Support My Blog

Saturday, December 9, 2023

CEKUR DAN FAKTA PERLU TAHU

HERBA CEKUR 
(Kaempferia galangga) atau Kencur dalam bahasa Jawa di Johor adalah merupakan sejenis herba dari keluarga Zingiberaceae iaitu sama seperti tanaman halia dimana mudah ditanam dengan subur apabila ia di tanam di iklim tropika seperti Malaysia. Masih tidak ada rekod rasmi  mengenai keluasan tanaman cekur di Malaysia tetapi saya anggarkan sekitar 50 hektar CHE itu pun termasuk aktiviti penanaman cekur secara fertigasi yang semakin popular di usahakan dan di komersilkan masa ini. Bagi penulis blog yang sudah mengenali tanaman cekur ini sejak kecil dulu dimana dimana ianya ditanam di dalam pasu atau atas tanah dan di kebun belakang rumah secara tradisional. Pokok cekur mempunyai daun lebar antara 4-7 cm dan panjang 5-12 cm berwarna hijau muda dan umbisi kecil seperti halia kecil. Daun dan umbisi atau pun rizom cekur mempunyai aroma atau bau yang kuat dengan warna umbisi kekuningan. Pada penulis blog tanaman cekur sesuai ditanam di keliling rumah dalam program "Bumi Hijau" yang dianjurkan oleh kerajaan. Benih cekur diperolehi dari pokok sedia ada atau beli rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik. Sebaiknya untuk ditanam dalam pasu atau dalam bekas khas (Kotak daripada tin atau plastik) yang diisikan dengan media tanah campuran (3:2:1 - Tanah, pasir dan baja organan) serta mempunyai lubang air keluar. Bagaimana pun kini media dari bahan cocopeat dan sebagainya mudah di lakukan. Kemudian dimasukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Bagi tanaman di kebun sebaiknya sediakan batas untuk elakkan dari takungan air. jarak tanaman antara 30 -60 cm bergantung kepada saiz batas. Kawasan kecil diperlukan untuk menanam cekur secara komersial. Belum ada rekod kawasan tanaman cekur secara meluas melebihi 1 hekar satu tempat. Artikel pada subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana tanaman cekur ini boleh dijadikan sebagai pilihan semua pembaca untuk dijadikan hobi menanam dan beberapa perkara asas mengenainya untuk dijadikan bahan rujukkan.


Pengurusan tanaman cekur pada penulis blog adalah diantara yang paling mudah dilakukan. Amalan agronomi seperti aktiviti pembajaan tanaman cekur mudah untuk dilakukan iaitu dengan memberikan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun. Baja 15:15:15 lingkungan 10 - 15 gm/pokok pada peringkat vegetatif serta baja NPK 12:12:17:2 apabila pokok hampir matang. Cabut rumpai dalam pasu dengan tangan dan elakkan daripada pokok cekur cedera ketika mencabut rumpai. Antara musuh tanaman cekur ialah serangan siput babi, siput kecil, belalang, cengkerik dan ulat makan daun (Spodoptera litura). Kawalan disyorkan ialah dengan mengutip musuh jika ditanam dalam pasu. Penggunaan racun serangga tidak digalakan bagi tanaman cekur keranaia adalah sejenis herba. Tanaman cekur cepat berhasil seawal 3-4 bulan lepas tanam (dengan cara pengurusan yang baik) untuk kutipan hasil daun. Bagaimana pun umbisi cekur akan matang selepas 10-12 bulan. Penuaian dengan mencabut tanaman tersebut dari tanah dan bersihkan dari kotoran tanah. Satu rumpun tanaman cekur mempuntai lingkungan 6-7 helai daun dan kira-kira 50- 120 gram umbisi dari dalam pasu (saiz bergantung kepada saiz pasu dan pengurusan). Daun boleh terus digunakan di rumah tetapi untuk tujuan komersil hanya umbisi sahaja yang sesuai untuk di jual kerana tahan sehingga 30-45 hari. Harga jualan umbisi basah dulu setahu saya adalah lingkungan RM 10.00 - RM 15.00 sekilogram di kawasan daerah Muar dan Segamat semasa saya bertugas dahulu tetapi kini mampu mencecah RM25 sekilogram. Kini bekalan umbisi cekur dilihat semakin ia mudah di dapatkan di pasaraya dan di pasar basah serta ada juga di jual di pasartani dan uniknya sudah ada di jual dalam on-line seperti di Shopee dan Lazada. Pada penulis blog yng suka akan makanan 'pecel ayam' dan 'pecel sayur' memang sangat meniknati kelazatan dan keenakan kuliner tersebut jika ada  bahan cekur didalamnya.


