LADANG NANAS JAYA yang terletak di Kg Sg Mata, Kota Samarahan, Sarawak merupakan salah satu ladang nanas yang telah mendapat bimbingan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Jabatan Pertaian Sarawak dan juga beberapa jabata dan agensi lain sehingga berjaya memajukan kawasan tanah seluas 1,000 ekar. Kawasan tanah gambut ini bermula pada tahun 2008 apaila ketua projek Encik Sapawi dan rakan-rakan telah meneroka dan membuka kawasan tanah untuk di tanam dengan nanas (Ananas comosus). Kumpulan ini dulu bermula tanpa sebarang pengalaman atau ilmu pengetahuan didalam menanam buah nanas seperti nanas Moris, Nanas Gandul dan nanas jenis N36 dengan skala kecil. Pada peringkat awal cuma seluas 10 ekar sahaja kawasan tanah gambut dalam disisi yang di majukan. Kemudian pada tahun 2020 kelompok ini mendapat bimbingan daripada LPNM dan DOA Samarahan untuk membuka kawasan seluas 50 - 80 ekar lagi untuk menanam nanas Moris, Sarawak, Josapine dan juga N36. Banyak bantuan kerajaan yang berua bahan input pertanian seperti benih dan baja serta racun diberikan oleh beberapa jabatan dan agensii temasuk bantuan prasarana seperti jalan ladang, sistem perparitan, jambatan, pondok, bangunan pusat pengumpulan dan sebagainya. Paling dilihat menaikan kemahiran petani disini adalah setelah banyak kursus dan lawatan teknikal mengenai teknologi penanaman nanas yang dibuat di banyak lokasi termasuk ke Negeri Johor dan juga beberapa kilang pemprosesan buah nanas. Kebanyakkan buah nanas ini awalnya dijual sebagai nanas segar ke pasar terutama di Kuching. Bagaimana pun pada tahun 2013 telah di tubuhkan Syarikat Pawida yang fokus kepada aktiviti penanaman buah nanas dan juga kerja-kerja khidmat dalam kontraktor pembinaan. Syarikat ini semakin akti dengan terus menyertai dalam banyak pameran, ekspo dan promosi anjuran kerajaan. Bagaimana pun pandemik covid-19 telah dilaporkan menyebabkan keadaan ladang terbiar beberapa tahun akibat PKP dan baru dapat dipulihkan semula. Pada Oktober 2022 kerajaan telah membekalkan bekalan eletrik dan juga perkhidmatan jalur lebar kepada perkampongan disini. Dilaporkan sudah ada banyak asnaf dan parol yang dilibatkan dalam kebun nanas disini. Dijangka pada Januari 2024 bekalan paip air bersih akan di salurkan kepada penduduk disini. Artikel pada petang ini dari tingkat 19 Hotel ullman, Kucing saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kemajuan kemajua dan potensi industri penanaman dan pemprosesan tanaman nanas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Potensi penanaman nanas di Sarawak merupakan salah satu pembangunan sektor pertanian yang amat besar. Iini kerana di Sarawak ada sumber tanah yang masih luas lebih 2.8 hektar sesuai untuk dibangunkan dengan pelbagai tanaman termasuk tanaman nanas. Tanah kosong disekeliling ladang di Sg Mata yang seluas 1,000 ekar ini juga masih luas lagi yang belum dibangunkan. Menurut Sapawi dimana diantara cabaran utama dikawasan kebun nanas ini adalah kerana kekurangan prasarana asas termasuk jalanladang dan perparitan. Semasa tinjauan penulis blog bersama rombongan LPNM dimana kompleks utama bangunan di tengah kebun nanas banjir selama beberapa jam selepas hujan lebat pada malam sebelumnya sehingga ia menjejaskan aktiviti perkebunan. Bagaimana pun ia telah boleh dilalui semasa ketibaan rombongan pada jam 10.00 pagi. Kawasan tanah gambut disini di musim hujan agak mudah banjir kerana ia berhampiran dengan laut dimana apabila air laut pasang dan hujan sangat lebat boleh menyebabkan kejadian banjir dikawasan kebun. Amat kecewa apabila setor baja dan bahan kimia yang dibina dan baru sahaja siap di tenggelami sedalam hampir 2 kaki semasa lawatan dijalankan (Sila lihat foto dibawah sekali). Bagaimana pun kadaan banjir hanya musim monsoon sebaliknya pada musim panas akan beraku parit kering yang perlu waspada dengan kejadian kebakaran tanah gambut pula. Menurut Sapawi dimana kini sudah ada beberapa peserta yang menanam nanas di kawasan ini yang sudah menetap kerana akan ada kemudahan utiliti dan juga kemudahan lain tidak lama lagi. Penanaman nanas merupakan satu usaha jangkapanjang didalam mempastikan akan lebih ramai petani yang menerima faedah daripada usaha penanaman nanas.
