KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, June 1, 2010

Klon Ciku C19

Ciku (Achras zapota Linn) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Sapotaceae dipercayai berasal dari negara Amerika Selatan beriklim topika. Buah ini juga dikelani sebagai "Sapodilla" di UK , "chico" di Mexico dan "naspero" di Venezuella. Ada dikalangan kita yang lebih kenal buah Kiwi daripada buah ciku kerana buah kiwi mudah dibeli dari banyak Hypermarket dimana banyak dikeluarkan oleh New Zealand. Artikel ini menoleh kembali Klon ciku C19 yang dihasilkan oleh MARDI sebagai klon yang baru yang mendapat perhatian hebat oleh rakyat Malaysia pada tahun 2000. Kini dah hampir 10 tahun ciku dilancarkan dan adakah anda mudah mendapatkan bekalan ciku C19 segar dipasaran?
Pokok ciku C19 yang berumur 3 tahun di Gersik Muar, Johor.

Saya masih ingat dulu harga sepokok benih ciku C19 antara RM15 - RM30 ketika pelancaran. Itu pun kalau tiada orang dalam yang tolong baru boleh dapat tetapi selalunya sukar untuk dapatkan benih tersebut. Ramai juga petani yang tertipu kerana tidak tahu ciri-ciri sebenar klon Ciku C19 pada masa itu. Klon Ciku C19 didakwa lebih mantap daripada daripada Klon C62 (Ciku Jantung) dan Klon C63 (Ciku Subang). Ini kerana saiz ciku C19 dikatakan bersaiz 3 kali ganda dari klon biasa dan mempunyai isi halus walau pun agak sedikit kelat. Artikel MARDI pada tahun 2000 juga katakan potensi hasil C19 sehingga 7 mt/tahun (Pokok berumur 5-6 tahun).

Pokok ciku C19 mempunyai batang yang tidak berbonggol seperti ciku Subang atau Jantung. Pokoknya cepat membesar dan relatifnya mempunyai kanopi rendah dan sesuai untuk tanaman padat. Ciku C19 mampu berbuah sebiji sahaja setiap tangkai. Ciri ini penting untuk kurangkan serangan ulat (Lalat Buah - Bactocera papayae) dan kulapok hitam. Penjarangan buah juga didakwa tak perlu seperti klon lain. Buah ciku ini berbentuk simeteri dengan bahu buah yang rata. Ia mudahkan proses pembungkusan dan kurangkan kecederaan semasa pembungkusan. Berat buah lingkungan 320-400 gram sebiji (Jantung cuma 90-130 gram/biji dan Subang cuma 80-120 gram/ biji).

Kadar pembentukkan buah C19 sebanyak 10.2% iaitu sama seperti ciku Subang (10.65) berbanding dengan ciku Jantung mempu mencapai 21.0%. Kajian MARDI juga mendapati potensi hasi ciku C19 sebanyak 21.9 mt sepokok berbanding dengan Ciku Jantung (24.4 mt sepokok) dan Ciku Sumabng sebanyak 24.5 mt sepokok. Jika dikira anggaran pengeluaran hasil untuk setahun paling tinggi ialah Ciku Subang (8.3 mt/ tahun) diikuti Ciku Jantung (8.2 mt/ tahun) dan Ciku C19 (7.3 mt/tahun). Buah ciku C19 sesuai dihidangkan segar tanpa perlu dikupas.

Dari segi amalan agronomi ciku C19 sesuai ditanam pada jarak 18m x 18 m pada kepadatan 134 pokok seekar atau orang kampong suka kata sebanyak 336 sehektar. Oleh kerana C19 kurang debunga disyorkan agar ditanam klon Ciku Subang sebagai sumber debunga dalam kebun pada kadar 5-10%. Benih boleh didapati dari sumber Tut atau Cantuman Baji dari sumber-sumber yang telah di sahkan oleh jabatan Pertanian atau MARDI. Ada penjual pasar malam yang bubuh label ciku C19 tetapi pembeli kena pastikan asal usul benih tersebut.

Antara masaalah perosak tanaman ciku C19 seperti lalat buah dan ulat pelipat daun (Banisia myrsusalis) dan buah gugur. Kawalan perosak lalat buah dengan umpan protin atau semburan racun Dimethoate atau Fention dengan kadar disyorkan. Pastikan tidak memetik hasil sebelim PHI tamat. Ulat pelipat daun boleh dikawal dengan semburan racun acephate setiap kali pucuk baru keluar. Kempen lebih kuat untuk penanaman ciku C19 perlu digiatkan lagi. Selama saya bertugas pun belum dapat lihat ladang ciku C19 dimajukan oleh petani komersial dan yang saya lihat cula di pusat2 pertanian dan beberapa individu sahaja. Kemanakah arah penanaman ciku C19 secara komersial di Malaysia?

DIMASJID TANAH MELAKA ... ADA POKOK CIKU....
POKOK TUA DAN BESAR... BUAHNYA PUN LAKU....
ORANG LAMA TANAM....CUCU CICIT YANG SAPU...
CIKU C19 KLON BARU... KE MANA ARAH TUJU....

By
M Anem
Makan Ciku

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...