KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, June 11, 2010

Kedondong


Kedondong (Spondalis dulcis) merupakan sejenis tanaman dari keluarga Anacardiaceae yang ditanam dikawasan tropika termasuk Malaysia dan banyak lagi negara tropika . Kendondong juga dipanggil dengan nama Ambarella, Hevi (Filipina), Mokah (Kemboja), Gway (Myanmar) dan Makak Farang (Thailand) , caja-manga (Brazil), Juplon (Costa Rica) dan sebagainya. Tanaman kedondong kebanyakannya adalah untuk dimakan segar dan juga di proses dalam industri asas tani.
Tanaman kedondong di Malaysia ada yang di komersialkan dimana kebanyakannya masih ditanam sebagai tanaman hobi keliling rumah sahaja. Tidak ada catitan rasmi mengenai keluasan penanaman kendondong di Malaysia tetapi penulis menganggarkan lingkungan 100-180 hektar CHE. Kebanyakan kendondong yang ditanam adalah untuk kegunaan makan segar dalam campuran rojak buah dan diproses menjadi jeruk kedondong. Penulis berpengalaman memberikan khidmat kepakaran teknologi penanaman kendondong ketika menjalankan projek tersebut di Felda Permanis, Segamat Johor seluas 2 hektar pada tahun 1999-2001.

Pokok kedondong merupakan pokok saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 18 meter jika dibiarkan tetapi amalan di Malaysia akan dibuat cantasan agar tidak terlalu tinggi (Lingkungan 7-8 meter). Daun kendondong berwarna hijau kekuningan (Daun muda) dan hijau pekat yang tua dan berbentuk ovate oblong tersusun sebanyak 9-25 daun dalam satu tangkai. Bunganya berwarna putih dan berada dihujung tangkai (Lihat foto sebelah) . Buah kedondong berwarna hijau berbentuk bulat dengan panjang buah lingkungan 6-9 cm secara berangkai. Terdapat kira-kira 7-12 biji buah dalam satu tangkai bergantung kepada umur dan jenis pokok. Buah kedondong isinya berwarna putih kekuningan dan berserabut serta mempunyai biji yang berserabut. Rasa isi buah kedondong adalah masam dan rangup. Belum ada daftar klon atau varieti kendondong di laksanakan dimana kebanyakannya tempatan

Penanaman kendondong menggunakan anakbenih terpilih dari Anak Benih TUT. Pokok Induk dipilih dari pokok yang mempunyai hasil yang tinggi serta ciri-ciri buah yang dikehendakki (Foto sebelah) kemudian proses mengetut dahannya sehingga sedia untuk di alih dalam polibeg. Sediakan lubang penanaman dan isikan baja asas Organik, MOP dan NPK 15:15:15 pada lubang penanaman. Jarak penanaman yang sesuai ialah 4m x 4 m untuk penaman komersial padat dan disesuaikan untuk penanaman biasa. Pokok kedondong cepat membesar dengan amalan pertanian yang baik. Buat cantasan pembentukkan pada batang utama untuk kawal ketinggian lingkungan 2-3 meter bertujuan untuk memudahkan penuaian hasil. Kerja-kerja cantasan di ladang komersial perlu dilaksanakan berkala.

Pokok kendondong mula mengeluarkan hasil dalam masa 6-9 bulan ditanam (Jika gunakan anakbenih matang) dengan bilangan sedikit dan terus meningkat. Buah kedondong keluar sepanjang tahun dan terdapat 2 waktu puncak pengeluarannya. Kutip buah kedondong dengan memotong tagkai buah dan bersihkan serta gredkan untuk terus dijual atau untuk diproses. Bagi jualan segar harga lingkungan RM 1.80 - RM 2.50 sekilogram di Segamat dan untuk tujuan proses dijual dengan harga RM 0.80 - RM 1.50 sekilogram (Bersaiz agak kecil sedikit).

Pokok kedondong tidak mempunyai masalah serangan penyakit dan perosak yang serious. Penjagaan kebersihan ladang penting untuk elakan serangan jelaga hitam yang terdapat pada buah. Kawasan kebun yang mempunyai sistem pengairan serta baja mencukupi dapat memberikan hasil lumayan. Pastikan kebun mempunyai parit saliran baik agar pokok tidak terendam dalam air. Kawalan rumpai perlu dijalankan sama ada secara manual atau kimia yang sesuai. Pastikan aktiviti cantasan sentiassa dipatuhi.

Buah kedondong untuk diproses menjadi jeruk perlu dibasuh dan dibersihkan. Kupas kulit buah kedondong dan biarkan dalam keadaan bulat (Gambar sebelah) . Ada pengusaha yang tidak membuang kulit hijau tetapi hasilnya tidak menarik. Buah tersebut dimasukkan dalam bekas khas yang mengandungi larutan untuk dijeruk (Bahan kimia digunakan mengikut kepakaran pengusaha) selama 7-14 hari. Buah kendondong siap dijeruk di bungkus dan dilabel untuk dijual di Kedai atau pasar Malam.

MAKAN KEDONDONG... BUKAN MENGIDAM.....
BUAHNYA MASAM.....PERLU DIRENDAM....
DAH JADI JERUK.... BARU BOLEH MAKAN...
TANAM SENDIRI.... BOLEH KASI JIRAN...


By
M Anem
Muar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...