ASAP (Smokes) adalah benda yang dihasilkan berupa gas yang ringan dan akan naik keudara. Daripada beberapa kamus yang saya baca dimana didapati asap merujuk sebagai wap yang dihasilkan daripada proses pembakaran (Sila lihat foto disebelah). Asap juga merupakan satu indikator yang paling penting oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai satu cara untuk mengesan jika berlaku kebakaran terutama kebakaran yang melibatkan kawasan pertanian, perumahan, perkilangan, hutan,tanah gambut dan sebagainya. Pada masa ini dengan teknologi canggih dimana kewujudan asap dapat dilihat oleh imej dari satelite dan dipantau sentiasa oleh pihak berwajib. Siapa boleh ingat bagaimana insiden Jerebu yang berlaku beberapa tahun dahulu akibat kebakaran yang sangat dahsyat sehingga asap dari Indonesia merentasi sempadan Ke Malaysia, Singapura dan sebagainya. Kejadian ini telah menyebabkan berlaku banyak masaalah seperti mengganggu kesihatan manusia, industri penerbangan awam, gangguan penglihatan ketika memandu kereta dan yang agak kurang dibincangkan adalah kesan terhadap proses fotosintesis pada tumbuh-tumbuhan. Kesan jerebu juga sering menjejaskan industri pelancongan negara-negara yang terkena asap akibat jerebu ini yang merugikan berjuta ringgit kerana berlaku pembatalan pelancong yang ingin berkunjung. Asap walau pun agak jarang dibincangkan kepentingan dalam sektor tanaman pada penulis blog ia memainkan peranan penting didalam kehidupan manusia.
Dalam bidang pertanian pula dimana aktiviti pembakaran hutan untuk perladangan dan pembakaran ladang untuk program penanaman semula dijalankan setiap tahun. Hutan yang baru ditebang perlu di bersihkan dari bahan kayu yang tidak bernilai akan dibakar. Ia berlainan dengan hutan terbakar yang menyebabkan jerebu (Sila lihat foto disebelah). Proses ini berterusan sehingga tanah tersebut sesuai untuk dibajak dan dijalankan penanaman. Aktiviti pembakaran selalu bermula dengan mengumpul (stacking), membakar (burning), mengumpul semula (Restacking) dan membakar lagi sehingga selesai. Pemulihan semula ladang getah dan ladang kelapa sawit yang sudah tua dan tidak ekonomik juga dijalankan dengan keluasan mencapai ribuan hektar setiap tahun di Malaysia. Ladang-ladang ini dahulunya menebang pokok -pokok tua dan seterusnya menjalankan pembakaran terbuka yang menghasilkan banyak asap. Proses ini memerlukan permit khas daripada Jabatan Alam Sekitar, dimana pada masa ini permit adalah bertujuan bagi proses pembakaran terkawal. Bagaimana pun teknologi penebangan pokok tua di ladang kelapa sawit di Malaysia telah berubah dimana pokok kelapa sawit tua akan dicincang dan dijadikan bahan kompos. Mesin khas seperti 'Kiap' akan digunakan bagi tujuan untuk menghancurkan batang dan pelepah sawit untuk disusun dan dijadikan bajan baja apabila ia mereput. Teknologi Hijau ini telah menerima award peringkat dunia kerana mampu mengurangkan insiden pencemaran udara. Kes ini tidak sama dengan membakar sisa dahan, rnting dan daun-daun kering dikawasan dusun yang dibincangkan dalam bab selepas ini.
Amalan membakar sisa ranting, dahan, daun kering dalam dusun termasuk dusun durian hasilkan asap. Penulis blog sendiri campakkan ranting dan daun diatas api dan hasil dari pembakaran sisa organik seperti kayu dan daun-daun tumbuhan yang dibuat dikawasan tanaman buah-buahan disekeliling rumah amat lazim dijalankan (Sila lihat foto paling atas sekali). Pembakaran ini sering dijalankan oleh tuan rumah pada waktu pagi atau petang dengan tujuan asalnya adalah untuk membersihkan sampah sarap dikawasan rumah dikampong tradisional. Selain daripada kawasan rumah jadi bersih, ramai dikalangan kita kurang menyedari akan kesan aktiviti pembakaran tersebut dalam bidang pertanian. Pemerhatian dan kajian penulis blog mendapati dimana asap yang dihasilkan akibat dari proses pembakaran bahan organik membantu didalam mengawal musuh dan serangga perosak pada pokok buah-buahan. Ini kerana lazimnya asap ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai 'Nafthalene gas' yang menghalau banyak jenis serangga perosak tanaman. Kebanyakan haiwan serangga adalah tidak suka dengan kehadiran asap. Semakin kerap petani membakar dan menghasilkan asap maka semakin kurang kemungkinan berlaku serangan serangga perosak pada pokok buah-buahan dilokasi pembakaran. Pembakaran ini juga memberikan kersan positif terhadap aruhan pada pokok buah-buahan untuk mengeluarkan bunga pada waktunya seperti bunga durian (Sila lihat foto disebelah). Paling utama hasil daripada pembakaran ini adalah dimana ia akan menghasilkan sisa bahan bakar yang kaya dengan baja dan nutrien seperti Potassium yang merupakan baja untuk tumbuhan. Amalan membakar sisa organik yang dijalankan oleh datuk moyang kita memang merupakan satu budaya akan tetapi sehingga kini belum ada lagi laporan teknikal atau laporan saintifik dijalankan mengenai kesan asap dari pembakaran. Hipotesis yang saya bincangkan diatas boleh dijadikan satu projek atau thesis akhir tahun mahasiswa yang berminat. Saya harap nanti ada pelajar universiti yang menjalankan kajian ini secara saintifik akan kekerapan, isipadu asap, ketepatan masa, jenis asap, waktu sesuai membakar sampah, kadar kepekatan asap dan banyak lagi untuk menafaat bersama. Tinjauan penulis blog kekebun durian ini menunjukkan ia adalah memberikan kesan positif terhadap kesuburan dan penghasilan durian Musang King menurut penilaian saya dan diakui oleh pemilik dusun ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini sebagai bahan rujukkan. Wasallam!!!...
RANTING ROSAK... GUGUR DAUNNYA..
DIKUMPUL DIBAKAR... ASAP BERGUNA...
DIJELASKAN.. JADIKAN SEBAGAI FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Jamadilakhir 1444H).
Siap tulis pada 3 Januari 2023.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.