Teknik terkini sudah ada ramai usahawan menanam cekur secara fertigasi. Penulis blog pernah membuat tinjauan kepada beberapa orang usahawan yang menanam cekur secara fertigasi dimana ia merupakan salah satu p
eluang yang diminati apabila harga jualan ubi cekur sudah meningkat kepada RM25.00 sekilogram dan juga harga daun cekur dibuat ulam RM15 sekilogram walau pun selalunya harga borong (atau harga ladang) ubi cekur adalah sekitar RM13-15 sekilogram manakala harga borong (harga ladang) bagi daun cekur harganya RM 6-8 sekilogram. Bagi penulis blog pula penanaman cekur atau kencur ini dibuat ulam dimana ia memang selalu dimasukkan dalam masakan orang jawa. Banyak kelebihan cekur ini sebenarnya walau pun dikalangan pembaca blog semua masih ramai yang kurang tahu akan potensinya. Kini teknik penanaman cekur secara fertigasi di jadikan kaedah penanaman cekur yang bertaraf komersial dimana ia berlainan dengan teknik penanaman cekur secara kovensional di kawasan keliling rumah. Sistem fertigasi memang ia membolehkan pengusaha menuai dun dan ubi cekur setiap hari dengan jadual penanaman dan penuaian yang sudah diaturkan mengikut matrik pengeluaran. Apa yang penting dalam sistem penanaman cekur fertigasi adalah jadual penanaman dan jadual penuaian di selaraskan. Selalunya kaedah fertigasi yang bagus apabila penusaha mampu untuk menanam sebanyak 10,000 polibeg cekur dalam yang mana jika dijaga baik secara berperingkat. Kajian melaporkan dimana bagi satu polibeg akan mampu menghasilkan iaitu sebanyak 4 kg daun cekur dalam masa 3 bulan sahaja. Bagaimana pun penuaian cekur fertigasi untuk penuaian ubinya hanya boleh dilakukan selepas 8 bulan ditanam. Ini kerana selepas 6 bulan maka pembentukan ubi atau rizom cekur adalah optima dan cukup matang. Perlu diketahui dimana penanaman cekur ini jika ditanam ditanah terlalu lama sehingga 1 tahun maka kesannya adalah daunnya pun tidak cantik dan agak kurang berkualiti lagi. Sistem Fertigasi Cekur boleh di intergrasikan dengan tanaman lain seperti sayur yang memanjat iaitu timun dan kacang panjang diatas para trellis dimana kemdian polibeg cekur boleh diletakkan dibawahnya. Oleh itu pengusaha boleh mendapatkan dua atau tiga jenis sayuran dari kawasan fertigasi yang sama. Dilaporkan kini permintaan daun dan ubi cekur di pasaran semakin tinggi apabila cekut dilaporkan mengandungi banyak khasiat dan manafaat kesihatan kepada pengguna. 


Tanaman Cekur adalah tumbuhan herba atau umbisi yang berkhasiat dari ubi dan daunnya dimana dilaporkan mengandungi bahan termasuk  Cineol, Borneol, 3-carene, camphene, kaempherol, kaempferide , cinammaldehyde, asid p-methoxycinnamic, ethyl cinnamate dan ethyl p-methoxycinnamic. Walau pun saintis menyebut bahan kimia kandungan didalam cekur in jarang didengar akan tetapi kajian makmal menemuinya. Bagaimana pun setelah dibuat pecel ikan keli atau pecel ayam bakar atau pecel ikan pari bakar dan sudah dicampur dengan santan, halia, garam dan asam jawa serta cili api semuanya menjadi sedap belaka. Lauk pecel ini memeng enak dimakan dengan nasi putih pada waktu tengahari atau ada kalanya masyarakat Jawa membuat kenduri dengan lauk yang enak ini.Rizom adalah bahagian paling sesuai digunakan didalam makanan dan daunnya pula akan dihiris dijadikan hiasan. Dalam kuah pecel sayur dan rojak jawa sering dimasukan cekur ini. Memang banyak jenis resepi masakan jawa yang berasaskan cekur atau kencur ini dan kurang pada masyakrakat Melayu Biasa. Dari segi khasiat dan untuk perubatan dikalangan Masyarakat Melayu dahulu daun dan rizom cekur ada digunakan didalam mengatasi masaalah malaria dan resdung. Dalam pada itu dikalangan orang Cina memang ada juga menggunakan cekur didalam kaedah perubatan cara tradisional mereka. Mereka yang ada masaalah sakit gigi, menghilangkan masaalah kelumumur dan membunuh kutu dikepala mereka akan menggunakan cekur yang dijadikan ubat. Begitu juga cekur dilaporkan ada diguna untuk merawat masaalah membuang angin dalam perut (lepas makan cekur akan buang angin dengan signifikan), mengatasi masaalah sembelit dan juga menambah selera makan. Dalam perusahaan membuat param digunakan cekur ini sebagai salah satu bahan enting yang dijadikan ramuannya. Param adalah bahan yang digunakan didalam perubatan tradisional yang disapukan pada bahagian tertentu agar awet muda, kulit yang liicin, mengeluarkan angin badan dan juga untuk bentuk badan menarik atau langsing. Air rebusn cekur yang diminum mampu merawat ibu selepas bersalin, sakit kepala, mual hendak muntah dan juga masaalah gastrik. Daunnya pul ajika diluumatkan dan ditampal pada kerongkong boleh atasi masalah kerengsaan kerongkong dan hilangkan batuk. Paling terkini dimana ekstrak rizom cekur didapati boleh digunakan untuk membunuh nyamuk Culex quinquefasciatus dan jug membunuh nyamuk Aedes aegypati yang membawa penyakit merbahaya kepada manusia. Fakta tentang cekur ini membolehkan tanaman ini diperbanyakan tanamannya agar banyak orang dapat faedahnya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KENCUR ADALAH HERBA...CEKUR NAMANYA...
IA BUKAN CEKUR MANIS...BERLAINAN JUA...
MUDAH DI TANAM...FERTIGASI CARANYA ...
MAKANAN JADI ENAK... BERKHASIAT PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP putrajaya,
Malaysia.
(24 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...