Cekur manis atau dikenali juga dengan nama lain seperti taruk manis, cekup manis, asin-asin, sweet leaf bush (inggeris), mani cai (cina), rau ngot (Vietnam) atau nama saintifiknya Sauropus androgynus adalah merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Tergulung dalam keluarga Euphorbiacea dimana pucuk daun cekur manis selalunya dijadikan sayur dalam masakan atau boleh juga dijeruk. Pokok cekur manis adalah sejenis pokok renek yang berbatang keras dan mempunyai banyak cabang yang keluar dari pangkal pokok. Daunnya kecil berwarna hijau tua, berbentuk lonjong, tirus dihujung dan lebar dipangkal. Daunnya tersusun pada tangkai secara berselang seli manakala tangkai daunnya tersusun berselang seli pada setiap cabang. Bunganya kecil berwarna merah tua, buahnya kecil, bulat dan berwarna hijau muda. Pucuk cekur manis dimakan sebagai sayuran yang dimasak rebus bersama ikan bilis atau udang kering. Boleh juga dicelur dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau lain-lain pencecah sebagai ulam. Rasanya manis dan berangin. Pokok cekur manis mudah dibiakkan menggunakan keratan batang muda atau biji benih. Di kampong, tanaman ini tumbuh meliar di kawasan redup namun kini terdapat pengusaha atau petani yang mengusahakan secara komersil. Tumbuhan renek saka ini boleh tumbuh setinggi 8 meter jika tidak dicantas. Oleh itu tanaman separa berkayu ini perlu dicantas agar ia banyak bercabang serta dapat mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan dan dapat mereka mengekalkan ketinggian 1-2 meter untuk penghasilan yang tinggi. Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi. Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam. Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru.
Cekur manis merupakan sumber vitamin K yang baik dan berupaya menjadi pembersih darah dan awet muda jika dimakan sebagai sayur. Dalam perubatan tradisional melayu, cekur manis dikatakan mampu memperbanyakkan susu ibu dengan menumbuk hingga lumat daunnya dan ditampal pada payu dara ibu hingga kering. Selain dari itu, air rebusan cekur manis juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi atau kencing tidak lawas manakala air rebusan akarnya boleh juga merawat demam serta rosak pundi kencing. Bagaimana pun menurut satu kajian di Taiwan, pengambilan air cekur manis secara berlebihan akan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Ini disebabkan kepekatan tinggi alkaloid papaverine yang terkandung dalam cekur manis. Cekur manis juga dikatakan boleh merawat panas badan, tekanan darah rendah, wanita yang baru bersalin, pengeluaran susu ibu yang kurang, sistem pembuangan air kecil bermasalah, pening-pening, penyakit jantung dan saluran darah (kardiovaskular). Dalam pada itu pernah jug dilaporkan dimana pembaca blog perlu berhati-hati semasa makan cekur manis agar bermanafaat. Pucuk cekur manis memang secara tradisinya dapat digunakan untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu dan ia merupakan sumber provitamin A yang baik, vitamin B dan C, protein dan mineral. Dilaporkan dimana kandungan zat dalam cekur manis adalah jauh lebih tinggi kandungan protein berbanding sayuran berdaun yang lain. Bagaimana pun dilaporkan dimana pucuk cekur manis tinggi kandungan alkaloid (dikenali sebagai papaverin) dimana justeru itu fakta penting dilaporkan pengambilan ekstrak pucuk cekur manis yang berlebihan boleh menyebabkan toksik. Kesan ini di rasai dengan adanya simptom seperti pening, mengantuk dan juga sembelit. Dalam satu laporan dari Taiwan dimana ada lebih daripada 30 individu mengalami masalah paru-paru selepas meminum ekstrak pucuk manis mentah untuk kurangkan berat badan. Kemudian dilaporkan daripada jumlah tersebut dimana 5 pesakit pula terpaksa menjalani 'lung transplant' kemudian di hospital. Sebaiknya dielakkan memakan pucuk cekur manis mentah atau sebaiknya masak dulu dan jangan makan berlebihan walau pun suka.
CELUR MANIS... CEKUR BERBEZA...
MUDAH DITANAM... CACAK SAHAJA...
PETIK SELALU... BANYAK PUCUKNYA...
KHASIAT TERBAIK... PERLU AMALNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(2 Jamadilakhir 1445H).
Malaysia.
(2 Jamadilakhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.