Support My Blog

Thursday, December 7, 2023

BURUNG TERBANG DI PIPISKAN LADA

Manarik pilihan peribahasa lama iaitu 'BURUNG TERBANG DI PIPISKAN LADA' untuk ianya dikupas dan dikongsikan maklumat berkaitan dengan peribahasa ini dalam teknikal pertanian. Pada penulis blog mereka yang cipta peribahasa ini memang seorang yang hebat kerana dengan cara dia cuba mempipiskan (atau melumatkan) lada sebagai cara untuk menangkap burung yang sedang terbang yang memang sukar untuk menangkapnya. Apa pun merujuk kepada 
Kamus Dewan Edisi Keempat "Burung Terbang Dipipiskan Lada" bermaksud sudah bersedia untuk mengharapkan hasil yang belum diperolehi atau dengan erti kata lain seseorang yang mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Ia bermaksud dimana 'mengharapkan sesuatu yang belum pasti adalah sia-sia sahaja'. Sebagai contoh dimana ayat ini mungkin akan memberikan kefahaman 'Apa yang Ahmad lakukan adalah seperti burung terbang dipipiskan lada kerana mengharapkan tawaran kemasukannya ke Universiti Tempatan Sessi tahun ini sedangkan kelayakan SPM yang dia perolehi adalah tidak menepati syarat minima kelayakan masuk universiti yang di pohon'. Dalam beberapa tulisan ada dinyatakan dimana maksud sebenar burung terbang dipipiskan lada ialah burung yang sedang terbang sangat sukar atau dianggap mustahil untuk ditangkap. Namun begitu, burung itu belum tentu dapat ditangkap walau pun lada sudah dipipiskan untuk memasak burung itu dijadikan lauk sebagai hidangan enak yang diinginkan. Penulis blog ada mendapatkan serangkap pantun menarik terkait dengan peribahasa ini dalam buku Sejarah Melayu seperti berikut iaitu :Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada; Apakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada'
. Mendengar rangkap pantun ini emang agak kecewa jik ia dilakukn juga. Apa pun artikel pada petang Selasa ini sambil menonton perlawanan Piaala AFC diantara JDT dengan Ulsan Hyindai dalam laptop lain saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai satu peribahasa berkaitan dengan burung dan lada untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Merujuk kepada sebuah portal detik.com yang bertajuk 'Makan daging burung yang halal' sesuai dikongsikan. Selain ayam memang ada banyak jenis unggas yang sering diambil menjadi makanan dimana ia juga termasuk berbagai jenis burung. Dalam Islam jenis daging burung halal dimakan asalkan tidak memiliki kuku dan cakar. Ada ramai
 yang bertanya soal kehalalan daging burung dimana ia adalah haiwan yang boleh terbang ini termasuk dalam kategori makanan halal. Namun ternyata tidak semua jenis burung halal dimakan oleh umat muslim. Memang daging burung memang tidak disebutkan secara spesifik dalam Al-Qur'an namun burung termasuk dalam makanan thayyibat yang artinya baik, enak dan menyehatkan. Jadi daging burung halal dimakan. Tercatat dalam Al-Quran Surat Al-Baqarah: 172: 'Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.' Daging burung tidak disebutkan secara khusus seperti daging babi dan beberapa jenis makanan yang haram dimakan umat Islam. Dalam surat Al-Baqarah ayat 173 disebutkan, 'Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'Mengikut Imam Syafi'i yang menentukan standard halalnya haiwan dengan prinsip bahawa segala haiwan hukumnya halal kecuali ada dalil dalam Al-Quran atau hadis yang melarangnya, ditambah dengan pertimbangan apakah makanan tersebut dianggap menjijikkan atau tidak'. Ini bermakna burung termasuk haiwan halal namun tidak semua jenis burung halal dan boleh dimakan sebab ada beberapa ciri burung yang boleh dimakan. Ciri-ciri burung yang halal adalah setiap burung yang punya lingkaran di lehernya, sedangkan ciri-ciri burung yang haram adalah setiap burung yang mempunyai kuku atau cakar untuk melukakan mangsanya. Burung bercakar antara lain Burung Helang, Rajawali, Burung hantu dan burung yang memangsa daging haiwan lain. Sementara jenis burung seperti burung dara, merpati, belibis ataupun burung pipit boleh dan halal dimakan. Jadi bagi umat muslim yang ingin makan daging burung pastikan makan yang hukumnya halal.


