya kolam merupakan pilihan terbaik. Tapak untuk menggali kolam perlu dikenalpasti berpotensi untuk membekalkan air ke kebun terutama di waktu musim kemarau. Kawasan rendah, berpaya dan berhampiran punca air di gali menggunakan mesin JCV atau Kobe atau RB mengikut saiz yang diperlukan. Lazimnya kolam berukuran 100 kaki x 50 kaki mampu membekal air untuk 20-30 hektar kebun sayur atau buah-buahan. Pengalaman penulis mendapati kos membina satu kolam lingkungan RM 20,000 (Kolam Besar), RM 10,000 - RM 15,000 (Kolam sederhana - 20 kaki x 60 kaki) dan RM bawah RM 10,000 bagi kolam kecil (20 kaki x 20 kaki).


Kolam juga perlu diselenggara apabila terlalu cetek dan saluran air masuk atau keluar tidak berfungsi. Kualiti air perlu sentiasa di periksa bagi mempastikan ianya sentiasa bersih, tidak tercemar dan boleh digunakan mengairkan. Elakkan menggunakan air kolam dalam ladang kebun sayur untuk minuman ppekerja ladang kerana mungkin boleh menjejaskan kesihatan.

5. Sistem Pengairan

Sistem pengairan merupakan komponen penting dalam penanaman tanaman makanan terutama sayur-sayuran dan beberapa jenis buah-buahan terpileh. Komponen sistem pengairan adalah Pam Air, Injin Pam air, Penapis, Penyalur Utama (HDPe atau PVC), Penyalur Secondary (HDPE/PVC), Penyembur, Tangki air, Emmiter, Sprinkler Gun dan sebagainya. Bagi tanaman sayuran perlu dipastikan jenis sistem digunakan sama ada Sistem Pengairan Renjis (Sprinkler), Sistem Pengairan Kabus (Mist), Sistem Pengairan Titis (Drip Tape), Sistem Banjir (Furrow) dan lain-lain sistem lagi. Pemasangan sistem perlu di rekabentuk agar semua tanaman dapat bekalan air yang mencukupi. Penyelenggaraan sistem pengairan perlu dijalankan mengikut jadual.


6. Pagar Ladang

Kawasan ladang perlu di pagar bagi mengelakan gangguan dari manusia, binatang ternakan atau haiwan liar yang boleh memusnahkan tanaman tau merosakan tanamman. Pagar di bina di kawasan-kawasan kritikal dimana ada kemungkinan pencerobohan akan berlaku. Pagar menggunakan 'Chain Link' atau Kawat duri/mata Punai atau Kayu Pancang atau Parit Ladang. Bagi kawasan kebun yang berdekatan dengan potensi kecurian perlu dipasang pintu ladang dan kawalan keselamatan untuk mengelakan sebarang kecurian dan gangguan.


7. Rumah Kalis Serangga

Rumah Kalis Serangga atau Struktur Pelindung Hujan (SPH) merupakan infrastruktur yang menjadi trend masa kini dan di minati ramai usahawan. Rumah ini sering digunakan untuk tapak semaian atau penanaman tanaman bernilai tinggi seperti tomato ceri, melon, capsicum secara fertigasi. Anggaran kos pembinaan satu unit rumah kalis seranngga lengkap sekitar RM 15,000 -RM 20,000 yang berukuran 20 kaki x 100 kaki. Kadar pembinaan bagi 1 hektar dianggarkan lingkungan RM 700,000. Rumah ini memberikan jaminan pengeluaran yang baik jika di jaga dengan sempurna dan mengikut amalan pertanian baik.


8. Pejabat Ladang

Pejabat Ladang dibina untk kakitangan ladang menguruskan ladang. Saizz dan kos pejabat ladang brgantung kepada jenis perladangan dijalankan dan saiz urusniaga. Pejabat ladang perlu mempunyai kemudahan komunikasi (talipon), Letrik, air Bersih, bilik Pengurus, Komputer, Penghawa Dingin, Tandas, Kantin dan sebagainya. Terdapat pengurus yang menggunakan KONTENA untuk pejabat ladang kerana murah, boleh di pindahklan dan tahan lama.


9. Setor Ladang


Setor Ladang perlu disediakan bagi menyimpan input pertanian seperti baja, racun, benih, peralatan ladang, minyak, benih, bakul, alatganti, plastik dan macam-macam lagi. Setoe ladang adalah satu keperluan bagi satu ladang untuk mendapatkan Akteditasi Persojilan Ladang Baik Malaysia (SALM dan SOM). Setor mesti mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti berkunci, mempunyai ruang pengudaraan, pemisahan antara ruang racun, ruang baja dan ruang gperalatan/perkakas ladang. Papan tanda perlu dibuat di pintu masuk seto mengenai aspek keselamatan dan tatacara menguruskan setor dengan sempurna. Sebuah setor berukuran 20 kaki x 20 kaki dianggarkan berharga RM 10,000 - RM 15,000.


