Mengetahui akan fakta Bunga Lawang (Illicium verum) memang menarik kerana ia merupakan salah satu rempah yang digunakan secara meluas dalam masakan dan perubatan tradisional di seluruh dunia. Di Malaysia apa yang penulis blog faham bunga lawang adalah sebahagian daripada masakan tradisional dan digunakan dalam hidangan seperti kari, rendang dan masak lemak. Menurut data jurnal pada tahun 2017 kadar penggunaan bunga lawang dalam perubatan telah meningkat sebanyak 40% dalam tempoh 20 tahun terakhir dengan kegunaan utamanya adalah sebagai bahan dalam pengeluaran minyak pati. Pada penulis blog mendapati dimana bunga lawang adalah pokok yang berasal dari wilayah Asia Tenggara dan khususnya Selatan China dan Vietnam. Pokok ini mencapai ketinggian 8 hingga 15 meter dengan daun yang lebar dan berkilat serta bunga yang berwarna kuning kehijauan. Apa pun dilihat buahnya yang memiliki rupa seperti bintang merupakan bahagian terpenting sebagai sumber rempah yang dikenali sebagai bunga lawang (Sila lihat foto paling atas). Walau pun dilaporkan mempunyai sifat anti-radang, antibakteria dan antioksidan. Minyak Pati esensial yang diperolehi dari bunga lawang telah didakwa menunjukkan aktiviti anti-kulat yang kuat. Apa pun fakta paling penting adalah dimana bunga lawang memang sangat penting didalam dunia masakan sebagai rempah dan perisa. Dilaporkan bunga lawang adalah satu komponen utama dalam campuran rempah lima beradik yang banyak digunakan dalam masakan Cina dan Vietnam serta dalam masakan India dan masakan Melayu di Malaysia. Buahnya mempunyai rasa manis dan rempah yang kuat dimana ini yang memberikan rasa unik kepada masakan. Dalam pada itu dilaporkan dimana bunga lawang juga semakin penting didalam dunia perubatan. terbukti dimana bunga lawang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional khususnya dalam sistem perubatan Cina dan Ayurveda. Kajian mendapati bahawa bunga lawang dapat meredakan gejala atau masaalah batuk dan masaalah radang di tekak. Kajian lain menunjukkan bahawa bunga lawang juga dapat membantu dalam meredakan sakit perut dan didakwa ia akan dapat meningkatkan proses pencernaan.
Penggunaan bunga lawang kini telah pun dikembangkan lagi didalam menghasilkan Produk Kecantikan dimana kandungan minyak esensial bunga lawang juga digunakan dalam industri kosmetik dan penjagaan kulit. Dilaporkan minyak pati inii memang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penulis blog google dimana produk minyak ini ada dijual secara online di Lazada dan Shopee juga. Minyak esensial bunga lawang dapat membantu menjaga kulit menjadi lebih bersih, melindungi kulit daripada keradangan serta mengelakkan tanda-tanda penuaan kulit. Ini menjadikan industri konmetik dengan menggunakan bahan pati minyak bunga lawang semakin tinggi permintaannya. Terkini dilaporkan dimana herba bunga lawang sudah memasukki dunia Industri Minuman. Bunga lawang sering digunakan dalam teh dan minuman lain sebagai perasa kerana ia memberikan rasa manis dan rempah yang unik dan akan menjadikan minuman lebih sedap dan beraroma. Penulsi blog memang suka sesekali meminum teh bunga lawang panas. Memang kehebatan bung lawang ini sudah maju kepada penggunaanya dalam dunia Kesihatan Mental. Kajian pada tahun 2015 telah mendapati bahawa minyak esensial dari bunga lawang dapat membantu meredakan stres dan kecemasan serta didakwa ia meningkatkan kualiti tidur. Penggunaan bunga lawang dalam masakan global dilaporkan media telah meningkat sebanyak 30% dalam dekad terakhir kerana ia menambahkan kelazatan makanan dan juga faktur kesihatan. Di Malaysia masakan seperti kari ayam, kari kambing dan masakan nasi beriyani pastinya akan menggunakan bunga lawang sebagai herba ramuan yang wajib ada. Penulis blog komgsikan resepi simpel masak kari ayam tanpa santan yang mudah. Bahan diperlukan adalah sayap ayam (1kg), kentang (1/2kg), kayu manis (1 btg), bunga lawang (2 unit), serbuk kari, asam jawa, bawang putih serta bawang merah kecik. Cara masak denga menumis bahan bawang dan bahan lain dengan minyak panas bersama bunga lawang, kayu manis. Apabila sudah naik bau maka perlu dimasukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air. Tumis sampai naik minyak dan renehnyan dimana apabila sudah siap baru masukkan kentang sama ayam. Lepas itu boleh di masukkan air asam jawa sedikit. kemudian boleh dimasukan bahan perisa garam, ajinamoto sama gula dan didihkan sehingga kentang empok. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
