Support My Blog

Sunday, December 10, 2023

BIAWAK DAN FAKTA MENARIK - APA DIA?

HAIWAN BIAWAK
adalah sejenis haiwan dari kumpulan Reptilia dari keluarga Varanidae yang sering dijumpai dikawasan negara kita dan beberapa negara lain. Terdapat 3 jenis biawak di Malaysia yang lazim kita jumpa iaitu BIAWAK AIR (Varanus salvator), BIAWAK KUDUNG (Varanus dumenrilii) dan BIAWAK SERUNAI (Varanus rudicollis). Apakan kepentingan haiwan ini dalam ekosistem kita dan dalam sektor pertanian?. Apa yang saya pasti dikampong saya di Gersik, Muar yang ada anak sungai disebelah rumah, terdapat banyak ekor biawak air yang menghuni kawasan tersebut. Sering berlaku adalah kejadian biawak makan anak ayam dan makan telur ayam yang di pelihara di kawasan rumah. Selalunya apabila musang atau biawak datang kekawasan rumah maka ayam-ayam akan mengeluarkan bunyi yang ganjil (seakan ketakutan) dan pastinya musuh sedang datang mendekati mereka. Dengan senapang patah yang ada, lazimnya arwah bapa akan menembak musang atau biawak yang menyerang haiwan ternakan. Kadang-kadang ada sekumpulan kaum India dari kawasan estet yang datang kekampong untuk memburu biawak air yang banyak berkeliaran dikawasan kampong untuk dijadikan makanan (agaknya). Jika mereka berjaya menangkap biawak tersebut, kaki biawak akan dilipat keatas badannya dan diikat dengan kuat. Jenis Biawak Air (Varanus salvator) adalah sejenis biawak bersaiz besar dimana ia mampu membesar sehingga lebih 3 meter (9.8 kaki) panjang walau pun jarang dijumpai disekitar kampong saya. Laporan mendapati saiz purata biawak air apabila cukup matang mampu mencapai ukuran sekitar 2.5 meter (8 kaki) panjang daripada kepala sehingga hujung ekor. Laporan menunjukkan berat maksima biawak air mampu mencecah lebih 90 kg walau pun majoriti berat sekitar 40 kh sahaja. Badan biawak jenis ini kelihatan berotot dengan bahagian ekor panjang yang kuat serta berfungsi sebagai 'pengerak' seperti dayung didalam air. Biawak air merupakan salah satu spesis biawak yang biasa didapati di Asia seperti Malaysia dan juga ujud di Sri Lanka, India, Indochina dan beberpa buah Pulau di Indonesia. Kebanyakan habitat biawak air adalah berhampiran dengan air seperti kawasan paya, ada sungai dan kolam. Kawasan berpaya dengan anak sungai yang mengalir merupakan kawasan yang disukai oleh biawak kerana mempunyai sumber makanan yang banyak. Biawak yang merupakan haiwan pemangsa (Predator) makan haiwan hidup seperti anak ikan, serangga, ayam dan sebagainya dan juga amat menyukai bangkai haiwan. Kukunya yang tajam dan kuat dibahagian kaki serta giginya yang kuat dan tajam membolehkan ia memburu mangsanya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta menarik haiwan biawak yang terdapat dikawasan keliling kita untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pada penulis blog mendapati dimana spesies Biawak Air (Monitoe Lizard)  atau pun nama saintifiknya Varanus salvator
 dadalah spesis biawak yan paling mudah dijumpai di negara kita berbanding dengan dua sppesis lain. Biawak air sebenarnya sudah pun diikategorikan oleh IUCN Red List of Treatened Species sebagai Least. Di Malaysia dimana kini spesies ini adalah dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di bawah Jabatan Perhilitan Liar yang tidak boleh diburu atau dijadikan makanan. Biawak Air adalah salah satu dari spesies cicak terbesar di dunia. Ia mudah dikenali melalui kepala yang berbentuk agak runcing, muncung panjang dan rata serta terdapat lubang hidung pada hujung muncung tersebut. Penulis blog melihat dimana selalu spesies ini sangat aktif pada waktu siang dan amat jarang keluar pada waktu malam kerana ia perlukan suhu panas (reptelia). Ia boleh dijumpai di kawasan berair seperti paya bakau, pantai, kawasan hutan rendah serta berhampiran sistem pembentung di kawasan rumah. Penulis blog akan tahu kehadiran biawak air di rumah di kampong semasa dulu apabila aayam-ayam peliharaan akan mengeluarkan bunyi ganjil memberitahu akan kehadiran haiwan pemangsa seperti biawak. Biawak air bertelur dengan jumlah 15 hingga 30 biji telur dan mengeramkan telurnya pada awal musim hujan. Spesies ini memburu mangsanya yang terdiri daripada ketam, katak, mamalia kecil, telur haiwan, cicak, anak ayam dan juga bangkai. Dilaporkan ada kalangan pemburu yang akan memburu biawak ini untuk di makan dagingnya dahulu.