10. Pusat Pengumpulan Hasil

Pusat Pengumpulan Hasil (PPH) perlu disediakan ndi lokasi terpilih bagi kemudahan untuk mengumpulkan hasil, membuat grading, membersih, membungkus dan packaging center. Pusat Pengumpulan Ladang mempunyai bumbung, lantai konkrit, kemudahan bekalan air untuk membersih, para untuk membuat grading dan kemudahan letri serta alatan timbang. Ketinggian lantai perlu disesuaikan dengan ketinggian lantai lori untuk memundahkan kerja-kerja memunggah (loading) hasil ladang kedalam lori.


11. Rumah Pekerja

Ladang tanaman makanan khususnya sayur-sayuran memerlukan tenaga pekerja ladang dengan kadar 4 orang sehektar (Sayur daun) dan bagi buah-buahan lingkungan 1-2 orangg sehektar. Rumah pekerja ladang perlu disediakan dengan keperluan minima satu bilik, kemudahan air, letrik, tandas dan sebagainya. Jika rumah pekerja berada didalam ladang akan memudahkan pengurusan ladang terutama jika kera-kerja lebihmasa diperlukan. Rumah pekerja dianggarkan lingkungan RM 15,000 - RM 25,000 satu unit.


12. Jambatan dan Pembentong

Jika kawasan l;adang yang hendak dibuka terletak dikawasan yang perlukan membina jambatan maka kos tersebut perlu dikira dan disediakan. Jambatan kayu selebar 10 kaki dengan panjang 30 kaki menyeberangi anak sungai perlukan belanja RM 10,00 - RM 20,000 bergantung kepada bahan digunakan (Konkrit, kayu atau bahan buangan). Jambatan dalam kebun juga diperlukan bagi merentasi anak2 sungai. Jika boleh pasangkan pembentong mengikut saiz yang sesuai. Pembentung garispusat 6 kaki, 5 kaki, 4 kaki dan 3 kaki garispusat digunakan mengikut saiz parit. Lazimnya 3 unit pembentung dipasang untuk laluan kenderaan dan trektor. Pastikan kaedah pemasangan pembentung betul untuk air dalam parint dapat mengalir ikut arus (jangan tergantung).


13. Bekas Simpanan Air

Bekas simpanan air dalam ladang seperti Kulvert Simen 'Half-Cut'atau Tong Drum diletakkan ditempat-tempat strategik dan diletakkan sekeping zink untuk menahan air hujan. Air ini akan digunakan bagi membekalkan air untuk kerja-kerja meracun rumpai terutama di ladang kelapa sawit dan getah. Jika kawasan ladang tidak mempunyai bekalan air bersih, tong ini bolleh digunakan oleh pekerja untuk menahan air hujan bagi tujuan domestik.


14. Jentera Ladang

Jentera Ladang diperlukan bagi membantu meringankan kerja-kerja diladang. Antara jentera ladang adalah seperti trektor, rotovator, treller, Pam air, tresher dan lain-lain perla disediakan. Jentera ladang boleh dibeli darijenis baru atau jenis yang second-hand. Pastikan terdapat alat ganti yang bolehh didapati berhampiran lokasi ladang.


15. Peralatan Ladang

Peralatan Ladang penting bagi membantu petani dan pekerja menjalankan kerja ladang. peralatan ladang seperti cangkul, kereta sorong, baldi, Guning, Scateurs, Knapsack sprayer, boom Sprayer, HPS (High Power Sprayer) Gergaji, Water Hose, Bakul dan sebagainya perlu sentiasa dalam keadaan baik.


16. Bilik Sejuk

Sesetengah ladang ladang tanaman makanan mungkin memerlukan bilik sejuk untuk menyimpan hasil-hasil tanaman satau tujuan lain. Pembinaan bilik sejuk ini biasanya memerlukan kos yang sangat tinggi dan ini perlu dikongsi oleh beberapa pihak dan ramai petani. bilik ejuk akan meningkatkan kualiti hasil yng dikeluarkan daripada cepat rosak.



