Support My Blog

Saturday, December 30, 2023

DAPUR TIDAK BERASAP

Pada penulis blog peribahasa 'DAPUR TIDAK BERASAP' adalah satu peribahasa yang agak unik kerana kiasan menggunakan dapur yang selalu digunakan untuk aktiviti menyediakan makanan akan tetapi tidak ada asap keluar menberitahu semua bahawa penghuninya tidak memasak untuk makan. Apa pun penulis blog berpendapat kiasan ini hanya merujuk kepada sapur kayu tradisional di kampong yang masih menggunakan kayu api yang lazimya akan mengeluarkan asap apabila di bakar semasa memasak.  Dapur ini memang terletak diatas rumah kayu tradisional seperti rumah penulis blog zaman dulu sekitar tahun 1970'an sehingga 1980'an sebelum menjadi rumah batu kemudiannya. Kini kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun menggunakan dapur gas yang memang kurang asapnya berbanding dengan bahan bakar kayu atau pun ramai yang sudah menggunakan dapur eletrik (ada pelbagai model dari oven, microwave, ketuhar sehingga kepada air fryer). Bagaimana pun merujuk beberapa sumber dimana peribahasa 'Dapur tidak berasap' sebenarnya ia bermaksud sebagai 'Terlalu miskin'. Kiasan ini mungkin punyalah miskin seseorang atau keluarga itu sehingga tidak mampu memasak makanan untuk dinikmati. 
Penulis blog dahulu sering mendengar istilah .Miskin Tegar', Miskin dan Miskin Sementara semasa menjalankan tugas. Akan tetapi sekarang ini sudah banyak istilah yang digunakan iaitu Moskin Tegar, Miskin, B40, M40 dan T20. Istilah ini pada penulis blog dimana B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia (DOSM) yang bertanggungjawab untuk menjalankan survei atau kajian terhadap julat pendapatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Penulis blog merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dimana definasi miskin adalah 'tidak berharta benda, serba kekurangan (dalam barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya peribahasa kebijaksanaan itu lebih juga daripada kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan. (Sumber - Kamus Dewan Edisi Keempat). Menarik juga jika dikongsikan apakah beberapa perkataan lain yang sinonim dengan miskin antaranya adalah fakir, papa, daif, susah, payah, melarat, merana, merempat, menderita, sengsara, azab, kedana, sarit, bapet, bulus, bangsat, sengkek, makan dawai, makan kawat, makan kerawit, makan tali, makan tanak, makan nasi dengan garam, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Apa pun lazimnya ada dua perkataan atau kata terbitan mengenai miskin yang digunakan iaitu 'memiskinkan' dan juga perkataan 'kemiskinan'. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maksud peribahasa diatas dengan pertanian dan meklumat kemiskinan yang lain untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dilaporkan bagi mengekalkan keaslian makanan warisan maka kalangan masyarakat zaman dahulu mempunyai peralatan yang khusus untuk memasak. Peralatan-peralatan yang digunakan mempunyai fungsi yang tersendiri dan direka untuk memudahkan kerja-kerja di dapur. Ia juga dibuat menggunakan sumber-sumber yang terdapat di sekeliling mereka dan kebanyakannya berasaskan kayu, tanah liat, batu, seramik, besi, buluh, lidi, daun mengkuang, besi dan tembaga. Peralatan dapur ini perlu diketengahkan kerana ia merupakan warisan zaman dahulu yang perlu diberi pendedahan kepada generasi kini. Selain itu, pendedahan peralatan ini boleh membantu untuk dikomersialkan dan diinovasi selaras dengan teknologi terkini. Rakyat Malaysia sejati mempunyai identiti mereka tersendiri iaitu baik dari segi cara hidup, percakapan, budaya dan paling utama pada penulis blog adalah makanan dan cara masakannya. Namun begitu perubahan berlaku seiring peredaran masa dimana ada banyak rutin tradisional telah dilupakan dan semakin terhakis dihambat arus kemodenan. Tidaklah bermaksud kemodenan itu sesuatu yang negatif ataupun membawa keburukan kerana perkembangan teknologi sememangnya membantu hidup menjadi lebih mudah dan menyenangkan, namun jauh di sudut hati penulis blog pun rindu akan cara hidup tradisi dahulu yang tradisional. Seronok juga apabila dapat sesekali mengimbau kembali memori di mana tugasan seharian masa dulu terutamanya memasak dimana ia perlu dilakukan dengan penuh tekun dan usaha yang bukan sedikit. Hasilnya adalah makanan dinikmati dengan cukup memuaskan melalui rasanya apabila sesuatu hidangan telah siap terhidang di depan mata. Ingatan mengimbau danmeneroka kembali bagaimana caranya orang-orang Malaysia zaman dahulu memasak dengan dapur kayu adalah unik. Ia tidak seperti menggunakan dapur elektrik atau dapur gas, memasak menggunakan dapur kayu memerlukan teknik yang tersendiri dan mengambil masa yang lama. Bahan bakarnya ialah terdiri daripada ranting kayu, dahan-dahan kayu yang kecil dan juga batang kayu yang dipotong. Pertama sekali adalah api perlu dihidupkan menggunakan ranting atau dahan kayu yang kecil terlebih dahulu agar mudah untuk api menyala atau ‘lekat’. Sebolehnya kita harus mengelakkan menggunakan minyak tanah untuk menghidupkan api di kayu kerana akan meninggalkan bau pada makanan kelak. Setelah api mula hinggap di dahan kayu yang kecil tersebut baharulah batang kayu yang lebih besar akan diletakkan menjadi bahan bakar. Seterusnya adalah makanan yang ingin dimasak akan diletakkan di atas tungku di sekeliling api dan api tersebut perlu pandai dikawal supaya makanan tidak menjadi hangit. Apa yang istimewanya memasak menggunakan dapur kayu ialah aroma smoky ataupun kayu bakar yang akan terhasil pada nasi ataupun air yang direbus, menjadikan ia sememangnya rasa dan memori yang sukar dilupakan.


