Tamanman labu manis sesuai amalkan penggunaan rumput atau poliethylene (plastik) sebagai sungkupam bagi tujuan memberi beberapa kebaikan kepada tanaman. Sungkupan ini akan bantu meningkatkan suhu tanah seterusnya akan mempercepatkan pertumbuhan anak pokok labu manis. Ia juga boleh memulihara kelembapan tanah serta dapat mengurangkan beberapa masalah seperti pemadatan tanah, mengelakkan buah mereput di atas tanah, kehilangan baja, dan persaingan sesama anak pokok. Pengurusan rumpai tanaman labu manis perlu dilakukan dengan cara menggunakan polyethylene atau sungkupan sebagai sebahagian daripada strategi kawalan rumpai. Aktiviti Pendebungaan labu manis perlu dilakukan dimana biasanya pokok labu menghasilkan bunga jantan dan bunga betina pada anak pokok yang sama (Sila lihat foto disebelah). Bunga labu dipanggil sebagai monoecious dimana kedua-dua jenis bunga dibuka untuk hanya satu hari dan pada waktu pagi. Faktor persekitaran dan penyakit lazimnya boleh mempengaruhi pembentukan pendebungaan dan buah labu dengan sangat ketara. Sebaiknya jika ada dua sehingga enam ekor lebah madu sehektar cukup untuk mencapai tahap aktiviti pendebungaan yang optimum (Oluoch et al., 2012). Kini ada kaedah meletakkan sarang lebah atau kelulut dikawasan kebun sehingga proses pendebungaan ini selesai bari koloni lebah ini dibawa keluar. Ia menjanjikan pendebungaan terbaik dan seragam.
Pengurusan Penyakit tanaman labu manis perlu dilakukan sepanjang penanaman. Penyakit labu utama menyerang adalah seperti Penyakit Damping-off (penyakit benih) yang mana ia disebabkan virus dan boleh menyebabkan kadar pertumbuhan perlahan dan mengubah pembentukan buah labu. Penyakit lain yang menyerang kabu termasuk juga Penyakit Angular leaf spot, Downy mildew, Scab, Black rot dan juga Penyakit Phytophthora blight. Disyorkan bagi tujuan mengawal kebanyakan penyakit ini maka pemilihan varieti yang tahan penyakit perlu dibuat. Kawalan dengan kaedah lain sepeti semburan racun kimia dan sebagainya dilakukan jika perlu sahaja. Didapati daun labu selepas aktiviti menuai adalah mudah sangat rosak. Adalah digalakkan apabila ingin dijual daun labu dipastikan dimana ada daun diikat dan ia disimpan di tempat sederhana lembap. Untuk penjualan daun yang kering maka ia ia akan dicincang halus dan diletakkan di bawah sinaran matahari selama 2-3 hari. Bagi buah labu manis pula ia boleh dituai apabila kulitnya sudah keras dan tidak boleh ditembusi. Walaupun sudah dituai sebaiknya buah labu perlu disimpan untuk memanjangkan jangka hayat buah selepas tuai. Kulit buah labu yang matang kelihatan kusam dan kering berbanding dengan buah yang tidak matang yang mana akan lebih segar dan terang kulit. Tinggalkan batang panjang (pemegang) pada labu). Suhu penyimpanan buah labu adalah tinggi hingga 24-30°C dengan kelembapan relatif 75-80% selama kira-kira 5-10 hari. Ia tidak boleh disimpan di suhu di bawah 10°C untuk menjaga kualitinya.
Menarik kisah dalam bharian.com yang bertajuk 'Penanam labu manis raih RM30,000 semusim' untuk dijadikan contoh. Kisah dari Setiu, terengganu ini laporkan Mohd Ariff dan isterinya menghabiskan masa terluang di ladang labunya di Kampung Beris To Ku, Setiu. Sebuah keluarga membuktikan perumpamaan berbudi pada tanah pasti ada hasilnya apabila mampu bagi memperoleh keuntungan bersih RM30,000 semusim hasil menanam labu manis. Mereka adalah peserta ladang kontrak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan bimbingan Jabatan Pertanian dakwa keuntungan itu diperoleh hasil menjual labu manis pada setiap musim iaitu kiraan 75 hari bagi setiap musim. Sebelum mengusahakan tanaman labu manis sejak tiga tahun lalu dia sekadar membantu ibu mentuanya mengusahakan tanaman tembikai pada waktu terluang. Bagaimanapun kemudian dia mula memberikan perhatian untuk menceburi bidang pertanian selepas ibu mentuanya kerap menjadi mangsa penipuan orang tengah ketika proses jual beli tembikai. Tanah yang dibiarkan kosong selepas hasil tembikai dituai juga mendorongnya untuk mengusahakan tanaman labu manis, walaupun dibantah ibu mentuanya dengan alasan buah itu sukar untuk dipasarkan. Dia mendapat ilmu menanam dan ilmu pasaran selepas dia berbincang dan mendapat khidmat nasihat agar mencuba mengusahakan tanaman labu secara bergilir dengan tanaman tembikai. Hasil pengeluaran labu manis di atas tanah seluas kira-kira 1.6 hektar adalah sebanyak 20 tan semusim. Proses tanaman labu sangat mudah serta tidak memerlukan air yang banyak seperti penanaman tembikai dan risiko diserang haiwan perosak juga sangat kurang. Selepas labu mencapai usia 30 hari dan mula menjalar, tanaman itu tidak lagi memerlukan penjagaan rapi. Dalam semusim hanya tiga atau empat kali disiram air dan baja digunakan ialah baja asas seperti tahi ayam, baja pokok serta baja dibekalkan Jabatan Pertanian negeri. Bagi mendapatkan hasil yang baik, pokok hendaklah ditanam antara jarak dua meter dan setiap pokok boleh mengeluarkan antara enam hingga tujuh biji labu. Harga labu tidak menentu kerana ia mengikut keadaan dan bekalan. Biasanya harga labu dibeli oleh FAMA antara RM1.50 satu kilogram (kg) dan boleh mencecah sehingga RM3.50 terutama pada Oktober hingga Disember. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
AMALAN TEKNOMOGI.. AMALKANNYA...
HASIL BANYAK... BERKUALITI PULA..
MEMANG UNTUNG... PETANI GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Rejab 1444H).
Posted from
Hotel 101, JB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.