Varieti Kelapa Rendah Merah Malaya atau Malayan Red Dwarf (MRD) atau nombor daftarnya sebagai CN4 adalah sejenis kelapa renek yang popular di tanam terutama di Pusat Pertanian Jabatan Pertanian. Pokok Kelapa Renek MRD (KRM) ini tumbuh menegak dengan ketinggian antara 25-50 kaki pada keadaan biasa. Bentuk kanopi pokok sama dengan kelapa lain iaitu menegak dan berdaun dibahagian pucuk. Ia mempunyai kadar pertumbuhan secara sederhana. Kelapa ini mempunyai susunan pengeluaran daun yang berputar (Spiral) dengan jenis daun kompoun pinat. Uniknya kelapa MRD ini adalah kerana ia mempunyai warna daun hijau kekuningan, warna pelepah kining kehijauan dan buah yang berwarna kuning pekat kemerahan. Panjang setiap helai daun sekitar 16 hingga18 inci dengan susunan daun bertentangan pada pelepahnya. Selain buah klapa MRD warna kuning pekat kemerahan kadang-kadang ia bercampur dengan warna seperti kekuningan sedikit. Kelapa MRD mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan yang keluar secara spiral mengikut susunan sekali sebulan. Ia menjalankan kaedah proses pendebungaan berbantu atau oleh agen semulajadi eperti serangga, lebah madu, kumbang dan juga angin. Oleh kerana ia jenis 'pure line' maka buah kelapa yang dihasilkan oleh pokok MRD dalam keadaan terkawal boleh dijadikan benih (walau pun diperingkat semaian kita boleh melalkukan penakaian benih yang tidak sesuai). Pemilihan pokok yang subur dengan buah iaitu lebih 80 biji sepokok sepokok/ tahun membolehkan ia amat sesuai untuk di kolersilkan. Buah Kelapa MRD ini berbentuk Oval atau Bulat dengan warna hijau ketika muda dan akan menjadi warna coklat kehitaman apabila masak dan gugur. Buah ini berukuran antara 6 - 12 cm ukurlilit dengan ada lapisan sabut sederhana tebal. Pokok kelapa MRD cepat berhasil berbanding dengan pokok kelapa jenis tinggi (seperti Malayan Tall dan Tagnanan) iaitu hanya mengambil masa 3-4 tahun sahaja. Kebanyakan kelapa tinggi akan mengeluarkan bual selepas 6-7 tahun ditanam. Satu tandan pada umur pokok 5-6 tahun mampu untuk ia mampu menghasilkan sebanyak 18 - 30 biji kelapa (nuts) bergantung kepada penjagaan tanaman dan amalan agronomi. Walau pun saiz kelapa ini agak kecil daripada kelapa tinggi Malaysn Tall, tetapi beberapa biji yang dibuang dari tandan diperingkat awal (penakaian) membolehkan ia menghasilkan buah kepala MRD yang besar. Kelapa ini boleh digunakan untuk menghasilkan santan dan produk lain berasaskan santan. Air kelapa MRD walau pun tidak seenak kelapa pandan masih boleh diminum sebagai air kelapa. Jarak penanaman adalah 6.5 meter x 6.5 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 272 pokok sehektar. Bagaimana pun jika hendak menanam secara intergrasi adalah dengan nenas disyorkan menanam kelapa dengan jarak 7 meter x 7 meter untuk memberikan kepadatan 204 pokok sehektar. Cara ini membolehkan petani menanam sebanyak 10,790 pokok nenas sehektar.
Kelapa Rendah Malaya Kuning (Malayan Yellow Dwarf atau MYD) merupakan satu varieti kelapa renek didaftarkan dengan Kod CN5 yang banyak ditanam di Malaysia sebagai tanaman untuk menghasilkan biji kelapa disamping menjadi tanaman landskap yang boleh mendatangkan hasil. Kelapa MYD juga ia merupakan jenis kelapa yang unik kerana jika kita tidak kenal akan kelapa ini akan menyengka pokok kelapa ini tidak cukup baja kerana warna daunnya tidak hijau seperti pokok kelapa Malayan Tall (Kelapa Tinggi biasa). Sebaliknya daun pokok MYD agak kekuningan dan buahnya juga berwarna kuning cerah (Sila lihat foto di atas). Buah kelapa MYD lazimnya berbentuk bulat dengan saiz kecil dengan mengandungi air kelapa yang sedikit berbanding dengan kelapa tinggi seperti Tagnanan, MT dan kelapa hibrid Matag. Kelapa ini banyak ditanam di Stesyen Pertanian Jabatan Pertanian (untuk pokok induk bagi pengeluaran benih), Stesyen MARDI (untuk penyelidikan) dan beberapa estet swasta (United Plantation dan NLFCS). Kelapa MYD juga ditanam dikeliling rumah dikawasan kampong atau taman perumahan untuk dijadikan tanaman hiasan tetapi ia tetap mengeluarkan hasil. Kawasan rekreasi seperti Taman Bunga dan Pusat Riadan juga ditanam dengan kelapa MYD untuk mencantikkan lokasi terutama jika ada kolam atau tasik atau sepanjang sungai. Kelapa MYD merupakan jenis Kelapa Renek yang mudah ditanam dan cepat berhasil. Lazimnya dengan penjagaan baik pokok kelapa MYD akan berbuah dalam masa 3 tahun sahaja. Pokoknya setinggi 2-3 kaki tinggi akan berbunga dan mengeluarkan buah pada tandan. Lazimnya bilangan buah pada pokok muda sekitar 3 - 7 biji setandan tetapi boleh mencecah sehingga 10 - 15 biji setandan jika pokok telah matang dan dibaja dengan baik serta dikawal seragan perosak dan penyakit. Kebanyakan buah kelapa MYD yang kecil ini tidak dijual dikedai runcit kerana pengguna tidak berapa suka akan saiz yang kecil ini. Bagaimana pun kalau kita ada pokok kepala MYD sendiri dirumah boleh dibuang kulit sabutnya dan diambil santannya. Isinya mampu menghasilkan santan yang baik walau pun saiznya kecil sahaja. Bagaimana pun untuk diambil sebagai kelapa muda untuk minuman tidak jadi masaalah. Ini kerana walau pun kelapa ini tidak mempunyai aroma enak seperti kelapa pandan, jika dipetik pada tahap umur betul ianya masih boleh dijual. Ada beberapa usahawan yang mengambil kelapa MYD ini dan dibuang kulitnya dan dibentuk cantik dijual dengan harga RM1.50 sebiji diladang. Kini ia boleh di jual sehingga RM5.00 sebiji disekitar Lembah Kelang atau pun di kebanyakan restoren dan hotel. Kelapa MYD bleh ditanam oleh mereka yang berminat kerana kelapa jenis ini adalah lasak, tahan kkemarau dan kurang serangan serangga perosak dan penyakit berbanding dengan kelapa Matag dan Kelapa Pandan. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaa blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA RENEK...RENDAH SAHAJA....
CEPAT BERBUAH...TIGA TAHUN SAJA....
BUAHNYA KECIL... BANYAK JUMLAHNYA...
MARI TANAM.. DAPATKAN BENIHNNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
28 Jamadilawal 1445H.
Posted from:
Room1826, Pullman Hotel,
Kuching, Sarawak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.