KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, June 8, 2010

SUKUN





Sukun (Artocarpus altilis) merupakan sejenis pokok saka yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara dari keluarga Moraceae seperti juga pokok Nangka dan Cempedak. Terdapat sebanyak 50 spesis pokok sukun (Artocarpus) terutama dikawasan lembab Asia Tenggara dan Polinesia. Pokok ini ditanam di Malaysia secara komersil dan secara campuran dengan tanaman dusun yang lain. Tidak ada data rasmi mengenai keluasan tanaman sukun di Malaysia tetapi penulis menganggarkan lingkungan 300 -450 hektar CHE. Antara negeri yang banyak menanam sukun ialah di Johor, Selangor, Kedah , Kelantan, Sabah dan juga Pahang. Tanaman ini banyak ditanam diatas kawasan batas tanah yang agak tinggi di jelapang padi. Penulis mempunyai pengalaman dalam menanam, mengurus dan memberikan khidmat nasehat dalam teknologi tanaman sukun di Malaysia.


Pokok sukun adalah dari jenis pokok saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Batangnya menegak dengan ukuran garispusat antara 30-50 cm atau lebih lagi. Batang berwarna kelabu coklat dan dari jenis kayu sederhana keras dan mengeluarkan cairan getah. Dahannya terbentuk secara seimbang dan mempunyai daun berwarna hijau serta agak berbulu. Bunga sukun terbentuk dihujung pucuk berwarna coklat kemerahan serta membentuk buah. Buah sukun berwarna hijau cerah ketika muda dan berbentuk bulat atau lonjong. Saiz buah sukun lingkungan 10-30 cm garispusat dengan anggaran berat antara 1-3 kg sebiji. Di Malaysia ada dua jenis sukun iaitu sukun berbiji (Dalam hutan) dan sukun tidak berbiji (Ditanam secara komersil). Saya banyak memberikan bantuan benih tanaman sukun kepada peserta projek 'Keceriaan Kampong" ketika bertugas dahulu.

Bahan tanaman sukun biasanya diperolehi dari sulur akar pokok (terbaik). bagaimana pun untuk pengeluaran komersial benih diperolehi dari tut, Keratan dan cantuman dan jarang2 teerdengar dari biji (Jika ada). Anak benih di masukkandalam lubang yang berukuran 30 cm x 30 cm x 20 cm yang telah dibubuh baja asas dan bahan organan. Jarak tanaman disyorkan ialah 8 meter x 10 meter. Pastikan pokok sukun mendapat cahaya metahari sepenohnya. Pokok sukun cepat membesar dan selepas 1 tahun mencapai ketinggian sehingga 7 meter.

Pembajaan sukun menggunakan NPK 15:15:15 sebanyak 1 kg sepokok untuk tahun pertama dan baja organik. Pastikan menabur baja dengan betul kerana pokok sukun mempunyai akar rambut dipermukaan tanah. Tabur sedikit diluar kanopi pokok. Pokok berbuah selepas 1-2 tahun ditanam dan berikan baja 12:12:17:2 sebanyak 1-2 kg sepokok dan baja organik. Antara masaalah dihadapi ialah serangan ulat pengorek batang yang mampu membunoh pokok jika tidak dikawal. Kawalan menggunakan racun kimia sistemik (Pastikan buah jangan dikutip selepas gunakan racun tersebut sehingga PHI tamat). Ada petani membubuh Furadan 3G untuk kawalan..... tetapi racun ini mempunyai kesan sisabaki yang dalam dalam tanah. Serangga lain ialah Lalat Buah (Bactocera spp), Ulat Pengorek Buah dan juga Mati Rosot. Pokok sukun juga mudah mati jika akar terendam dalam air melebihi 48 jam. Pastikan kaebun mempunyai saliran yang baik.


Pokok sukun di Malaysia memunyai dua musim pengeluaran puncak walau pun ianya berbuah sepanjang tahun. Pemerhatian penulis mendapati di Semenanjung Malaysia poko banyak berbunga pada bulan Feburii/Mac dan Julai /Ogas. Musim punck berbuah pula adalah pada Bulan April/Juun dan Bulan Oktober/ November. Keadaan musim kemarau dan hujan banyak mempengaruhi saiz, bilangan dan kualiti buah. Bagi petani komersial mereka menyediakan sistem pengairan titis dimana diperhatikan dapat memberikan hasil hampir dua kali ganda dripada yang tiada sistem pengairan.


Buah sukun yang matang dikenali dengan permukaan buah yang agak licin dan berwarna hijau gelap atau ada tanda coklat. Jangann biarkan buah sukun masak atas pokok kerana ialanya akan jatuh dan rosak kerana terlalu lembut. Jangan petik buah sukun terlalu muda kerana ianya akan mengeluarkan getah yang banyak dan apabila di goreng tak sedap kerana ada rasa kelat. Petik menggunakan galah panjang dan bersihkan dari getah dan kekotoran. Buah boleh di proses untuk dimakan atau di kumpulkan dan digredkan untuk dijual. Pengalaman penulis yang ada tanaman ini di Muar dan Melaka mendapati harga ladang sukun di kampung sekitar RM 1.00 - RM 1.50 sebiji tetapi di Pasar malam dan Pasar Besar harga lingkungan RM 2.00 - 3.00 sebiji.

Sukun paling sesuai di Goreng dan di makan panas-panas dan di cecah dengan 'sambal kicap cili api'. Cara menggoreng boleh di buat dengan hirisan tebal (1 cm) atau hirisan nipis (0.4 mm) dan terus digoreng atau di celup dengan tepong rangup. Untuk peniaga Sukun Goreng mereka memotong dengan menghiris panjang (10- 20 cm) dan disalut dengan tepong. Biasanya dijual dengan harga RM 0.50 - RM 0.80 sekeping. Satu biji sukun boleh dipotong sebanyak 25-30 hirisan. Sukun juga sangat diminati kerana dibuat "Kerepek Sukun". Hidangan ini sangat tinggi permintaanya di musih Perayaan Hari Raya. Harga kerepek sukun mencecah RM 12.00 - RM 15.00 sekilogram berbanding kerepek ubi kayu cuka RM 8.00 - RM 12.00 sekilogram. Saya memang sangat gemar makan sukun goreng dan kerepek sukun. Ummphhh!

BELI BENIH....NAK TANAM SUKUN.....

BENIH DITEMPAH.... DARI PAK DUKUN.....

GORENG SUKUN......MAKAN MACAM JAKUN....

DI BUAT KEREPEK....TIADA GIGI MELANTUN....


SUKUN, SUKUN..SUKUN.......


By

M Anem

Makan Sukun

Johor
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...