Support My Blog

Saturday, December 16, 2023

JENIS KELAPA RENDAH TERPILIH - APA DIA (PART 4)

KELAPA RENEK (Dwarf Coconut)
merupakan salah satu kumpulan kelapa yang ada di tanam di Malaysia selain daripada Kelapa Tinggi (Tall Coconut) dan juga Kelapa Hibrid (Hybrid Coconut). Industri kelapa di negara ini dilihat semakin cerah berdasarkan peningkatan permintaan terhadap produk-produk sediada dan pelbagai produk baru. Produk sediada seperti kelapa parut, kelapa parut kering, kerisik, santan kelapa, serbuk santan dan minyak kelapa manakala produk-produk baru yang ditambah nilai samada dalam bentuk makanan atau bukan makanan seperti minyak kelapa dara (VCO), jeli kelapa, nata de coco, kelapa muda, karbon teraktif dan produk kraftangan berasaskan kelapa. Pada penulis blog yang memang lama terlibat terus dengan industri kellapa di Mlaysia mendapati dimana ada program pembangunan khas industri kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia sejak tahun 1970'an oaotu Program Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) dengan penanaman kelapa varieti Malayan Tall (CN1) yang dihentikan pada tahun awal 1980'an. Kemuidan dalam setiap Rancangan Malaysia di laporkan pembangunan kelapa adalah melalui Bahagian Pembangunan Tanaman Industri, Padi dan Florikultur (PTIF) kemudian telah mengesyorkan varieti kelapa MATAG (CN13, CN14 dan CN15), MAWA (CN3) dan Kelapa Pandan CN6 ( dimana saya pernah bertugas di Jabatan Pertanian masa itu. Kelapa varieti ini adalah ditanam untuk ditanam oleh petani terutama di Johor, Selangor dan Perak dan beberapa kawasan di negeri lain. Kesemua varieti bari ini dilaporkan ia mampu untuk berikan hasil yang tinggi. Penanaman Kelapa MATAG yang mana ia adalah jenis kelapa hybrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang antara Kelapa Rendah Malaya (Malayan Red Dwarf - MRD) atau Kelapa Rendah Kuning (Malayan Yellow Dwarf – MYD) dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Ketinggian pokok Kelapa MATAG boleh mencapai 15 meter. Pada penulis blog lihat dimana ciri daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau, oren atau keemasan bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Purata bilangan buah Kelapa MATAG dianggarkan sebanyak 140 biji/pokok/tahun. Potensi hasil dengan density penanaman 178 pokok/ha ialah sebanyak 25,000 biji/ ha/ tahun. Bilangan buah setandan di antara 10 - 22 biji. Kemudian dulu popular di perkenalkan varieti Kelapa MAWA yang juga merupakan sejenis kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok boleh mencapai ketinggian sehinggan 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan di antara 14 - 16 biji. Bagaimana pun pengeluaran benih kelapa MAWA oleh Jabatan Pertanian telah dihentikan pada tahun 2015. Dalam pada itu jenis Kelapa Pandan atau dinamakan sebagai 'kelapa wangi' atau ‘aromatic dwarf’. Ia mula diperkenalkan di Thailand pada sekitar tahun1971 dan dikenali dengan nama ‘Makprow Nam Horn’, kini mula popular di negara ini. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Kelapa pandan jenis rendah dihasilkan secara pendebungaan terbuka dan ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Buahnya berwarna hijau, kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Boleh mengeluarkan sehingga 10 - 22 biji bagi setandan. Anak benih pokok pandan mudah dikenali melalui aroma pandan pada hujung akar yang dihancurkan atau aroma pandan yang terhasil apabila pada bahagian bawah lai daun yang dilayur dengan api tetapi terkini kaedah paling tepat adalah melihat ciri khasnya (Sila Klik Disini). Artikel pada petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan bincangkan 8 jenis kelapa rendah atau Kelapa Renek (dwarf veriety) yang ada di Malaysia untuk dijadikan pilihan pekebun kelapa di seluruh Malaysia amnya sebagai bahan rujukkan.


