Dalam usaha meminimakan gangguan tanah dimana antara langkah yang sesuai dilakukan adalah amalan Penggiliran Tanaman (Crop Rotation). Penggiliran tanaman ialah amalan menanam satu turutan jenis tanaman yang berbeza di kawasan yang sama merentasi urutan musim penanaman. Amalan ini akan mengurangkan kebergantungan sesuatu tanaman terhadap satu jenis nutrien, mengurangkan tekanan dari makhluk perosak dan agen penyakit, serta mengurangkan kebarangkalian makhluk perosak dan rumpai liar untuk terhasil rintangan terhadap racun. Menanam tanaman yang sama di tempat yang sama selama bertahun-tahun berturut-turut atau pun ia dikenali sebagai penanaman tunggal kesnnya dimana secara beransur-ansur menghabiskan nutrien tertentu pada tanah tersebut dan menggalakkan daya saing antara jenis-jenis makhluk perosak di tanah tersebut. Selalunya tanpa mengimbangi penggunaan nutrien dan mempelbagaikan komuniti makhluk perosak serta rumpai liar maka produktiviti monokultur sangat bergantung kepada input luaran yang mungkin berbahaya terhadap kesuburan tanah akan berlaku. Sebaliknya Amalan Penggiliran Tanaman yang perlu ia direka bentuk dengan baik dan disesuaikan dengan faktur tanah, cuaca dan pasaran boleh mengurangkan keperluan baja sintetik dan racun rumpai dengan menggunakan perkhidmatan ekosistem yang lebih baik daripada set tanaman yang memang ada pelbagai. Selain itu pada penulis blog juga ada mendapati dimana penggiliran tanaman boleh memperbaiki struktur tanah dan bahan organik serta disusun agar kesan pengurangan nutrien akibat hakisan dikurangkan dimana ini seterusnya akan meningkatkan daya tahan sistem ladang. Sejak dulu amalan ini di kaji oleh pakar pertanian yang telah menyedari bahawa putaran yang sesuai seperti menanam tanaman musim bunga untuk makanan ternakan sebagai ganti kepada bijirin untuk kegunaan manusia memungkinkan pemulihan atau pengekalan keproduktifan tanah. Amalan ini sudah dilakukan sejak 6,000 sebelum masihi dimana tanpa memahami penggunaan bahan kimia mereka telah menanam kekacang dan bijirin secara bergantian. Kekacang adalah tanaman yang membekalkan banyak unsur Nitrojen (N) dalam tanah.
Secara dasarnya pada penulis blog kaedah sistem penggiliran sistem dua bidang tanah menggunakan prinsip penanaman separuh daripada tanah tersebut selama setahun dengan separuh lain dilakukan dengan terdedah begitu sahaja. Bagaimana pun amalan agronomi seterusnya adalah pada tahun berikutnya kedua-dua bidang itu diterbalikkan penanamannya. Di negara China dilaporkan dimana kedua-dua sistem dua medan dan tiga medan telah digunakan sejak zaman Zhou Timur dan berlaku di zaman Charlemagne sekitar tahun 814. Kemudian dilaporkan ramai petani di Eropah beralih daripada giliran tanaman dalam mematuhi sistem ini. Petani Eropah pada abad ke 20 mengamalkan penggiliran tiga bidang tanah melalui pembahagian tanah sedia ada kepada tiga bahagian. Satu bahagian ditanam pada musim luruh dengan tumbuhan rai atau gandum musim sejuk, diikuti dengan tumbuhan oat atau barli pada musim bunga; bahagian kedua menanam tanaman seperti pis, lentil, atau kekacang; dan ladang ketiga dibiarkan terdedah sebagai tanah rang begitu sahaja. Ketiga-tiga bidang tanah itu digilirkan dengan cara ini supaya setiap tiga tahun maka salah satu bidang tanah akan berehat dan dibiarkan terdedah. Jika seseorang misalnya mempunyai sejumlah 600 ekar tanah yang subur maka petani tersebut hanya dapat menanam 300 ekar apabila menggunakan sistem dua bidang. Sekiranya menggunakan sistem penggiliran tiga bidang pula dimana seseorang itu dapat menanam (termasuk menuai) 400 ekar tanah. Ada juga apa yang dikatakan cara penggiliran tanaman dengan Sistem Empat Bidang.