Menarik apabila rombongan di tunjukkan demonstrasi pembajaan menggunakan drone di ladang disini. Operator drone ini telah menggunakan drone DJI yang berharga RM69,500 berkapasiti membawa cecair seberat 40 liter dengan jangkamasa ketahanan bateri untuk terbang selama 15 minit. Teknologi penggunaan dron di kebun nanas merupakan satu pendekatan terbaik kepada penanam nanas kerana ia mempercepatkan kerja-kerja diladang nanas walau pun dalam kepanasan matahari atau pun penyemburan di lakukan di waktu malam dengan teknologi 'Night Farming'. Penulis blog melihat dimana dengan adanya perkhidmatan menggnakan dron di kawasan ladang nanas seperti ini akan meningkatkan lagi kecekapan amalan agronomi dan seterusnya boleh meningkatkan lagi kualit buah nanas yang dihasilkan. Semburan di lakukan kepada tanaman nanas SG1 (Sarawak Gold 1) yang baru dilancarkan pada tahun 2023 ini dari Miri, Sarawak. Nanas SG1 ini dijangka mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan lagi di Sarawak setanding dengan nanas MD2. Sebanyak 40,000 anakbenih konsainan pertama telah di tanam di ladang Nanas Jaya di Sg Mata ini dengan bantuan daripada LPNM. Sapawi memohon agar bekalan anakbenih SG1 ini di perbanyakan pada tahun 2024 agar lebih banyak kawasan tanaman nanas SG1 ini agar lebih komersial. Kini selain dari menanam nanas dimana Sapawi melalui kilang sedia ada telah memproses buah nanas kepada pelbagai produk makanan seperti jus nanas, tart nanas, jem nanas, kek nanas, sos cili nanas, pes nanas dan beberapa produk berasskan nanas yang lain. Walau pun kini kebanyakan varieti nanas yang digunakan adalah nanas moris akan tetapi semakin banyak varieti nanas lain yang mula di proes termasuk nanas Josapine, Nnana MD2 dan sebagainya. Kini permintaan produk berasaskan nanas di Sarawak semakin meningkat dengan aktivi promosi yang semakin rancak dijalankan.
Sehari sebelum lawatan ladang Syarikat Pawida juga telah mengadakan pameran sempena Seminar Nanas Sarawak yang telah di adakan di UCSI Hote, Kucing. Beberapa produk yang dipamerkan menarik perhatian Premier Sarawak dan rombongan semasa tiba d gerai mereka. Seminar Nanas ini anjuran LPNM dengan kerjasama TFNet dan kerajaan negeri Sarawk di hadiri oleh lebih 150 orang peserta. Sebanyak 8 kertas kerja di bentangkan oleh pakar-pakar industri nanas termasuk pakar nanas dari Indonesia (2 orang) dan Vietnam dimana amat memberikan pendedahan. Dalam ucapan perasmian di nayatakan dimana Sarawak sasarkan untuk menanam 20,000 hektar nanas sehingga tahun 2030. Sasaran ini akan dilihat membolehkan Sarawak akan menjadi pengeluar utama nanas di Malaysia jika dapat dilaksanakan kelak. Dalam portal tvstv.my dilaporkan kerajaan Sarawak menyasarkan untuk mewujudkan kawasan penanaman nanas seluas 20,000 hektar menjelang 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini akan menghasilkan pengeluaran nanas yang mampu memenuhi pelbagai segmen termasuk dipasarkan secara segar atau dijadikan produk hiliran dan eksport. Kata beliau, menjelang penghujung 2025, Sarawak disasarkan untuk mencapai pertambahan kawasan seluas 1,200 hektar dan peningkatan pendapatan pengusaha nanas kepada RM8,000 sebulan. Ini turut melibatkan peningkatan produktiviti pengeluaran tanaman daripada 40 tan metrik kepada 50 tan metrik sehektar. Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada perasmian Seminar Industri Nanas Sarawak 2023 di sini hari ini. Sementara itu Abang Johari berkata, sejak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) beroperasi di Sarawak pada 2010, kawasan seluas kira-kira 3,000 hektar telah dibangunkan dengan tanaman berkenaan. Usaha itu katanya wajar diteruskan malah dipergiatkan dengan kerjasama agensi pertanian berkaitan. Kini telah terbukti ia mampu didalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat yang terlibat dalam industri nanas dengan pendapatan RM5,000 sebulan. Abang Johari berkata, beliau turut yakin industri nanas di Sarawak mempunyai potensi yang sangat cerah untuk terus ianya berkembang dan hasilnya akan dinikmati oleh pelbagai pihak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim ago technolgy kali ini. Wasallam...
MENANAM NANAS... DI KG SUNGAI MATA...
TANAH GAMBUT... ADA TEKNOLOGINYA...BUA DIJUAL... SEGAR DAN PROSES JUGA...
POTENSI BESA... SARAWAK BERSEDIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1826, Pllman Hotel,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(1 RabiulAkhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.