
Penulis mememeriksa buah anggur jenis IAC di Ladang Anggur di Perlis.
Tanaman Anggur (Vitis spp) adalah tanaman berhawa dingin dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan di proses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wine dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Kajian penulis mendapati penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980'an. Dalam membuat rujukkan di Jabatan Pertanian, tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman anggur di Malaysia tetapi penulis menganggarkan sekitar 10-15 hektar CHE. Hanya beberapa lokasi yang ada menanam anggur seperti di Perlis dan yang ada dinegeri lain adalah ditanam sebagai hobi sahaja. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman anggur untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Klon Black Queen (kiri) , Klon Black Opal (Tengah), Klon New White Malagga (Kanan)
Terdapat empat jenis anggur yang sesuai di tanam di Malaysia iaitu Jenis IAC, Jenis Black Queen, Jenis Black Opal dan Jenis New White Malaga. Jenis IAC mempunyai buah berwarna hijau yang matang dalam tempoh 8-12 bulan. Jenis Black Queen mempunyai buah berwarna kehitaman yang matang dalam masa 9-12 bulan sementera Jenis Black Opal mempnyai buah berwarna Hitam Biru yang matang selama 10-12 bulan. Jenis New white Malaga matang dalam tempoh 10-12 bulan dan buahnya berwarna hijau.




Anggur mudah diserang penyakit seperti Antraknos (Collectroticum spp) yang menyerang pucuk dan buah dikawal menggunakan racun yang sesuai. Penyakit lain ialah karat yang menyerang daun dan buah. Penyakit Kulapok Dawny antara penyakit merbahaya jika tidak dikawal akan menyebabkan pokok layu atau mati. Kawalan racun kulat trkawal dapat atasi masalah seranga penyakit.

BUAHNYA ENAK...BUAH ANGGUR...
TANAM SENDIRI... DEKAT DAPUR...
DIJAGA RAPI...TIDAK MENGANGGUR...
DAPAT HASIL ..MESTI BERSYUKUR...
Related article you may read :
1. Avocado (Klik disini)
2. Buah -Fruits (Klik disini)
3. Buah Keras (Klik disini)
4. Cermai (Klik disini)
5. Cermai Belanda (Klik disini)
6. Delima (Klok disini)
7. Nona Kapri (Klik disini)
8. Belimbing Buloh (Kloi disini)
By
M Anem
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok, Muar,
Johor, Malaysia
Orang Johor
(Kemaskini pada 6 Oktober 2013)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.