Kaedah meminimakan gangguan tanah boleh di lakukan dengan Peningkatan Kaedah Ratoon Tanaman (Intensification of Ratoon) dimana perkara ini agak kurang popular di Malaysia. Kaedah pengursan tanaman boleh di lakukan dengan teknik ratoon pokok yang telah berhasil bagi tanaman tertentu seperti untuk tanaman tebu, nanas, betik, padi dan beberapa lagi. Bagaimana pun jika dilihat akan lebih berkesn jika ditana secara perladangan yang mampu mengurangkan isu gangguan tanah. Pada penulis blog dalam perladangan tenaman tebu untuk kilang gula teknologi ini amat relevan. Amalan teknologi untuk meratoon tebu sudah banyak dilakukan oleh pengusaha tebu gula. Tebu sejak zaman penjajahan sudah menjadi komoditi perkebunan yang strategik di Indonesi dimana sehingga kini pun ia masih beroprrasi di beberapa ladang gula di sana. Penulis blog yang sempat melawat sebuah ladang tebu pada Oktober 2023 iaitu di Prabumulih, Palembang, Sumatra Selatan mendapati tanaman tebu yang luas ini melkukan kaedah amalan pertanian baik untuk menggurangkan gangguan tanah. Lazimnya dimana tanaman tebu dapat dilakukan aktiviti tuaian sebanyak 3 kali dengan sekali penanaman dimana penghasilan pertama hingga terakhir dapat terus dipertahankan dengan cara melakukan penjagaan tanaman ratoon tebu secara terancang. Apa pun amalan agronomi ratoon tebu dilakukan setiap kali habis pebuaian tebu yang bermula dengan membersihkan sisa tanaman tebu, memotong tunggul tebu, memotong akar, pembajaan dan akhirnya membuang daun-daun kering. Selalunya selepas menebang batang tebu ia sisakan tunggul batang tebu di permukaan tanah dan juga sisa berupa daun-daun tebu yang kering. Sebaiknya daun-daun tersebut dengan segera dibersihkan dengan cara dikumpulkan diantara tanaman tebu kemudian dibakar dan setelah dibakar maka kebun tebu akan terlihat bersih dan siap untuk memotong tunggul batang tebu. Kerja memotong batang tebu dilakukan agar proses pertumbuhan semula pokok tebu akan menjadi seragam ketinggiannya. Ia dilakukan seminggu setelau menuai dimana dipotong dengan cangkul sehingga sampai menghampiri pangkal rumpun (perdu) pokok tebu. Penulis blog dimaklumkan jika tidak sampai pangkal rumpun tebu maka proses pertumbuhan batangnya cenderung lebih kecil dan berpotensi menurunkan kualiti gulanya. Seterusnya adalah amalan pemotongan akar tanaman tebu yang perlu dilakukan sekitar 1 bulan setelah menuai untuk meremajakan akar. Caranya dengan gunakan cangkul atau menggunakan alat bajak ditarik kerbau dan yang penting adalah kedalaman akat terputus adalah 15 cm dimana jika akar sudah putus akan segara tumbuh akar baru sehingga membolehkan tanaman tebu akan lebih subur. Lubang atau lurah cangkul ini kemudian akan dijadikan lokasi pembajaan. Pembajaan tanaman tebu retoon perlu dilakukan 2 kali iaitu pada masa memutuskan akar tebu dan apabila taman ratoon sudah berumur 3 bulan. Sebaiknya juga dibuat penyulaman semasa memutuskan akar tebu agar kepadatan tanaman tebu tetap banyak. Amalan yang selanjutnya adalah kerja membersihkan daun-daun kering dari tanaman tebu yang dilakukan sebanyak 2 kali iaitu pada umur 3 bulan dan semasa sebelum menuai pokok ratoon ini. Kaedah retoon tanaman tebu ini dilihat sebagai ia mampu memberikan keuntungan kepada petani kerana ianya telah menjimatkan kos benih, jikatkan kos penyediaan tanah dan jug acepat menuai hasil. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technilogy kali ini. Wasallam!!...
BANYAK SEBAB... PERLU DI PULIHKAN...
GILIRAN TANAMAN...AMAT BERKESAN...
TANAH SUBUR...HASIL DITINGKATKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1826 (Executive Suite),
Hotel Pullman, Kucing,
Sarawak,
Malaysia.
(1 Jamadilakhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.