3. KELAPA RENEK MALAYA HIJAU (MGD)
KELAPA RENEK HIJAU MALAYA atau Malayan Green Dwarf MGD) merupakan satu varieti kelapa renek yang kurang dikenali dan tiada nombor daftar dimana ada sedikit ditanam di Malaysia sebagai tanaman untuk menghasilkan biji kelapa. Penulis blog semasa membuat tinjauan rambang di beberapa lokasi mendapati dimana kelapa jenis ini sering dijadikan tanaman landskap sahaja yang mana ia juga mampu mendatangkan hasil. Kelapa varieti ini (Cocos nucifera) dipercayai natif di Malaysia berdasarkan kepada nama diberikan iaitu Malayan Green Dwarf atau Kelapa Renek Hijau (KRH). Kelapa ini masih lagi belum didaftarkan didalam senarai varieti tanaman Malaysia (National variety listing) tetapi dua lagi kelapa renek telah didaftarkan iaitu Kelapa Renek Merah (MRD - CN4) dan juga Kelapa Renek Kuning (MRD - CN5). Mungkin ada dikalangan pembaca rupa-rupanya ada menanam sepokok dua pokok MGD ini dikawasan keliling rumah terutama mereka yang duduk dikawasan kampong tradisional. Mendengar namanya tentu kita boleh mengagak bahawa pokok kelapa ini adalah jenis renek berbanding dengan jenis kelapa tinggi. Pokok Kelapa Renek Hijau atau dalam bahasa Inggeris sebagai (Malayan Green Dwarf - MGD) ini selalu tumbuh menegak dengan ketinggian antara 15-25 kaki pada keadaan biasa. Bentuk kanopi pokok sama dengan kelapa lain iaitu menegak dan berdaun dibahagian pucuk. Penulis blog dapati varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan secara sederhana. Kelapa ini mempunyai susunan daun berputar (Spiral) dengan jenis daun kompoun pinat. Uniknya kelapa MGD ini adalah kerana ia mempunyai warna daun, pelepah dan buah yang hijau cerah. Panjang etial helai daun sekitar 16 -18 inci dengan susunan daun bertentangan pada pelepahnya. Selain warna hijau kadang-kadang ia bercampur dengan warna seperti iaitu kekuningan sedikit. Kelapa MGD mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan yang keluar secara spiral mengikut susunan pengeluaran sekali sebulan. Ia menjalankan kaedah pendebungaan berbantu atau oleh agen semulajadi eperti serangga, lebah madu, kumbang dan juga angin. Oleh kerana ia jenis 'pure line' maka buah kelapa yang dihasilkan oleh pokok MGD dalam keadaan terkawal boleh dijadikan benih (walau pun diperingkat semaian kita boleh melalkukan penakaian benih yang tidak sesuai). Penulis blog bersaa beberapa pakar kelapa mendapati varieti MGD ini paling tidak stabik ciri genetik dan fenitipiknya berbanding dengan kelapa rendah lain. Kelapa MGD ini tidak digunakan sebagai pokok induk untuk pengeluaran benih hibrid MATAG, MAWA dan sebagainya. Pemilihan pokok yang subur dengan buah lebih 80 biji sepokok setahun membolehkan ia amat sesuai untuk di kolersilkan. Buah Kelapa MGD ini berbentuk Oval atau Bulat dengan warna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat kehitaman apabila masak dan gugur. Buah ini berukuran antara 6 - 12 cm ukurlilit dengan ada lapisan sabut sederhana tebal. Pokok kelapa MGD cepat berhasil berbanding dengan pokok kelapa jenis tinggi (seperti Malayan Tall dan Tagnanan) iaitu hanya mengambil masa 3-4 tahun sahaja. Kebanyakan kelapa tinggi akan mengeluarkan bual selepas 6-7 tahun ditanam. Satu tandan pada umur pokok 5-6 tahun mampu menghasilkan sebanyak 18 - 30 biji kelapa (nuts) bergantung kepada penjagaan tanaman dan amalan agronomi. Walau pun saiz kelapa ini agak kecil daripada kelapa tinggi Malaysn Tall, tetapi beberapa biji yang dibuang dari tandan diperingkat awal (penakaian) membolehkan ia menghasilkan buah kepala MGD yang besar. Kelapa ini boleh digunakan untuk menghasilkan santan dan produk lain berasaskan santan. Air kelapa MGD walau pun tidak seenak kelapa pandan masih boleh diminum sebagai air kelapa.
CEPAT BERBUAH...TIGA TAHUN SAJA....
BUAHNYA KECIL... BANYAK JUMLAHNYA...
MARI TANAM.. DAPATKAN BENIHNNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
28 Jamadilawal 1445H.
Posted from:
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak.
4. KELAPA RENEK MALAYA COKLAT (CN27)
KELAPA RENEK COKLAT MALAYA atau Malayan Brown Dwarf (MBD) atau nama saintifiknya Cocos nucifera iaitu asalnya merupakan satu jenis atau varieti kelapa renek yang kurang dikenali ramai. Kajian penulis mendapati pokok kelapa ini ada ditanam di MARDI, Bagan Datok, Perak didalam beberapa plot penyelidikkan mereka yang penulis blog minta didaftarkan didalam senarai varieti tanaman Malaysia semenjak tahun 2012 lagi. Apa pun variieti MBD ini telah berjaya di daftarkan oleh MARDI dengan nombor pendaftaran sebagai CN27 dan diluluskan pada 22 Jun 2023 (ia hanya didaftarkan 11 tahun kemudian selepas saya minta ia dilakukan). Benih kelapa ini dipercayai dibawa masuk ke Malaysia melalui kerjasama COGEN untuk tujuan menjaga janaplasma kelapa renek diseluruh dunia sebagai langkah penting dalam industri penanaman kelapa. Asalnya kelapa MBD ini dipercayai sebagai sejensi kelapa yang berprestasi baik tetapi ia jarang dikenali dan ditanam oleh petani diluar sana. Ada laporan kemungkinan jika ada juga yang telah ditanam oleh petani atau pekebun kecil lain dalam negara tanda disedari atau diketahui mereka. Ini kerana menlihat daripada pencirian pokok tersebut pada masa itu (20012-2015) penulis blog ada melihat beberapa ciri persamaan marfologi dengan jenis Kelapa Sungai Gulang-Gulang (SGG) dimana ia kemudian di daftarken dengan nombor pendaftaran CN16 yang ditanam oleh beberapa petani dikawasan tersebut. Pencirian varieti kelapa SGG (CN16) ini dilakukan terkemudian setelah ia dibuat penelitian oleh pakar kelapa. Asalnya penulis blog dan pakar kelapa di Malaysia memang berpendapat mungkin varieti kelapa Sungai Gulang-Gulang (CN16) ini adalah hasil mutasi pokok kelapa MBD. Sehingga hari ini belum ada anakbenih tersedia untuk di tanam oleh petani kerana pokok induk yang dikenalpasti tulis berada di Stesyen MARDI Sg. Sumun di Bagan Datuh, Perak. Sesiapa yang berminat untuk menanam kelapa varieti MBD ini boleh menghubungi pihak MARDI tersebut untuk tujuan bagi mendapatkan benih yang tulen. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaa blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...KELAPA RENEK...RENDAH SAHAJA....
CEPAT BERBUAH...TIGA TAHUN SAJA....
BUAHNYA KECIL... BANYAK JUMLAHNYA...
MARI TANAM.. DAPATKAN BENIHNNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
28 Jamadilawal 1445H.
Posted from:
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.