Asap (Smokes) merupakan wap atau gas yang terhasil daripada proses seperti pembakaran. Dari segi teori apa yang saya baca, asap ini dapat dibezakan mengikut huraian istilah yang sesuai untuk digunakan. Asap Air adalah gas yang dihasilkan daripada air yang mendidih atau ia lebih mudah dipanggil sebagai 'Wap Air'. Asap Air telah banyak digunakan didalam industri untuk memasak bahan mentah. Ia juga telah mengerakkan keretapi zaman dulu. Asap Api pula merupakan asap yang terhasil daripada pembakaran bahan asas yang terbakar. Asap api ini mempunyai warna berbeza mengikut jenis bahan bakar. Kalau bahan dibakar terdiri daripada bahan organik seperti tanah gambut, kayu, rumput, daun pokok, batang pokok dan sebagainya, ia lazimnya akan berwarna kebiruan hingga kehitaman. Bahan bakar daripada bahan getah, plastik, polimer pula menghasilkan asap yang berwarna hitam pekat dengan bau yang kuat. Asap daripada pembakaran minyak petrol kenderaan juga dapat kita bezakan antara minyak petrol premium dengan minyak disel. Asap Belerang atau asap daripada gunung berapi juga merupakan asap yang terhasil daripada kepanasan magma dari dalam perut bumi yang keluar melalui kerak bumi pada puncak gungung berapi. Saya dapat melihat asap belerang ini ketika melawat gunung berapi Indonesia beberapa kali. Saya juga berada di Filipina selepas seminggu berlaku kejadian letupan Gunung Pinatubo iaitu semasa berkursus di SEARCA, Los Banos. Asap Beracun adalah asap yang mengandungi bahan racun sama ada terhasil daripada proses semulajadi atau diformulasi untuk tujuan industri. Saya ada menulis artikel bertjuk 'Asap dan Pertanian' yang sesuai dibaca dengan membuat pautan seperti berikut (Sila Klik Disini)
Amalan membakar sisa ranting, dahan, daun kering dalam dusun termasuk dusun durian hasilkan asap. Penulis blog sendiri campakkan ranting dan daun diatas api dan hasil dari pembakaran sisa organik seperti kayu dan daun-daun tumbuhan yang dibuat dikawasan tanaman buah-buahan disekeliling rumah amat lazim dijalankan. Saya ada menulis kepentingan asap di kebun durian dan boleh di baca dengan pautan (Sila Klik Disini). Pembakaran ini sering dijalankan oleh tuan rumah pada waktu pagi atau petang dengan tujuan asalnya adalah untuk membersihkan sampah sarap dikawasan rumah dikampong tradisional. Selain daripada kawasan rumah jadi bersih, ramai dikalangan kita kurang menyedari akan kesan aktiviti pembakaran tersebut dalam bidang pertanian. Pemerhatian dan kajian penulis blog mendapati dimana asap yang dihasilkan akibat dari proses pembakaran bahan organik membantu didalam mengawal musuh dan serangga perosak pada pokok buah-buahan. Ini kerana lazimnya asap ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai 'Nafthalene gas' yang menghalau banyak jenis serangga perosak tanaman.