17. Pengangkutan Ladang (Lori)

Setiap usahawan dan ladang tanaman makanan (sayur2an atau buah-buahan) yang agak luas perlukan kenderaan pengangkutan bagi membawa masuk bahan input dan membawa keluar hasil ladang untuk di pasarkan. Lori 1 tan (second hand) dengan anggaran harga RM 10,000 - RM 20,000 menjadi pilihan petani sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana lori tersebut ringan, brkuasa dan mudah untuk diuruskan.

18. Tempat Pelupusan Sisa Ladang

Kawasan untu melupuskan sisa ladang perlu disediakan di lokasi khas. kawasan ini perlu berjauhan dengan kawasan rumah pekerja dan pejabat atau kolam pengairan untuk mengelakkan berlakunya pencemmaran kualiti air, bau, keceriaan kebun dan juga jangkitan kuman kepada tanaman. Elakkan membiarkan sisa ladang tidak diuruskan dengan sempurna kerana ianya akan menjadi perumah kepada bakteria dan kulat di kawwasan kebun. Sisa kumbahan juga perlu di sedikan kolam rawatan khas jika boleh.

19. Makmal Ladang

Makmal ladang merupakan satu keperluan bagi ladang-ladang yang memerlukannya. Makmal akan digunakan untuk membuat analisa hasil atau apa-apa tujuan lain. Makmal memerlukan kos yang tinggi untuk disediakan yang melibatkan bangunan dan alatan serta bahan kimia ujian yang tertentu. Antara ujian makmal ladang seperti kesan sisabaki racun (MRL), kajian penyakit yang mudah diperiksa dan analisa daun.


20. Lain-lain Infrastruktur Ladang

Artikel diatas ditulis berdasarkan kepada pembacaan dan pengalaman penulis yang telah berkecimpong dalam bidang pertanian selama 30 tahun. Kebanyakan usahawan tani atau syarikat swasta yang ingin menceburkan diri dalam sektor pertanian perlu menjimatkan kos pembangunan awal untuk mempastikan kos operasi ladang untuk pembelian input pertanian dan upah pekerja mencukupi. Projek pembukaan ladang untuk tanaman makanan berbeza dengan pembukaan ladang untuk tanaman estet seprti Kelapa Sawit dan Getah yang telah dijanjikan sistem pasaran dan harga lebih terjamin. Tanaman makanan memerlukan infrastruktur yang terbaik untuk menghasilkan prduk dan hasil buah-buahan atau sayur-sayuran yang banyak, berkualiti, berterusan pengeluaran dan harga pasaran yang stabil. Bagi buah-buahan bermusim perlu berhati-hati dalam membelanjakan kos pembangunan awal kerana risiko adalah lebih tinggi.

Diharap para pembaca dapat maklumat yang berguna selepas membaca artikel ini. Terimakaseh.


INFRASTRUKTUR LADANG....SATU KEPERLUAN....
MESTI DIRANCANG...JIMATKAN PERBELANJAAN....
TINGKATKAN KECEKAPAN...TINGGIKAN KEUNTUNGAN...
HASIL LUMAYANAN...KURANGKAN BEBANAN HUTANG....


By
M Anem
Putrajaya
Malaysia

Klon Rambutan di Malaysia


Rambutan (Nephelium lappaceum) merupakan sejenis buah-buahan yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia dari keluarga Sapotaceae. Rambutan adalah sejenis buah-buahan tropika bermusim yang digunakan untuk penghasilan makan segar dan diproses. Terdapat seluas 26,946 hektar tanaman rambutan di Malaysia pada tahun 2011 dengan anngaran pengeluaran hasil sebanyak 86,085 metik tan. Kawasan utama penanaman rambutan di malaysia seperti di Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Penanaman rambutan secara aktif dijalankan sekitar hujung tahun 1970'an dan awal tahun 1980'an didalam program AID (Agriculture Input Diversification Program) Jabatan Pertanian yang membekalkan benih rambutan klon kepada petani diseluruh negara dan memang berjaya. Artikel kali ini saya berminat menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 62 jenis varieti atau klon rambutan yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian semenjak tahun 1933 daripada beberapa buku rujukkan dan lawatan saya kebeberapa pusat dan stesyen pertanian.

Pokok Rambutan merupakan pokok saka yang mampu hidup hingg mencapai ketinggian 20 meter dan hidup sehingga 25 tahun. Saya dapati pokok durian yang ada di Malaysia kebanyakannya ditanam secara dusun campuran dan terdapat disekiling rumah di kampong tradisional. Terdapat beberapa kebun yang menanam rambutan seara tanaman tunggal. Bunga lazim dikeluarlan pada bulan Mac-Julai dan musim mennuai rambutan dari Julai sehingga November setiap tahun. Pokok rambutan menpunyai dahan yang rimbun dan berbuah dibahagian hujung dahan atau ranting. Bunga rambutan banyak dan didebungakan oleh agen pendebungaan seperti kelulut, lebah, semut dan lain-lain serangga.

