Dilaporkan dimana di Indo-Cina ada laporan iaitu keseluruhan bahagian dari pokok seruntun atau pokok patawali diguna sebagai ubat demam yang dapat menggantikan 'Quinine'. Manakala bagi kalangan masyarakat di Filipina pula menganggap pokok seruntun ini adalah sebagai ubat serba guna sehinggakan dapat digunapakai untuk merawat penyakit mental atau masaalah gila. Melihat batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai enam mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah warna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda, kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin. Selalunya apa yang penulis blog tahu dimana bagi tujuan perubatan perlu gunakan batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang seruntun ini digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin atau juga dikenali sebagai 'Gonorea'. Dilaporkan dimana tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria. Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam). Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Kajian saintifik menunjukkan hasil ekstrak rebusan tumbuhan herba akan mengandungi pelbagai bahan termasuk bahan aktif yang akan menghasilkan pelbagai kesan perubatan. Namun dari kajian yang dijalankan juga dipercayai terdapat bahan yang merbahaya atau toksik. Pengambilan air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Oleh itu dalam apa jua keadaan, pengambilan ekstrak dari sebarang tumbuhan, perlulah mendapatkan pandangan dari pakar perubatan atau pharmasuetikal terlebih dahulu terutama cara pengambilan, kaedah, had dan tempoh pengambilannya agar ianya benar-benar menjadi penyembuh dan bukan pembunuh.
Dalam portal hmetro.com dengan kisah bertajuk 'Hasilkan ubatan farmaseutikal' dari FRIM Kepong amat sesyuai dirujuk faktanya. Pokok patawali atau dikenali juga dengan pokok akar seruntun atau akar patawali dengan nama saintifiknya Tinospora crispa daripada keluarga jenis Menispermaceae ada dikaji di FRIM. Ia adalah tanaman menjalar mempunyai jenis batang berkerutu dan berdaun lebar seperti daun sirih. Biasanya banyak didapati tumbuh menjalar pada pagar dan kawasan rumah terbiar di kampung atau tumbuh liar di pinggir hutan. Hasil kajian FRIM dimana herba ini membantu untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah. Secara tradisinya, air rebusan diminum sebagai minuman kesihatan. Ia dipercayai dapat menghindarkan gigitan nyamuk kerana rasa pahit yang terdapat di dalam tumbuhan ini menyebabkan rasa pahit pada darah. Di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong ini dimana telah dijalankan kajian untuk menghasilkan ubatan farmaseutikal bernilai perubatan tinggi setanding ubat-ubatan sintetik. Ketua Program Inkubasi Teknologi, Bahagian Inovasi dan Komersialisasi FRIM Mohd Shahidan Mohamad Arshad berkata, melalui pengetahuan tradisi turun-temurun, banyak tumbuhan yang berpotensi untuk dikaji bagi dijadikan ubat (Sila lihat foto disebelah). Penyelidikan masa ini di peringkat ekstrak, bahan tanaman serta bahan mentah. Untuk memastikan kemampanan dalam penghasilan produk siap, FRIM menyediakan beberapa kepakaran bagi menghasilkan bahan tanaman dan bahan mentah berkualiti dengan adanya klon patawali. Beberapa kriteria digariskan pakar FRIM untuk menghasilkan klon terbaik ini. Antaranya kajian kimia, genetik, propagasi, sivilkultur dan teknologi pasca tuai. Kriteria ini melengkapkan rantaian untuk penghasilan produk siap yang berkualiti,” katanya ketika ditemui di FRIM, Kepong, baru-baru ini. Mohd Shahidan nyatakan dimana daripada hasil kajian ekstrak menunjukkan ia selamat sehingga 1,000 miligram setiap kilogram. FRIM menyasarkan untuk menghasilkan produk tradisional dengan kerjasama antara FRIM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Syarikat Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga). Dilaporkan dalam jangka masa 10 tahun hasil dari kerjasama ini menyasarkan untuk menghasilkan produk fitoubatan yang dapat menembusi pasaran antarabangsa. Dilaporkan hasil kajian yang dilakukan mendapati pokok ini mudah tumbuh di kawasan semak dan di kawasan penempatan penduduk kerana dipercayai ditanam untuk kegunaan sendiri. Penyelidik FRIM telah menubuhkan plot germplasma apabila 200 lokasi di seluruh negara dikumpulkan untuk kajian seterusnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MUDAH DITANAM... DIMANA-MANA SAJA...
RASANYA SANGAT PAHIT...IA BERGUNA...
PERLU BANYAK KAJIAN... DI MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Jamadilawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.