Menarik kisah dalam utusan.com bertajuk 'Kerana Rahmah, dapur tidak berasap?' untuk ditulis semula dan dijadikan bahan rujukkan. Ini kerana dilaporkan rata-rata pembeli akan tersenyum riang apabila menu Rahmah diperkenalkan. Program Menu Rahmah dilancarkan 31 Januari 2023 dimana ia menyasarkan keperluan makanan harian bagi golongan berpendapatan rendah. Menu ini ialah hidangan tengah hari atau malam yang seimbang dan lengkap dengan karbohidrat daripada nasi, sumber protein seperti ayam atau ikan dan sayuran. Ia menawarkan harga berpatutan iaitu RM 5.00 sepinggan dan dilaporkan ada hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara melalui program ini. Formulanya lebih kurang sama seperti formula menu untuk rakyat yang pernah diperkenalkan kerajaan 12 tahun dulu. Namanya sahaja berubah. Pun begitu sekurang-kurangnya rakyat ada pilihan. Hakikatnya jika berlaku sebarang perubahan itu dimana ia boleh sahaja dilakukan lebih-lebih lagi kalau ia keluar daripada arahan kerajaan. Apa yang lebih penting adalah ekurang-kurangnya penggguna nampak ada berlaku kerjasama antara kerajaan dengan pemain industri makanan dan minuman dalam menjayakan program ini. Sebenarnya menu Rahmah ini pun tidak jauh berbeza daripada menu yang saya atau kita nikmati hampir setiap hari di tempat kerja atau sekolah iaitu ada nasi, lauk dan sayur. Akan tetapi imungkin harganya kadangkala melebihi RM10. Pendapat penjual makanan menyatakan harga naik sebab semasa membeli bahan mentah dari pasarpun harganya sudah tinggi. Mahu atau tidak kenalah di jual pada harga berpatutan. Siapa yang mewajarkan harganya pun tidak ada yang mampu untuk menjawabnya. Sebagai pelanggan selalunya bayar sahaja dimana kalau terasa mahal atau harga melampau maka pelanggan tidak berkunjung lagi buat kali kedua. Namun agak berlainan apabila menu Rahmah ini diperkenalkan dimana tiba-tiba ramai pula peniaga yang mampu turunkan harga makanan dijual. Apa yang nyata harga berkenaan mampu memikat pembeli dan mendapat sambutan hangat daripada pelanggan. Selalunya kalau sekali dua tidak laku maka jangan cepat salahkan kerajaan tidak bijak menangani situasi sebab risiko dalam perniagaan itu bagaikan isi dengan kuku. Menu ini dilaporkan hanyalah suatu pilihan kepada pembeli dan jangan beri kebergantungan sepenuh kepadanya. Sebaiknya janganlah sebab ada Rahmah pengguna akan lupa hingga dapur langsung tidak berasap. Digalakkan juga agar semua mengusahakan memasak sendiri untuk keluarga. Rakyat Malaysia umumnya walau pun katanya berada dalam kesukaran hidup akan tetapi masih ramai suka makan di kedai yang nyata memang tinggi kosnya khususnya bagi orang yang datang berkeluarga. Sebaiknya buatlah  pesanan makanan jangak berlebihan sehingga dibuang begitu sahaja.   Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAPUR TAK BERASAP...TERLALU MISKIN DIA...
KEMISKINAN TEGAR... MASIH ADA DI MALAYSIA...
BANYAK KATEGORI...  BANYAK BANTUANNYA....
MENU RAHMAH... BUKAN PENYELESAIANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 RabiulAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...