Paling asas bagi pembaca adalah mengenali jenis atau vareiti labu. Labu tergolong dalam keluarga Cucurbits yang mana ia juga merupakan jenis sayur-sayuran yang tergolong sama dengan labu adalah tembikai, timun, peria dan skuasy. Apa pun dari pengalaman penulis blog kaedah pengurusan atau pun cara teknologi seperti pengurusan serangga perosak dan kawalan penyakit adalah sama di kalangan sayur-sayuran ini. Di Malaysia antara contoh varieti labu yang selalu ditanam termasuk jenis Howden, Magic Lantern, Autumn Gold, Baby Bear dan sebagainya. Pemilihan varieti labu manis ini adalah bergantung kepada ciri-ciri labu tersebut. Selalunya labu diklasifikasikan mengikut saiz (labu kecil hingga labu yang terbesar), warna, bentuk, saiz batang labu, dan ciri benih. Apa pun di Malaysia terdapat dua varieti labu yang paling banyak ditanam iaitu Cucurbita moschata dan Cucurbita moschata Duchesne. Buah labu yang segar dijual dipasaran mengikut kualitinya. Selain dibuat sayuran dan kuih muih dimana labu juga boleh dijadikan Tepung atau Serbuk labu. Selalunya produk serbuk labu dihasilkan daripada labu matang (Cucurbita moschata Duchesne). Serbuknya yang murah untuk dihasilkan dimana ia mempunyai kualiti yang baik dan boleh digunakan sebagai suplemen beta-kaotena dalam produk makanan. Paling lazim adalah biji labu boleh dijadikan sebagai produk makanan ringan dan permintaan pasaran yang semakin meningkat dikenbali sebagai Biji KUACI. Dalam pada itu labu sesuai dijadikan makanan binatang ternakan kerana ia kaya dengan protein untuk industri ayam bagi tujuan untuk meningkatkan penghasilan telur. Paling terkini dimana sudah ada produk dari labu yang dijadikan sebagai Makanan kesihatan. Kini ada makanan tambahan berasaskan labu mungkin mempunyai fungsi anti-radang yang dilaporkan ia bermanfaat untuk artritis (Yadav et al., 2010). Bagaimana pun semuanya bergantung kepada bahan asas membuat produk berasaskan labu.
Penanaman Labu Manis secara biasa atau konvensional (Kini ia boleh di tanam dengan teknik fertigasi) perlu memenuhi pakej amalan teknologi terbaik untuk penghasilan maksima dan kualiti terbaik. Ia bermula dengan penyediaan tanah dan keperluan infra dan diikuti dengan menyediakan anakbenih, menanam, penjagaan sehinggalah menuai dalam masa 3 - 4 bulan sahaja. Tanaman labu memerlukan tanah yang agak subur dan saliran yang baik. Hasil maksimum boleh dicapai di tanah bertekstur sederhana dengan kapasiti pegangan air yang tinggi dan saliran air yang baik. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana labu boleh ditanam di pelbagai tanah akan tetapi jenis tanah liat tidak digalakkan. Ini adalah kerana tanah liat mempunyai sistem pengudaraan yang lemah dan saliran air yang terhad dimana ia akan memudaratkan pertumbuhan akar dan meningkatkan reput buah. Memang tanaman labu sensitif terhadap tanah berasid dimana pH tanah yang optimum diperlukan oleh labu adalah tanah yang sedikit berasid (pH 6.8) kepada tanah alkali sederhana (pH 8.0). Kerja persediaan tanah di ladang adalah untuk memastikan labu mempunyai pertumbuhan yang lebih sekata. Tanah perlu dirotor beberapa kali iaiitu beberapa bulan sebelum ditanam. Penyediaan tanah memberi masa untuk biji benih untuk bercambah. Benih labu akan ditanam di atas tapak semaian yang mempunyai ketinggian antara 15 - 20 cm tinggi. Pasangan sungkupan seperti rumput diletakkan di atas biji benih untuk mengekalkan kelembapan tanah. Biji benih boleh disemai terus ataupun melalui pemindahan dari tray semaian. Benih akan ditanam dengan kedalaman antara 2 hingga 4 cm. Biji benih akan disemai antara dua hingga tiga biji dalam satu lubang dan akan dinipiskan (thinning) untuk tujuan bagi mendapatkan anak pokok yang seragam dan sihat. Untuk penanaman komersial, beji benih akan disemai empat biji setiap 30 cm. Jarak tanaman disyorkan bagi labu manis adalah 1m x 1m dengan bubuh 3 biji benih pada lubang tanaman (mengekalkan satu anak pokok selepas 14 hari selepas penanaman) memberikan kepadatan 1,376 seekar (0.4 ha). Bagaimana pun ia masih boleh disesuaikan dengan keadaan kesuburan tanah dan pengurusan jika ingin menanam pada kepadatan berlainan.
Sebaik menanam anakbenih labu maka proses penjagaan tanaman seperti aktiviti penyiraman, pembajaan, kawalan penyakit, kawalan perosak perlu sentiasa dijalankan. Program pembajaan dibuat bagi menyuburkan tanaman dan untuk mengelakkan labu dijangkiti penyakit dari tanah dan masalah nematode sebaiknya labu perlu ditanam di tanah pernah ditanam dengan tembikai, timun, muskmelon (cantaloupes), zuchini, atau cucurbit yang lain dalam tempoh 2 hingga 3 tahun sebelumnya. Elakkan kawasan kebun yang berhampiran daripada ada tanaman tersebut juga. Baja unsur Nitrogen (N) adalah baja yang paling diperlukan untuk tanaman ini walaupun fosforus (P) kadang-kadang diperlukan untuk menggalakkan akar benih yang baik. Baja fosforus biasanya diletakkan dalam di antara barisan tanaman dengan jarak 15 cm x 15 sebelum ditanam. Program atau jadual pembajaan untuk labu perlu dilakukan seawal pagi iaitu sebelum jam 9 pagi lewat petang. Unsur baja Copper (Cu) and Zinc (Zn) sesuai digunakan untuk mengawal serangan penyakit dimana caranya dengan lakukan semburan pada kadar 50 ml per pokok. Sebaiknya ikuti Jadual Program pembajaan labu manis seperti rajah dibawah:-
Tamanan labu perlukan suhu minimum, optimum dan suhu maksimum tanah untuk percambahan benih masing-masing adalah 18, 35 dan 38°C. Percambahan benih menjadi perlahan dan tidak konsisten apabila suhu tanah di bawah 20°C. Buah labu yang matang mempunyai kualiti yang rendah apabila suhu udara min harian adalah di bawah 21°C. Buah labu mempunyai hasil yang tinggi apabila cuaca adalah panas, tetapi suhu adalah tidak terlalu tinggi (43-46°C), kerana boleh menyebabkan buah terbakar terkena matahari (sunburn) dan isi buah labu akan menjadi lembik. Jika tanam labu manis dengan jarak tanaman adalah 1.0 x 1.0 meter terbaik kerana saiz buah labu boleh diubahsuai dengan jarak tanaman. Jika anda inginkan buah labu yang besar maka diperlukan jarak yang lebih luas. Petani yang amalkan input yang rendah maka jangkaan hasilnya adalah sekitar 5 t/ha, manakala dengan penjagaan yang baik dan baja cukup ia mampu menghasilkan sebanyak 15 mt sehektar. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
AMALAN TEKNOLOGI.. AMALKANNYA...
HASIL BANYAK... BERKUALITI PULA..
MEMANG UNTUNG... PETANI GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Rejab 1444H).
Posted from:
Hotel 101, JB.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.