Pernahkah pembaca blog anim agro technology berpeluang melihat burung terbang secara mengundur?. Burung Humming Bird dan Burung Kelicap diantara spesis burung yang mempunyai kebolehan untuk terbang pelbagai arah termasuk terbang mengundur. Sila baca artikel mengenai burung kelicap dengan pautan berikt (Sila klik disini). Apa pun pergerakan ini adalah unik dimana burung ini menghampiri bunga bagi mendapatkan nektar atau manisan dalam bunga sebagai makanannya. Burung seperti 'humming bird' ini memang berkebolehan untuk menggerakan sayapnya menyerupai gerakan angka lapan sehingga ianya akan membolehkan burung ini untuk bergerak lebih mudah. Sayap yang berkepak pada burung ini mampu mencapai 80 kali sesaat dan degupan pada jantung mencapai 1,260 kali seminit. Disebabkan dengan kecepatan kepakan sayap ini akan ia menghasilkan sebuah bunyi yang menjadikannya seperti berdengung. Kehebatan burung terbang secara berkumpulan juga dilihat amat jarang berlanggar atau pun ia terbang berterabur terutama bagi pesis burung yang bermigrasi atara benua. Hasil penyelidikan saintis melaporkan dimana setiap burung-burung akan bermigrasi selalunya hanya akan melalui laluan atau jalur yang sama dengan laluan yang mereka gunakan pada laluan musim penghijrahan yang sebelumnya. Menurut kajian dilaporkan dimana burung kakak tua atau burung parakeet 10 ekor burung ini diatur berlawanan untuk terbang dilokasi sempit untuk terbang sebanyak 102 pusingan penerbangan dimana didapati yang burung-burung ini mampu terbang sebanyak 102 kali tanpa ada kes mereka berlanggar diantara satu sama lain. Ini kerana dilaporkan ia akan beralih laluan sebelah kanan apabila ada burung lain datang dari arah bertentangan beberapa saat sebelum berlaku pertembungan. Kekuatan sayapnya membolehkan mereka beralih agar tidak berlanggar. Uniknya selain ia mengubah arah terbang kekanan didakwa burung ini juga mampu untuk mengubah ketinggian terbang (keatas atau kebawah) agar tidak berlanggat jika pada tahap ketinggian yang sama dengan burung mendatang. Burung kakak tua (Parrot) boleh dilatih terbang sehingga mampu untuk datang kearah tuannya. Apa pun salah satu latihan asas dalam melatih burung kakak tua ini adalah perlu diketahui teknknya. Latihan ini sebaiknya dilakukan dari kecil lagi dengan letakkan burung ini dari arah utara an pemiliknya berdiri di selatan. kemudian ditiupkan alat bunyi seperti wise untuk burung itu terbang mendekati tuannya dan apabila bear dengan sayap yang kuat pastinya ia akan mudah di panggil dengan meniup wisel sahaja. Apa pun jika mula melatih kepada burun dewasa maka prosesnya agak sukar lagi. Caranya dengan membiarkan burung tidak diberi makan selama 4 jam (tetapi pastikan diberi air minuman dalam sangkar) dan pemilik memegang makanan ditangannya untuk burung tersebut datang mendekati. Burung dewasa yang lapar ini lama kemudia akan jinak kepada tuannnya setelah dilatih berulang kali.
Dalam mengaitkan akan ilmu sains mengenai persoalan bagaimana burung dengan sayapnya boleh terbang diudara sudah lama di kaji dan akhirnya manusia dapat mencipta kepalterbang dan helikopter dan seumpamanya. Saintis mendapati dimana burung didapati memiliki ilmu aerodinamik atau gaya gerak badan dan sayap serta ekornya yang jarang sekali ada pada makhluk lainnya. Idea asas kepada cara penerbangan itu kemudian ditiru sebagai model dalam penciptaan pengangkutan udara seperti kapal terbang. Lain burung mempunyai keupayaan yang berbeza-besa seperti peribahasa 'Kuat Burung Kerana Sayap'. Walaupun manusia sudah mampu mencipta pesawat untuk terbang namun dilaporkan ia masih belum mampu menandingi akan keupayaan penerbangan burung sebenar. Ini kerana burung memiliki banyak ciri fizikal yang bekerjasama semasa ia berada di udara yang bermula dari bulu, tulang kecil dan ringan serta otot dada dan sayap yang kuat. Burung juga dilaporkan mempunyai organ paru-paru ekstra yang lebih efisien sehinggalah pergerakan sayap dan organ lain semuanya dilengkapi ciri khusus yang membolehkan burung untuk terbang. Pada awal penerbangan lazimnya burung mampu terbang kerana menggunakan kakinya untuk melonjakkan tubuh dari tanah ke udara. Seterusnya ia akan kemudian mengepakkan sayap bagi membolehkan melayang di udara yang disebut sebagai 'gaya angkat'. Sayapnya yang berbentuk melengkung seperti senduk terbalik pula akan membuatkan burung boleh terbang ke atas, ke bawah dan membantunya tetap terbang di udara. Ada kajian mengenai burung terbang dikaitkan dimana yang ia sebenarnya ‘sudah diprogramkan’. Selain kesempurnaan aerodinamik dalam penerbangan burung dilaporkan dimana ia bermula dalam kumpulan sejak muda. Kajian menunjukkan terdapat bukti bahawa burung muda dilengkapi dengan satu program migrasi endogen iaitu sejenis tenaga yang berasal dari dalam bumi. Dengan adanya tenaga tersebut maka ia dapat memberi isyarat kepada burung untuk terbang selama mana dan menuju ke arah mana. Sebagai contoh dimana burung spesis Shearwater biasanya terbang dari pantai Australia menuju ke Lautan Pasifik seterusnya belok ke utara dan terbang di sepanjang pantai Jepun sehingga tiba ke Laut Bering iaitu lokasi atau tempat di mana ia berehat. Kemudian dari situ makan ia akan memulakan perjalanan lagi menuju ke selatan semula dengan melintasi pantai barat Amerika sebelum tiba di California. Selang beberapa hari kemudian dilihat burung ini akan melintasi semula Lautan Pasifik untuk kembali ke tempat asalnya. Jarak perjalanan sejauh 24,000 kilometer selama enam bulan itu dilakukan setiap tahun tanpa pernah mengubah laluannya. Kajian oleh saintis Profesor Peter Berthold telah mengkaji proses migrasi burung selama 20 tahun memberitahu bahawa sebanyak 50 juta ekor burung muda akan bermigrasi setiap tahun. Ia menempuh perjalanan puluhan ribu kilometer, melintasi benua, padang pasir, lautan luas, pergunungan tertinggi dan dataran ais sebelum berjaya tiba ke titik mula tanpa panduan burung dewasa. Perjalanan migrasi ini jelas menunjukkan burung telah diprogramkan dengan kemampuan genetik yang luar biasa. Mengagumkan, bagaimana haiwan terbang itu tahu arah laluan dan tempat untuk bermigrasi secara tepat tanpa sesat?. Burung memiliki banyak adaptasi dalam penerbangan diman ia mampu bagi mengepakkan sayap di udara dan kadangkala melipatnya sebelum dikembangkan semula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.