Beberapa media tempatan laporkan bagaimana 'Siswazah usaha tanaman timun tua' yang berkait dengan tajuk artikel kali ini. Apa pun keyakinan terhadap sektor pertanian yang sememangnya ia mampu memberi pendapatan lumayan mendorong siswazah iaitu Mohd Zuhri (26) untuk dia menceburkan diri dalam bidang berkenaan sejak enam tahun lalu. Bagi pemegang Diploma Pengurusan Ladang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang ini dimana dia tidak menoleh ke belakang dengan mengusahakan pelbagai projek tanaman. Antara tanaman yang diusahakan secara bergilir-gilir ialah tembikai wangi (rock melon), timun, timun tua, cili dan terung mini menggunakan kaedah sistem fertigasi. Dia yang menyewa tapak di Pusat Pertanian Temin, Jerantut dan setakat ini menanam 4,000 beg semaian timun tua di bawah rumah pelindung hujan (RPH). Kini dia berhasrat menambah kepada 10,000 beg semaian kerana timun tua mendapat permintaan tinggi di pasaran selain harga yang baik. Bagi dia menghadapi pelbagai dugaan seperti harga jatuh dan pokok tidak menjadi, namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus maju dalam bidang pertanian ini. Jatuh bangun adalah asam garam dalam apa jua bidang yang diceburi bukan pertanian saja. Dakwanya apa yang penting perlu terus berusaha dan segala masalah itu dianggap sebagai cabaran. Dia yang memulakan projek tanaman lada merah secara fertigasi dalam skala kecil di tapak Pertanian Temin dengan modal pusingan RM5,000 pada 2013. Berasal dari Batu Balai, Jerantut ini berjaya dalam percubaan pertamanya kerana projek itu memberi pendapatan lumayan sekali gus mencetus semangat untuk terus aktif dalam bidang pertanian. Menanam timun tua memerlukan perhatian rapi khususnya kelembapan tanah dalam beg semaian. Setiap dua jam pokok perlu disiram supaya timun mengeluarkan hasil yang berkualiti. Jika air atau baja tidak mencukupi akibatnya daun menjadi kekuningan dan buah akan menjadi bengkok sekali gus menyebabkan grednya rendah. Selalunya hanya buah timun yang berkualiti saja digred tinggi dan dijual pada harga yang tinggi sementara buah yang bengkok digredkan rendah serta sukar untuk dipasarkan. Penggunaan teknologi moden seperti fertigasi dapat mengurangkan penggunaan kawasan yang luas, banyak tenaga buruh dan pengurusan masa yang teratur. Lazimnya semua hasil timun tua dihantar ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Jerantut dan Pasar Borong Selayang selain dijual secara runcit.
1 biji bawang besar, sedikit kunyit hidup atau boleh juga guna serbuk kunyit dimana semuanya ditumbuk jangan sampai terlalu lumat. Cara Memasak dengan menyatukan semua bahan (kecuali ikan dan timun) ke dalam periuk. Renehkan hingga betul-betul mendidih. Kemudian masukkan timun tua dan dimasak hingga lembut. Seterusnya masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak sepenuhnya. Perasakan dengan perasa dengan secukupnya. Padamkan api dan jika mahu rasa yang lebih beraroma, boleh masukkan daun kesum. Enak dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman dan sayur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BERBEZA TIMUN BIASA... IA LEBIH LAMA...
BUAH CANTIK.. COKLAT KUNING WARNA...
HARGA STABIL... KUANTITI PULA DI JAGA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Jamadilawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.