Antara klon yang popular di tanam dan mendapat permintaan petani dan pemborong adalah Rambutan R156 (Mas gading Muar - kuning), R170 (Deli Cheng), R 191 (Rong Rien atau Anak Sekolah ), R193 (Deli Baling) dan beberapa klon lagi. Kebanyak klon yang ditanam adalah mempunyai ciri-ciri seperti bentuk buah yang besar, manis, lekang, isi yang tebal dan agak tahan lama. Pengalaman saya yang mempunyai beberapa pokok rambutan (Mas Gading dan Deli Cheng) mendapati bahawa pasaran untuk rambutan agak bermasaalah semasa musim utama pennuaian dimana harga boleh dikatakan terlalu rendah. Kadang-kadang buah rabutan Mas gading masak dan kering diatas pokok sahaja. Masyarakat muda masa kini terutama yang tinggal di bandar tidak begitu gemar makan rambutan lagi tidak seperti masa saya budak di kampong dulu.

Berikut adalah 62 klon rambutan di Malaysia yang telah didaftarkan kepada jabatan Pertanian Malaysia untuk pengetahuan bersama:-

1. Rambutan Clones : R1 (Penang No 1/Red Bead 1) ; 1.12.1933 ; Penang

2. Rambutan Clones : R2 (Penang No 2/Read Bead 2) : 1.12.1933 ; Penang

3. Rambutan Clones : R3 (Gula Batu / Penang No 3 / Ping Thing Cheng) ; 1933 ; Penang
4. Rambutan Clones : R4 (Ya Tow /Penang No 4) ; 1933 ; Penang

5. Rambutan Clones : R5 (Ooi Chew) ; 1933 ; Penang

6. Rambutan Clones : R6 ; Hoey Chew Cheng/ Penang No 6 ; 1933 ; Penang

7. Rambutan Clones : R7 ; Twa Liap Thoe /Penang No 7 : 1933 ; Penang

8. Rambutan Clones : R8 ; Big Red ; 1933 ; Penang

9. Rambutan Clones : R9 : Tan Poh Cheng /Penang No 9 ; 1933 ; Penang

10. Rambutan Clones : R10 ; Klang No 1 ; 25.11.1933 ; Klang, Selangor

11. Rambutan Clones : R11 ; no local name ; 1933 ; Klang Selangor

12. Rambutan Clones : R12 ; no local name (LN) ; 1933 ; Goh Hock Huat ; Klang, Selangor

13. Rambutan Clones : R30 ; no LN ; 1933 ; DOA : DOA Selama, Perak

14. Rambutan Clones : R61 ; No LN ; 1936 ; DOA : DOA Task Gelugor Penang

15. Rambutan Clones : R68 ; Chang san No 1 ; 1938 ; Bentong, Pahang

16. Rambutan Clones : R81 ; Ho Kew 1 ; No LN ; 1939 ; Bentong Pahang

17. Rambutan Clones : R84 ; No LN ; 1939 : Bentong Pahang

18. Rambutan Clones : R86 ; No LN : 1939 ; Singapura

19. Rambutan Clones : R99 ; No LN ; 1939 Owner Mr Low Tan : Triang, Pahang

20. Rambutan Clones : R132 ; No LN ; 1940 ; DOA ; Selama, Perak

21. Rambutan Clones : R133 ; No LN ; 1940 ; DOA ; Dinding, Perak

22. Rambutan Clones : R134 ; No LN ; 1943 ; Owner Boey Koh Chong ; Singapore

23. Rambutan Clones : R136 ; No LN ; 1947 ; Owner Hashim Hj Saleh ; Btg Padang, Perak

24. Rambutan Clones : R137 ; No LN ; 1949 ; Owner DOA ; Gajah Mati, Perak

25. Rambutan Clones : R138 ; No LN ; 1949 ; Owner Yap Kan Seng : Baling, Kedah

26. Rambutan Clones : R139 ; No LN ; 1949 : Owner DOA ; unknown origin

27. Rambutan Clones : R141 ; No LN ; 2.2.1941 ; Owner Semik Hj Ismail : Kg Gajah, Perak
28. Rambutan Clones : R153 ; Bunga Mawar ; 1951 ; Owner Arifin Musa ; Kedah
29. Rambutan Clones : R154 ; No LN ; 1954 ; Owner Kolop Manas ; K. Kangsar, Perak
30. Rambutan Clones : R155 ; No LN ; 1955 ; Owner DOA ; Serdang, Slangor

