Monday, June 7, 2010

Ubi Kemili

Ubi Kemili (Stemina tuberosa Lour) merupakan sejenis tanaman jenis umbisi dari keluarga Roxburghiaceae juga dikenali dengan nama Pohon Seratus, Stemona, Pecah Kelambu tetapi dikalangan kaum Jawa di Muar,Johor dikenali dengan nama "Kentang Jembut". Tanaman ini dipercayai tumbuh secar liar dikawasan hutan dan kebun terutama dikawasan tanah yang baru dibuka khasnya kawasan tanah gambut. Tiada maklumat keluasan tanaman ubi kemili di catitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia secara rasmi. Antara kawasan yang ada tanaman ini seperti di Johor (Daerah Batu Pahat, Muar dan Pontian) dan Selangor serta Perak. Penulis menganggarkan mungkin terdapat kira-kira 15 - 25 Hektar tanaman ubi kemili iaitu keluasan CHE.

Tanaman ubi kemili adalah sejenis pokok menjalar diatas tanah serta mempunyai akar rambut. Daunnya berwarna hujau muda dan berkerinting serta permukaan daun yang agak berbulu. Batangnya berwarna hijau muda dan lembut. Buah ubi kemili berada di bahagian akar pokok yang terbentuk dari akar yang membengkak. Saiz buah berbeza-beza dari ukurlilit 3 - 6 cm dan mempunyai kulit yang lembut berwarna hitam. Isinya berwarna putih jernih dan apabila dimasak akan menjadi putih. Ubi kemili mengeluarkan bau yang harum dan enak apabila di masak atau direbus .


Kaedah penanaman ubi kemili menggunakan keratan batang ubi kemili dan dicucukan diatas tanah yang gembur. Amalan bapa saya ialah dengan mencucukkan keratan sepanjang 25 -30 cm (Sebaiknya yang ada akar serabut) diatas tanah gambut sedalam 10-15 cm bahagian pangkal dalam tanah. Tanah gambut bekas tanah bakar merupakan kawasan terbaik untuk tanaman ubi kemili. Jarak tanaman disyorkan 30 cm x 50 cm. Pembajaan jarang2 dilakukan oleh penduduk kampung jika ditanam atas tanah bakar. Pemerhatian telah saya buat dan adalah disyorkan dibuhuh sebanyak 20-30 gm/rumpun baja NPK 15:15:15 dan kemudian baja 12:12:17:2 apabila pokok mulai berbuah.


Ubi kemili mulai berhasil lingkungan 10-12 bulan lepas tanam. Rumpun pokok perlu di buka dibahagian tengah dan di tutup dengan tanah gembor agar menggalakkan pertumbuhan akar dan umbisi ubi kemili. Kerja menimbus dan menutup tanah dengan menggunakan cangkul atau tajak tetapi bahagian pucuk mesti terdedah kepada cahaya matahari. Kaedah menuai ialah dengan mencabut rumpun ubi kemili dan buahnya akan terikut. Kutip biji2 yang tertinggal dalam tanah. Bersihkan daripada tanah dengan membasuh menggunakan bakul buluh untuk buang tanah jika hendak direbus untuk terus dimakan. Bagi tujuan ubi kemili yang hendak dijual tidak perlu dibasuh dulu dan biarkan tanah melekat kerana ianya menjamin ketahanandan kesegarannya .

Ubi kemili sedap di rebus dan dimasukkan garam perasa. Hidangkan semasa panas2 ketika hujan turun diatas pondok di kebun dan memang amat menyelerakan. Belum ada aktiviti untuk memproses produk ubi kemili di jalankan. Penulis amat mengemari ubi kemili dan ada dijual di Air Hitam, Johor dengan harga antara RM 4.00 - RM 5.00 sekilogram. Generasi baru kini mungkin tidak kenal dengan produk baik ini yang saya kira sebagai Produk Organik. Pendedahan kepada petani dan golongan muda perlu dijalankan agar tanamanini tidak pupus dan boleh dijadikan produk berpotensi.


UMI KEMILI.. DIGELAR JUGA 'KENTANG JEMBUT'...
HIDUPNYA SUBUR.... DIATAS TANAH GAMBUT....
KALAU DI REBUS... MAKAN TAK PAYAH JEMPUT...
MAKAN SEDIKIT.... BUKAN KEDEKUT....
MAKAN BANYAK .... TAK HABIS2 KENTUT....
PRODUK ORGANIK...... PERLU DI SEBUT.....


By
M Anem
Putrajaya

2 comments:

Nur Atikah said...

salam. kat mana ye nak cari ubi kemili ni kat area ng.9 dan selangor?

ubi kemili ni ada nama lainnye, ubi keling kan?

M Anem said...

Kawasan tanaman ubi kemili ada dimana Orang2 Jawa Duduk dulu2...Kawasan yang ada di Batu Pahat, Kluang, Banting, Muar...nak beli kat Bandar Air Hitam Johor...Harga RM4.00-^.00 sekilogram.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...