BURONG PUYOH PEDAGING
(Cortunix japonica) atau Quail (English) merupakan sejenis burung yang boleh diternak. Burung ini merupakan satu jenis burung yang menghasilkan daging puyoh. Burung ini merupakan satu industri yang berpotensi untuk diceburi oleh mereka yang berminat dalam projek ternakan burung. Pengeluaran daging puyoh di Malaysia sebanyak 3,260 metrik tan pada tahun 2013 dan pengeluaaran telur puyoh pula direkodkan sebanyak 1,760 mt pada tahun yang sama. Kajian JPV juga mendapati kadar penggunaan daging puyoh sebanyak 0.104 kg seorang setahun dan penggunaan telur puyoh sebanyak 0.063 kg pada tahun 2013. Rekod JPV juga ada menunjukkan terdapat seramai 82 orang penternak burung puyoh daging dan 22 orang penternak puyoh telur di Malaysia. Kebanyakan penternak berada di sekitar Melaka, Selangor, Perak dan Johor. Negeri-negeri lain agak kurang bilangan penternak puyoh. Kajian juga mendapati terdapat 12 usahawan atau syarikat yang mengeluarkan dan menjual anak puyoh daging dan seorang pengeluar telur baka. Ada kepercayaan orang ramai menyatakan telur dan daging burung puyoh mengendungi kolesterol yang tinggi tetapi kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar menyatakan sebaliknya. Daging puyoh mendapat permintaan yang tinggi dar semasa kesemasa dan mengandungi kandungan lemak yang rendah. Hidangan daging puyoh goreng ada dijial di Pasar Tani, Pasar Malam, Restoren, Hotel-hotel dan banyak lokasi lagi. Lazimnya daging puyoh berempah akan dijual pada harga ladang RM 4.00 - RM5.00 seekor bergantung kepada saiz dan premis jualan. Sila baca penternakan puyoh dalam blog ini dengan pautan (Sila klik disini) untuk mendapat info lain. 
Bagi menternak puyoh ia perlukan rumah atau reban khas. Keperluan bangsal atau reban puyoh adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging. Saya dapati bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan buah atau lapan bangunan. Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi keperluan kawasan untuk mendirikan bangsal atau reban puyoh semestinya mencukupi. Saiz rumah bangsal puyoh untuk mengisi sebanyak 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan sekor sebanyak 210 cm persegi.


Makan daging burung memang enak termasuk jenis burung puyoh. Penulis blog dapati memang ada banyak cara menikmati daging burung puyoh tetapi yang paling lazim dimakan dan sesuai untuk dikongsikan akan RESEPI PUYUH GORENG BEREMPAH yang menjadi kegemaran penulis blog untuk memakannya sama ada disediakan sendiri di rumah atau meenikmatinya di Restoren Tomyam di mana-mana sahaja (Sila lihat foto disebelah). Burung puyuh liar memang tidak boleh terbang manjadikan peribahasa 'Burung Terbang di pipiskan lada' kurang sesuai digunakan untuk burung seperti ini. Apa lagi sekarng untuk mendapatkan burung puyuh siap proses sejuk beku memang mudah diperolehi daripada pasaraya atau mana-mana kedai mart yang menyediakan daging burung puyoh ini. Bagi menyediakan sendiri kuliner ini perlua ada bahan-bahan seperti 3 ekor burung puyuh ynang sesuai dikerat kepada dua (Saiz seorang sahaja makan), 1 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, 1 inci halia, 1 inci lengkuas, 2 batang serai dimana ia perlu di hiris, 1 tangkai daun kari, 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin), 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar, 1/2 sudu kecil serbuk cili, garam secukup rasa serta bahan minyak masak untuk mengoreng. Jangan lupa sediakan satu (1) tangkai daun kari yang akan diletak masa semasa hendak menggoreng. Cara memasak dengan mengisar semua bahan diatas kecuali minyak dengan pengisar kering (jangan letak air). Kemudian dilumurkan ramuan tersebut kepada seluruh puyuh (kalau ada masa boleh juga diperap dulu untuk lebih sebati). Panaskan minyak didalam kuali dengan api sederhana dan kemudian dimasukkan puyuh kedalam kuali dan digreng. Sebaiknya setelah minyak panas di masukkan bersama daun kari hingga masak dikedua bahagian puyuh dengan api sederhana. Sentiasa dijaga dan diterbalikan agar tidak terlalu hangus yang mengurangkan kelembutan dagingnya dan ditoskan. Enak dimakan begitu sahaja atai dijadukan lauk dimakan bersama dengan nasi putih. Peribahasa 'Burung puyuh dipipiskan lada' adalah lebih tepat digunakan kali ini. 
Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
BURUNG TERABANG... DIPIPISKAN LADA...
MEMANG TIDAK DAPAT... UNTUK MAKANNYA...
JANGAN DIHARAP... BELUM PASTI PUNCANYA...
TERUSKAN USAHA...BAGI MENDAPATKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(13 Rabiulakhir 1445H).
Posted from:
Taman Cendana, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...