31. Rambutan Clones : R156 ; Gading Mas : Owner Ng Ah Kow ; Muar , Johor

32. Rambutan Clones : R57 ; Telok anson 4 : 1959 ; Owner Siew Sin ; Perak

33. Rambutan Clones : R159 ; No LN ; 1957 ; Owner Hj Hamid Bakar ; Alor Setar , Kedah


34. Rambutan Clones : R160 ; Khaw Thaw Bak ; 1970 ; Unknown owner ; Penang


35. Rambutan Clones : R161 ; Lee Long ; 1970 ; Owner Lee Long : Serdang Baru, Selangor

36. Rambutan Clones : R162 ; Oh Haek ; 1970 ; Owner unknown ; Penang

37. Rambutan Clones : R163 ; PJ ; 1970 ; Unknown owner ; Petaling Jaya , Selangor

38. Rambutan Clones : R164 ; No Local name : 1970 ; Trong, Perak

39. Rambutan Clones : R167 ; Chai Tow Cheng ; 1970 ; unknown owner ; unknown origin

40. Rambutan Clones : R168 ; Che Embong ; 1970 ; Owner unknown ; Kelantan

41. Rambutan Clones : R169 ; Lychee ; 17.6.1970 ; Owner Pertab Singh ; Sg Buloh, Selangor

42. Rambutan Clones : R170 ; Deli Cheng ; 17.6.1970 ; Owner Pertab Singh ; Sg Buloh, Selangor

43. Rambutan Clones : R171 ; Sik 1 ; 1972 ; Owner DOA ; Sik, Kedah

44. Rambutan Clones : R172 ; Taiping 1/ Small Red ; 1973 ; Owner Sudin Don ; Taiping, Perak

45. Rambutan Clones : R173 ; Taiping 2/ Yellow Flesh ; 1973 ; Owner Sudin Don ; Taiping, Perak

46. Rambutan Clones : R174 ; Taiping 3 / gading Merah ; 1973 ; Owner Sudin Don ; Taiping, Perak


47. Rambutan Clones : R 175 ; Taiping 4/ Large Red ;1973 ; Owner Sudin b Don ; Taiping, Perak

48. Rambutan Clones : R176 ; Taiping 5/ gading kuning 1973 ; Owner Sudin b Don ; Taiping, Perak

49. Rambutan Clones : R177 ; Taiping No 6 ; 1973 ; Owner Sudin b Don ; Taiping, Perak

50. Rambutan Clones : R178 ; Taiping 7 ; 1973 ; Owner Teoh Swee Lee ; Taiping, Perak

51. Rambutan Clones : R181 ; Taiping 10 ; 1973 ; Owner Teoh Swee Lee ; Taiping, Perak

52. Rambutan Clones : R183 ; Sik No 2 ; 1980 ; Sik, Kedah

53. Rambutan Clones : R184 ; Rambutan Thai ; 1973 ; Thailand

54. Rambutan Clones : R185 ; Lekang Nyior ; 1980 ; Gurun, Kedah

55. Rambutan Clones : R186 ; Titi Teras ; 1980 ; Gurun , Kedah

56. Rambutan Clones : R187 ; Rapiah ; 1981 : Indonesia

57. Rambutan Clones : R188 ; Acheh Lebak Bulus ; 1981 ; Indonesia

58. Rambutan Clones : R189 ; UKM ; 1981 ; Bangi Selangor
59. Rambutan Clones : R190 ; Binjai ; 1981 ; Indonesia

60. Rambutan Clones : R191 ; Rong Rien / Anak Sekolah ; 1.6.1981 ; Unknown owner ; Thailand

61. Rambutan Clones : R192 ; Ganja ; 1986 ; Pendang , Kedah

62. Rambutan Clones : R193 ; Deli Baling ; 10.7.1971 ; Owner Ayob A Rahman : Baling, Kedah

(YANG BERTANDA BIRU ADALAH KLON POPULAR)


Klon Rambutan yang disenaraikan diatas merupaka satu koleksi yang perlu di pelihara dalam Gene Bank Kebangsaan untuk tujuan penyimpanan janaplasma, gene dan juga pembiakbakaan pada masa akan datang. Banyak lagi klon-klon rambutan yang masih belum didaftarkan untuk tujuan kajian dan penyelidikan. Kita belum dengar klon-klon baru rambutan di hasilkan melalui penyelidikan. Mungkin faktur pasaran dan ekonomi buah rambutan kurang menarik berbanding dengan tanaman-tanaman lain menjadikan industri rambutan semakin kurang popular. Setiap tahun dibangkitkan 'market glood of rambutan' dan masaalah harga yang rendah serta permintaan tempatan yang tidak menentu. Usaha untuk memproses buah durian seperti di Thailand atau buah rambutan melalui 'minimal process' perlu di usahakan. Diharap industri tanaman rambutan tidak akan terus malap pada masa akan datang.