7.  KELAPA GADONG GREEN DWARF (CN26)

Kelapa Renek Gadong Hijau ini telah didaftarkan pada 22 Jun 2023 dengan nombor daftarnya CN26 atas nama Gadong Green Dwarf oleh pendaftarnya iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd yang beralamat di Sg Seliseh, Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor. Penulis blog sejak dulu ada mengikuti dengan sistematik bagaimana varieti kelapa renek ini yang asalnya dipercayai ia berasal dari Vietnam di bawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 2015 lagi. Proses ini adalah cara untuk dijalankan ujian mengikut prosedur ketat oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Kelapa ini dipercayai merupakan Kelapa Vietnam Green Dwarf yang berprestasi baik di negara tersebut sehingga menjadi salah satu varieti kelapa renek yang luas di komersilkan disana. Penulis blog juga ada membuat tinjauan di beberapa buah ladang yang menanam dengan agak luas varieti Kelapa Renek Gadong Hijau ini termasuk yang sudah berbuah di Ladang Kelapa Bertam, di Hulu Selangor dan di Ladang Kelapa BCF di Johor. Varieti ini dilihat sudah berbuah dalam masa 3.0 - 3.5 tahun dengan bilangan buah diantara 10 -15 biji setandan dan purata saiznya adalah agak lebih besar daripada kelapa MRD, MGD dan MBD. Bagaimana pun ada ciri agak unik kerana saiz perdu pokok varieti ini ada yang memang bercirikan pokok kelapa renek (tiada kaki gajah) dan ada pokok yang bersaiz besar berkaki gajah seperti pokok kelapa tinggi. Apa pun dari segi prestasi dimana pokok kelapa varieti ini mampu berbuah awal jika di nilai sama sahaja dari aspek penanamannya. Penulis blog juga ada beberapa kali dapat membuat tinjauan nurseri benih Kelapa Gadong Green Dwarf ini dahulu dan dilaporkan yang mereka mampu mengeluarkan anakbenih dengan jumlah yang banyak anakbenih kelapa ini tetap perlu membuat tempahan awal dahulu. Mereka yang berminat untuk menanam kelapa ini boleh berhubung terus dengan syarikat pendaftar kelapa varieti ini iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd untuk membuat tempahan. Pada penulis blog menilai yang varieti ini sangat berpotensi untuk di tanam di Malaysia berdasarkan prestasi awal yang telah saya buat tinjauan di dua ladang beberapa kali.


8.  KELAPA GADONG BROWN DWARF (CN28)

Kelapa Renek Gadong Coklat ini telah didaftarkan pada 22 Jun 2023 dengan nama Gadong Brownn Dwarf atau nombor daftarnya CN28 oleh pihak pendaftarnya iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd yang juga ia beralamat di Sg Seliseh, Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor. Penulis blog ada mengikuti dengan kerap bagaimana varieti kelapa renek ini yang mana ia dipercayai ia berasal dari Vietnam di bawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 2015 lagi untuk dijalankan ujian mengikut prosedur ketat oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Kelapa ini dipercayai merupakan Kelapa Vietnam Brown Dwarf yang berprestasi baik di negara yersebut sehingga menjadi salah satu varieti kelapa renek yang agak luas ia di komersilkan penanamannya disana. Penulis blog juga ada membuat tinjauan di beberapa buah ladang yang menanam dengan luas varieti Kelapa Renek Gadong Hijau di Ladang Bertam, di Selangor dan di Ladang Kelapa BCF di Johor. Varieti ini dilihat sudah berbuah dalam masa 3.0 - 3.5 tahun dengan bilangan buah diantara 10 -15 biji setandan dan saiznya adalah jauh lebih besar daripada kelapa MRD, MGD dan MBD. Bagaimana pun dalam dilihat pengeluaran buah kelapa ini pada peringkat awal ada mengeluarkan buah besar bersama putik buah kecil yang unik (Sila lihat foto dibawah). Ia dilaporkan berlaku apabila pokok kelapa ini baru belajar berbuah dan akan stabil apabila pokok berumur 5 tahun kelak.  Apa pun dari segi mula menghasilkan buah awal ia dilihat sama sahaja jangkamasanya. Penulis blog ada beberapa kali membuat tinjauan syarikat nurseri benih Kelapa Gadong Brown Dwarf ini dan mendapati mereka mampu mengeluarkan anakbenih dengan jumah yang banyak tetapi perlu dibuat tempahan awal dahulu.

Petani yang berminat untuk menanam kelapa ini boleh berhubung terus dengan syarikat pendaftar kelapa varieti ini iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd untuk membuat tempahan. Pada penulis blog mendapati varieti ini sangat berpotensi untuk di tanam di Malaysia berdasarkan prestasi yang te;ah saya buat tinjauan di dua ladang beberapa kali. Menanam kelapa renek di Malaysia dilihat ia ada kelebihan tersendiri dimana antaranya pokok cepat berhasil (3-4 tahun), bilangan kepadatan pokok tinggi sehektar (272 pokok/ha), jumah tuaian buah yang lebih banyak sehektar, sesuai untuk memetik kelapa muda dan kelapa tua, selesaikan menunggu anakbenih kelapa hibrid (seperti benih MATAG dsb) yang sukar diperoleh anakbenih F1 dan juga sesuai ditanam di semua jenis tanah. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaa blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

KELAPA RENEK...IA RENDAH SAHAJA....
CEPAT BERBUAH...TIGA TAHUN SAJA....
BUAHNYA KECIL... BANYAK JUMLAHNYA...
MARI TANAM.. DAPATKAN BENIHNNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
28 Jamadilawal 1445H.
Posted from:
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...