Penulis blog dapati diantara perkara yang akan dibincangkan adalah penggunaan bunga lawang telah meningkat dengan lebih meluas di China, India, Eropah, Amerika dan Amerika selain di Asia Tenggara sendiri. Dilaporkan di benua Eropah terutamanya di Itali dan Perancis kini bunga lawang digunakan dalam pembuatan minuman keras dan pastri. Di Itali ada laporan menyatakan rempah ini adalah bahan utama dalam cara pembuatan minuman (liquor) seperti Sambuca manakala di Perancis bunga lawang ada ia digunakan dalam membuat kueh dan pastri seperti brioche dan pain d’épices. Dalam pada itu di USA dimana bunga lawang ada digunakan dalam pembuatan teh dan juga sebagai perasa dalam pelbagai produk makanan dan minuman. Ia juga digunakan dalam beberapa produk kosmetik dan penjagaan kulit kerana sifat antioksidan dan antibakterianya. Di China iitu lokasi tempat asal bunga lawang dimana rempah ini digunakan secara meluas dalam masakan dan perubatan tradisional. Ia adalah sebahagian daripada lima rempah China iaitu sebagai campuran rempah yang digunakan dalam pelbagai hidangan. Dalam perubatan tradisional China dilaporkan bunga lawang digunakan untuk merawat masalah pencernaan, batuk dan untuk membantu tidur yang lebih baik. Di India pula dimana bunga lawang digunakan dalam masakan dan juga dalam cara perubatan Ayurveda iaitu sistem perubatan tradisional India. Ia sering digunakan dalam campuran rempah seperti garam masala dan chai masala. Dalam Ayurveda dimana bunga lawang dipercayai membantu mengatasi masalah pencernaan, pernafasan dan tidur. Paling unik di Afrika dimana ada beberapa negara Afrika seperti Marocco iaitu bunga lawang digunakan dalam pembuatan teh dan juga dalam masakan tradisional seperti tagine dan harira. Bunga lawang adalah rempah yang unik dengan kegunaan yang meluas di seluruh dunia, dari masakan hingga perubatan hingga kosmetik. Semoga artikel ini memberikan anda pemahaman yang lebih baik tentang rempah ajaib ini dan manfaatnya yang luar biasa dann pembaca blog semua akan lebih menghargai lagi akan keajaiban dan manfaat yang ditawarkan oleh bunga lawang.
Dalam beberapa media tempataan penulis blog agak terkejut dengan fakta 'Jangan Tersalah Beli, Rupa-Rupanya Ada Bunga Lawang Beracun!' yang sesuai untuk di kupas kisahnya. Ini kerana apa yang penulis blog tahu dan banyak menulis artikel pasal herba termasuk bunga lawang yang sering digunakan dalam banyak masakan untuk menambah aroma dan rasa yang lebih enak jarang didakwa beracun. Selain digunakan dalam masakan, bunga lawang juga ada kegunaan tersendiri untuk kesihatan dalam serta luaran namun tahukah anda bahawa ada bunga lawang beracun?. Media laporkan hasil kenyataan oleh saintis Dr Suri Roowi dimana ada jenis bunga lawang beracun boleh membawa maut dan membahayakan kesihatan dan ia merbahaya kalau tersalam makan. Dilaporkan bunga lawang ada 2 jenis bunga lawang iaitu Bunga lawang Cina dan juga jenis Bunga lawang Jepun. Bunga lawang cina tidak beracun manakala bunga lawang jepun beracun. Bagaimana pun selama ini saya percaya bunga lawang dari Indonesia yang paling banyak dan berkualiti di pasaran dan tidak ia pula dinyatakan dalam berita ini. melihat foto disebelah dimana jenis bunga lawang Jepun agak mirip sekali pandang dengan jenis bunga lawang Cina akan tetapi saiz buahnya lebih kecil dan baunya kurang. Bunga lawang Jepun dilaporkan ia biasa digunakan sebagai racun ikan dan juga racun perosak. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi dan sakit kulit kerana ada bahan toksin dalam bunga lawang Jepun dikenali sebagai 'Anisatin' sebagai bahan aktifnya. Apa pun kisah ini menyatakan mungkin terdapat kemungkinan produk bunga lawang Cina dicemari dengan bunga lawang Jepun dipasaran yang akan menjejaskan keduanya. Ini kerana dari laporan memang agak sukar membezakan kedua-dua jenis bunga lawang ini menggunakan mata kasar sepintas lalu. Satu-satunya cara untuk membezakannya adalah melalui analisis kimia atau dengan melihatnya di bawah mikroskop di makmal oleh merek ayang pakar. Dilaporkan dimana terdapat laporan seorang bayi mengalami masalah serius dan hampir maut setelah diberi minum air bunga lawang. Insiden ini telah berlaku mungkin disebabkan oleh Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Justeru itu dilaporkan pengguna perlu waspada dan mengelakkan memberikan ekstrak air bunga lawang kepada bayi dan kanak-kanak. Dalam pada itu di Eropah dilaporkan bunga lawang Cina sering dicampurkan dalam minuman teh untuk ianya dapat mengurangkan stres. Walau bagaimanapun ada terdapat laporan dari Perancis, Sepanyol dan Switzerland menunjukkan peminum air bunga lawang tercemar dengan bunga lawang Jepun boleh menyebabkan masalah seperti halusinasi dan loya. Bagaimanakah fakta ini cuba di google tetapi masih tidak banyak yang dapat dirujuk. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.