BALIK KAMPONG...TANAM RAMBUTAN...
KLON DI PILEH....MESTI YANG DISYORKAN...
MAS GADING, ANAK SEKOLAH...DAN DELI BALING...
MAKAN RAMBUTAN...KENA BATUK UBATKAN...


By,
M Anem
DOA Muar, Jalan Kamariah,
Muar, Johor,
Malaysia
(Mantan AO Daerah Muar selama 5 tahun)

Monday, January 24, 2011

KHASIAT BUAH-BUAHAN


Buah-buahan adalah tumbuhan yang di kurniakan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia untuk dimakan demi tenaga dan memberikan zat untuk kesihatan manusia. Disini kita lihat bertapa pentingnya sektor pertanian dalam kehidupan manusia semenjak zaman dulu. Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practice) perlu diamalkan oleh petani bagi menghasilkan produk pertanian yang berkualiti, bersih dan yang paling penting selamat di makan. Buah-buahan merupakan satu industri dalam negara kita yang perlu di optimakan penggunaannya. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat denpan pembaca mengenai khasiat buah-buahan terhadap kesihatan manusia berdasarkan satu artikel yang saya baca dari UKM tulisan Wan Hafizah Wan Hassan dan lain-lain sumber pembacaan dari beberapa buah buku dan majalah Inggeris dari perpustakaan.

Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji dan mengatakan bahawa bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak. Cara pemakanan masyarakat Malaysia masa kini juga didapati masih kurang makan buah segar berbanding dengan masyarakat lain didunia. Kadar pengambilan buah-buahan segar masih rendah dan perlu ditingkatkan.

Buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan disamping rasanya yang enak dan sedap. Rasa buah yang manis, masam, masam-manis, lemak serta berair memang sesuai dimakan terutama buah-buahan segar dari ladang. Terdapat juga buah yang diproses untuk disimpan lama atau untuk tujuan ekspot. Ada buah yang diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Berikut adalah 15 jenis buah-buahan dan kaitan khasiat dengan kesihatan manusia untuk tatapan pembaca semua :-

1. Delima Hilangkan Masalah Cacing
Buah Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean dan banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan .

2. Kurma Hindar Gangguan Usus
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

3 Pisang Merawat Kudis dan Luka
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut

4 Mangga Penawar Penyakit Hernia
Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat .

5 Nanas Penawar Penyakit Batu Karang
Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi .

6 Belimbing Merawat Kencing Manis
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi .

7 Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis
Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia .

8 Pala Melegakan Kembung Perut
Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit .

9 Pinang dengan Pelbagai khasiat
Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau .

10 Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung .

11 Sengkuang Cina Penawar Bronkitis
Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu (.

12 Ciku Penawar Buang Air Berdarah
Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku (Manikara sapota). Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi .

13 Pelbagai Khasiat Tembikai
Tembikai (Citrullus lunatus) yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah .

14 Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung
Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.
Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.

15 Betik Selesaikan Sembelit
Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

Berdasarkan kepada maklumat diatas saya rasa buah-buahan perlu digunakan dengan lebih meluas dikalangan masyarakat Malaysia. Maklumat tersebut juga jelas membuktikan kepada kita bahawa buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal. Semuga pembaca dapat maklumat yang berguna untuk kegunaan sendiri atau rakan-rakan.

MAKAN BUAH...BUAH TROPIKA....
RASANYA MANIS....MASAM PUN ADA...
TANAM SENDIRI...LEBIH BERMAKNA....
BACA ARTIKEL....JANGAN TERPESONA....



By,
M Anem
Pulau Aur
Mersing, Johor

Sunday, January 23, 2011

KLON CIKU

Ciku (Manokara sapota syn Achras zapota Linn) adalah sejenis buah-buahan dari keluarga SAPOTACEAE yang ditanam untuk menghasilkan buah segar. Penanaman ciku di Malaysia adalah seluas 1,137 hektar CHE dengan anggaran pengeluaran buah ciku sebanyak 6,550 metrik tan pada tahun 2011 (Laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia 2011). Penanaman ciku adalah bercampur dengan tanaman buah-buahan yang lain secara dusun campuran. Agak sukar untuk mendapatkan kawasan yang menanam ciku secara luas dan tunggal kecuali beberapa lokasi di Melaka, Perak dan Johor. Artikel ini saya menjelaskan beberapa klon ciku yang didafterkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia sebagai menambah ilmu pengetahuan pembaca.