Dalam beberapa artikel penulis blog merujuk kepada laporan video kosmo,com.my yang bertajuk 'Jangan Ingat Biawak Tidak berguna Kepada Manusia' yang menarik faktanya untuk dikongsikan. Penulis blog setuju degan laporan dimana masih r
amai orang yang mungkin sering menemukan reptilia seperti biawak di kawasan paya dan tasik yang menjadi habitat mereka. Lazimya haiwan biawak ialah jenis pemangsa yang memakan haiwan lain dimana ia merupakan bahagian penting dalam rantai makanan dalam ekologi habitatnya. Walau bagaimanapun memang perlu diketahui bahawa biawak juga mempunyai peranan penting dalam ekosistem di sekeliling kita. Apa pun menurusi beberapa laporan kajian pakar dimana biawak memainkan peranan sangat penting dalam mengimbangi ekosistem di sekeliling kita. Biawak berperanan penting dalam mengendalikan populasi ular yang berbahaya seperti ular tedung selar, ular kapak, ular sawa, dan lainnya yang berbisa. Dilaporkan jika tanpa kehadiran biawak maka populasi ular semakin bertambah pesat dan ia akan merbahaya kepada manusia dan haiwan ternakan lain. Contohnya dimana satu ekor ular tedung selar yang berbisa mampu bertelur 10 hingga 20 biji telur setiap tiga bulan. Dalam pada itu selalunya dengan kehadiran biawak yang suka 'mencuri' dan makan telur ular tersebut akan mengurangkan populasi t=ular tedung di lapangan. Ia perlu diketahui pembaca blog semua kerana peranan seperti ini adalah ia sangat penting dalam mencegah kejadian ular tedung masuk ke dalam rumah di kawasan kejiranan atau taman. Proses ini berlaku juga apabil ada banyak video yang paparkan biawak mencuri dan memakan telur buaya juga yang mana secara tidak langsung ia akan pastikan populasi buaya juga tidak banyak berkembangbiak di sungai dan habitatnya. Ini adalah hukum alam yang patut kita hargai kerana setiap peristiwa memiliki tujuannya sendiri.  


Pada penulis blog agak unik fakta dalam hmetro.com yang bertajuk 'Manjanya Biawak Air' untuk ia dikongsikan. Media tersebut laporkan dimana hak 
membela dan minat itu merupakan hak masing-masing dimana bagi orang lain geli akan tetapi tidak bagi seorang gadis yang menjadikan biawak sebagai haiwan peliharaan kesayangannya (Sila lihat foto disebelah). Dia yang berasal dari Kulim, Kedah adalah Nur Aqilah Suhadaa (24) yang mana dia sudah melatih biawak air atau nama saintifiknya Varanus salvator peliharaannya itu sejak ia berusia tiga bulan pada tahun lalu. Biawak asalnya memang buas maka dia kena kaji dan selidik dulu cara penjagaan serta pemakanan supaya kita tidak tersilap langkah. Apa pun sekiranya ia dapat jaga dengan elok dan rapi maka haiwan liar seperti biawak pun mampu bertukar menjadi jinak. Dia juga sudah mempunyai lesen khas membela haiwan itu. Telah viral video beliau yang mencium biawaknya yang dinamakan Intan Sofea itu memperoleh sebanyak 1.8 juta penonton di TikTok. Dakwanya dia mula berminat untuk membela Intan Sofea selepas melihat kelakuan biawak itu di rumah sepupunya.  Intan Sofea sangat manja dimana apabila dia usap dan cium ia duduk diam serta bersandar di pangkuannya. Kali pertama jumpa di rumah sepupu dimana dia sudah tertarik sebab nampak ia jinak sangat. Dia mula berminat untuk membela Intan Sofea selepas melihat kelakuan haiwan ini di rumah sepupunya dan dari situ saya mula belajar dengan sepupu bagaimana untuk membela dan melatih biawak sebagai haiwan peliharaan. Kini dia tidak menyangka haiwan yang dianggap sebagai hidupan liar ini sebenarnya amat menarik dan tidak sukar untuk dibela. Dakwanya kalau hendak angkat biawak maka kena pastikan kaki depan dan belakangnya ada tempat untuk berpaut. Dia juga akan pastikan kuku tajamnya dipotong kerana ia akan cengkam kulit untuk panjat badannya. Biawak air adalah di antara spesies cicak terbesar di dunia. Berkongsi pemakanan biawak berkenaan dibritahu dimana ketika biawak itu masih bayi sesuai ia diberi makan cengkerik selang hari. Apabila semakin membesar diberikan isi ayam dimana ia menjadi makanan haiwan itu dengan kadar dua hari sekali. Apa pun dilaporkan dimana selain daripada biawak dia juga turut membela leopard gecko, ular corn snake, katak bullfrog, dua ekor ular ball python dan lapan ekor katak pacman. Ditanya bagaimana membela biawak jinak dan haiwan liar lain dalam satu rumah dimana dia perlu peka dan berwaspada dalam penjagaan serta kesejahteraan mereka. Tanbahnya dimana biawak akan mengembangkan lehernya dan menaikkan badan supaya kelihatan lebih besar apabila berasa terancam. Kemudian apabila biawaknya semakin membesar maka isi ayam pula menjadi makanan haiwan itu dengan kadar dua hari sekali. Dakwanya kalau dia pegang ular tidak cuci tangan maka biawaknya bernama 'Intan Sofea' ini boleh bau ular itu dan menganggapnya sebagai satu ancaman. Maka sebelum pegang biawak dia perlu cuci tangan dengan bersih untuk pastikan tiada bau haiwan lain melekat di badannya. Menarik sungguh fakta disini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA BIAWAK... MAEARU SAHAJA...
AYAM BERBUNYI...ITU MANGSANYA...
MEMBACA ARTIKEL... ADA FAKTA...
DI BELAJANG RUMAH.. SELAU ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...