Saya telah membuat beberapa rujukan di Jabatan Pertanian, Perpustakaan UPM dan juga MARDI dan juga internet dimana memang tidak banyak maklumat mengenai tanaman buah ciku dibincangkan. Bagaimana pun saya akan menjelaskan kepada pembaca 16 klon ciku yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia semenjak tahun 1937. Saya pun tidak pasti klon-klon ini masih ada ditanam atau rekod mengenainya masih ujud. Mungkin satu penyimpanan janaplasma pmengenai klon-klon ini perlu di simpan untu tujuan R & D pada masa akan datang. 


Berikut adalah 16 jenis klon yang telah didaftarkan dan yang belum didaftarkan : 


1. Klon Ciku : C4 
Klon ciku ini didaftarkan pada 20.11.1937 oleh Pn Halimah bt Samat dari Lot 1264, Setiawan, Perak. Buah klon ini adalah bulat dengan isi berwarna coklat kemerahan. Rasa buah ciku ini adalah manis, berair dan mempunyai ira isi yang halus. 


2. Klon Ciku : C30 
Klon ciku C30 didaftarkan pad 20.8.1939 oleh En Liew Piang Yam dari Balik Bukit Itam, Balik Pulau, Pulau Pinang. Klon ciku ini juga dipanggil sebagai "Liew Kiew". Buah klon ini adalah besar, kulit nya agak licin dan menpunyai ira yang halus. 


3. Klon Ciku : C41 
Klon ini didaftarkan pada 15.11.1947 oleh Pegawai Jabatan Pertanian. Asal klon ini adalah di Pusat Pertanian Pekan, Pahang. Klon ciku ini mempunyai ciri mutu sederhana, isi berair dan sangat manis. 


4. Klon Ciku : C47 
Klon yang didaftarkan pada tahun 1948 ini di daftarkan Halimah bt Yop dan Hj Isnmail Hj Ibragim serta rakannya Mohd Rashood Md Dali dari 282 Kg Sg Batas Baroh, Bagan Datok, Perak. Buah ciku klon ini berbentuk bulat dan besar.


5. Klon Ciku : C51 
Klon ini juga dipanggil "Ciku Nyonya Cheng" yang didaftarkan pada 6.3.1948 oleh Hock Hin Brothers Ltd dari Mount Eskine, Pulau Pinang. Buahnya besar, kulit berwarna coklat pucat, mutu dan rasanya adalah sederhana. 


6. Klon Ciku : C 53 
Klon ini didaftarkan pada 18.11.1948 juga dipanggil sebagai "Ciku Negeri Sembilan". Ciku ini didaftarkan oleh Jabatan Pertanian yang berasal dari Pusat Pertanian Tangkak, Johor . Pokok ini masih ada dan saya pernah makan ciku ini ketika menjadi AO Daerah Muar Ledang yang jaga stesyen ini. Buahnya mempunyai bentuk tersebdiri dengan rasa yang manis serta seakan berpasir. Ciku ini mempunyai biji yang banyak. 


7. Klon Ciku : C54 
Klon ciku digelar "Ciku Bentong" yang didaftarkan pada 15.12.1950 ini berasal dari Pusat Pertanian Jabatan Pertanian Buntut Pulau, Pahang (Tak pasti kat mana tempat itu...Mungkin Bentang). Klon ciku ini bersaiz sederhana, berbentuk agak bujur dan isinya agak kasar. 


8. Klon Ciku : C55 
Klon ciku ini juga di panggil "Ciku Kelantan" didaftarkan pada 6.12.1950 oleh Jabatan Pertanian. Klon ini berasal dari Pusat Pertanian Buntut Pulau, Pahang dan mempunyai bentuk bulat, isi yang agak kasar serta saiz buah yang sederhana. 


9. Klon Ciku : C56 
Klon ciku ini didaftarkan pada 7.5.1953 oleh Encik Foo Kok Foo yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Buah ciku klon ini adalah berbentuk panjang dan besar. Rasanya manis, isi ira yang halus dan berair serta agak pejal berbanding klon yang lain. 


10. Klon Ciku : C 57 
Klon ini didaftarkan oleh Jabatan Pertanian pada 14.1.1953 dan berasal dari Stesyen Pertanian Ampangan Tinggi, Seremban, N. Sembilan. Buah ciku ini mempunyai saiz sederhana besar dan rasa yang manis. 


11. Klon Ciku : C 58 
Klon ini didaftarkkan pada 14.1.1055 oleh Jabatan Pertanian dan berasal dari Stesyen Pertanian Ampangan Tinggi, Seremban, N Sembilan. Buah ciku klon ini sederhana besar, berukuran 7 cm panjang, berbentuk bujur panjang, tekstur agak kasar dan rasa manis. 


12. Klon Ciku : C59 
Klon yang didaftarkan pada 14.1.1955 ini berasal dari Pusat Pertanian Ampangan Tinggi, Negeri Sembilan. Buahnya besar berbentuk telur ayam dengan rasa yang manis tetapi tekturnya agak kasar. 


13. Klon Ciku : C60 Klon ini didaftarkan oleh Jabatan Pertanian pada 10.1.1956 yang berasal dari Pusat Pertanian Ampangan Tinggi , Seremban, N. Sembilan. Buahnya bersaiz sederhana dengan rasa manis dan berair. 


14. Klon Ciku : C61
Klon ciku C61 juga digelar sebagai " Ciku Betawi" yang didaftarkan pada 7.7.1973 oleh Tn Hj Muhit Kasim dari Masjid Tanah Melaka dan merupakan klon yang popular di tanam di Malaysia. Buah klon ini berbentuk bujur bulat dan mempunyai isi yang manis serta rasa berpasir. Purata anggaran berat 85 gram sebiji. Saya beberapa kali berpeluang melawat pokok induk Hj Muhit bin Kasim semasa bertugas di MIADP dan DOA Melaka selama 14 tahun. Pokok induk telah berumur lebih 50 tahun dan banyak buah. Jabatan Pertanian Melaka masa itu membantu pemilik pokok menjalankan pembiakan ciku betawi.


15. Klon Ciku : C 62
Klon ciku ini lebih di kenali sebagai "Ciku Jantung" yang didaftarkan pada 7.7.1973 oleh Hj Muhit bin Kassim dari Masjid Tanah, Melaka. Buah ciku ini besar dan berbentuk seperti jantung kita. Buahnya besar serta mempunyai ciri rasa yang manis dan ira isi yang agak halus. Purata berat klon ciku jantung seberat 110 gram sebiji. Klon ini adalah salah satu klon ciku popular di Malaysia. Saya pernah melawat pokok induk ciku jantung semasa bertugas di Melaka dulu (1982-1988).


16. Klon Ciku : C63
Klon ini juga salah satu klon popular di Malaysia juga di panggil sebagai "Ciku Subang". Klon ini didaftarkan pada 7.9.1989 oleh pemiliknya Encik Ng Kee dari Kag Baru, Subang, Selangor. Klon ciku subang buahnya bersaiz sederhana besar dan panjang, Rasanya sangat manis dengan ira isi yang halus serta mempunyai bilangan biji yang sedikit. Purata berat buah ini lingkungan 90 gram sebiji. Saya sering makan dan melihat pokok klon ini di Stesyen2 Pertanian dan kebun2 petani semasa bertugas dulu. 


17. Ciku Belun daftar Terdapat beberapa klon ciku yang masih belum didaftarkan tetapi telah popular dan mendapat permintaan yang ramai. Ciku Mega (C19) adalah antara klon tersebut yang di popularkan oleh MARDI kerana potensi menghasilkan buah ciku yang sangat besar. Purata berat ciku mega hampir 3 kali ganda daripada ciku subang dan ciku jantung iaitu 400 gram satu biji. Walau pun begitu, ciku mega C19 masih belum banyak di tanam kerana sukar mendapatkan anak benih yang tulin dan teknologi khusus klon ciku ini perlu di patuhi. Penanaman ciku di Malaysia perlu diberikan nafas baru jika hendak di komersialkan seperti buah Kiwi dari New Zealand dan Australia. Pada saya buah ciku lebih sedap dan enak berbanding dengan buah kiwi. Walau pun warna isi buah kiwi sangat menarik tetapi dari segi "rasa" saya lebih gemar buah ciku. Artikan saya yang lepas ada yang mempaparkan teknologi mencantum pokok ciku tanpa menggunakan 'media peatmoss' dan lebih cepat dari kaedan mengetut tradisional.


KLON CIKU ...ADA 16 DIDAFTARKAN....
KLON CIKU BARU....BELUM REGITSERKAN...
MAKAN CIKU....TIDAK MERUGIKAN....
APA LAGI...KALAU DAPAT FREE SAKAN...


Related articles:
1. Ciku Mega C19 (Klik disini)
2. Nama Lain Ciku (Klik disini)
3. Mengetut Pokok Ciku (Klik disini)
4. Fruit Planting Density (Klik disini)
5. Buah-buahan popular di Malaysia (Klik disini)


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...